Penafian (Disclaimer)
​
Tujuan Kandungan
Semua kandungan yang disiarkan di laman web Pandu Pandu termasuk artikel, video, gambar, ulasan, serta sebarang siaran di media sosial kami - Facebook, Instagram, Youtube, TikTok dan Rednote (@mypandupandu) adalah disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional seperti nasihat kewangan, teknikal atau undang-undang.
Pandangan & Ulasan
Segala pandangan, ulasan atau pendapat yang dinyatakan dalam kandungan kami adalah berdasarkan pengalaman peribadi, penilaian bebas oleh pasukan editorial kami dan kadangkala sumbangan daripada pihak luar. Ia tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Pandu Pandu, syarikat induk, rakan kongsi, penaja atau mana-mana pihak yang terlibat — kecuali dinyatakan dengan jelas.
Ketepatan Maklumat
Pandu Pandu berusaha untuk memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini pada masa penerbitan. Namun begitu, kami tidak menjamin ketepatan sepenuhnya, terutamanya maklumat yang berkaitan dengan:
-
Spesifikasi kenderaan
-
Harga pasaran
-
Promosi atau tawaran
-
Tarikh pelancaran
Sebarang perubahan atau kemas kini daripada pengeluar, pengedar atau pihak ketiga mungkin berlaku tanpa notis awal.
Tanggungjawab Pengguna
Sebarang tindakan yang diambil oleh pengguna berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada laman ini dan media sosial kami (seperti yang dinyatakan di perenggan Tujuan Kandungan di atas) adalah atas tanggungjawab sendiri. Pandu Pandu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kerosakan atau kerugian tidak langsung yang timbul akibat penggunaan maklumat dari laman ini dan media sosial kami (seperti yang dinyatakan di perenggan Tujuan Kandungan di atas).
Kandungan Tajaan & Komersial
Sesetengah kandungan kami mungkin dihasilkan dengan kerjasama atau penajaan bersama pihak jenama automotif atau rakan komersial. Dalam kes ini, penzahiran akan dibuat dengan jelas (cth: “Dipersembahkan oleh…”, “Tajaan bersama…”). Walaupun kandungan tersebut ditaja, pendapat yang dikongsi adalah jujur dan berdasarkan pengalaman sebenar.
Pautan ke Laman Pihak Ketiga
Laman ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga untuk tujuan rujukan atau kemudahan. Pandu Pandu tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan atau dasar privasi laman tersebut dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perkara yang timbul akibat lawatan ke laman luar. Selain itu, kandungan yang diterbitkan di laman ini dan media sosial kami (seperti yang dinyatakan di perenggan Tujuan Kandungan di atas), sama ada dalam bentuk teks, gambar, audio atau/dan video, mungkin disediakan sepenuhnya atau sebahagiannya berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga seperti pengeluar, pengedar, jenama atau rakan dan individual kerjasama. Ia mungkin atau mungkin tidak disemak atau mendapat kelulusan rasmi daripada pihak ketiga tersebut. Kandungan yang disiarkan tidak semestinya mewakili pandangan atau pendirian rasmi pihak ketiga yang disebut atau dipaparkan.
Hak Cipta & Harta Intelek
Segala kandungan di laman ini dan media sosial kami (seperti yang dinyatakan di perenggan Tujuan Kandungan di atas), sama ada dalam bentuk teks, gambar, audio atau/dan video dan logo adalah hak milik Pandu Pandu kecuali dinyatakan sebaliknya. Sebarang penggunaan semula, penerbitan atau pengedaran semula tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang.
Perubahan Penafian
Pandu Pandu berhak untuk mengubah, mengemaskini atau menyemak semula kandungan penafian ini pada bila-bila masa tanpa notis. Sebarang perubahan akan disiarkan di halaman ini dan berkuat kuasa serta-merta.
​
Dikemaskini pada: 01 Julai 2025​​