
Gaya Hidup Automotif Anda
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang membawa anda lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami menyampaikan cerita, inspirasi dan acara yang menyatukan komuniti pemilik serta peminat dunia automotif di Malaysia. Kami amat bangga menjadi sebahagian daripada Spacerae – Creative & Events Agency.
Kami bermula sebagai perniagaan acara semasa pandemik pada tahun 2019, dengan matlamat membantu jenama kekal berhubung dengan khalayak mereka. Pada tahun 2024, kami membuat keputusan untuk membawa jenama ini ke tahap lebih tinggi dengan meneroka dunia media. Bermula suku ketiga 2024, usaha kami mula membuahkan hasil – hanya dalam beberapa bulan, kami berjaya meraih lebih 23,500 subscribers di YouTube channel kami dan hampir 15,300 followers di halaman Facebook kami.
Di Pandu Pandu, kami percaya pada kuasa penyatuan. Objektif kami juga adalah bertujuan membawa bersama para peminat kereta, industri automotif dan pengguna kenderaan - mencipta ruang di mana semua pihak boleh berkongsi minat, pengetahuan dan pengalaman. Semua media kini membuat ulasan kereta, tetapi kami adalah berbeza. Berasal dari latar belakang agensi kreatif, setiap ulasan kereta yang kami hasilkan tampil dengan pendekatan kreatif. Inilah sebabnya kami memperkenalkan konsep Review-pisode – gabungan "Review" dan "Episode." Kenapa Episode? Kerana kami ingin membawa ulasan kereta ke dimensi baru, dengan pendekatan yang lebih menyerupai drama dan iklan komersial. Ulasan kami bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi juga memberikan pengalaman visual yang menarik dan memberi inspirasi, menggabungkan cerita dengan fakta untuk mencipta kandungan yang unik dan berkesan.
Pandu Pandu bukan sekadar gaya hidup automotif anda. Malah kita juga adalah titik pertemuan antara kreativiti, inovasi dan minat mendalam terhadap dunia automotif.
REVIEW-PISODES SERBA BARU
ADVERTISEMENT