Perodua QV-E Turunkan Caj Bateri RM215 Sebulan, Makin Berbaloi?
RM800 juta telah dibelanjakan oleh Perodua untuk menghasilkan kereta elektrik tempatan pertamanya, iaitu Perodua QV-E. Namun begitu, selepas pelancarannya, model ini dilihat kurang mendapat sambutan walaupun reka bentuknya menarik minat ramai. Antara faktor yang menjadi perhatian ialah pakej Battery-as-a-Service (BaaS) yang diperkenalkan bersama model ini.
Kini, Perodua QV-E menawarkan pengurangan bayaran bulanan BaaS sebanyak RM215. Perubahan ini mungkin menjadikan Perodua QV-E kembali sebagai pilihan yang menarik bagi rakyat Malaysia yang ingin memiliki kereta elektrik tempatan.




















Komen