Honda City Hatchback Baharu Dilancarkan, Harga Bermula RM95,900

Honda Malaysia secara rasmi melancarkan Honda City Hatchback Baharu yang hadir dengan reka bentuk lebih segar, sambungan lebih baik serta teknologi keselamatan menyeluruh untuk pasaran segmen B.

Ditawarkan dalam tiga varian dengan harga bermula RM95,900, model ini memberikan pilihan kepada pelanggan yang mahukan sebuah hatchback sporty untuk menyerlahkan gaya dan personaliti masing-masing.
Honda City Hatchback Baharu turut memainkan peranan penting dalam mengukuhkan momentum pasaran Honda Malaysia. Bersama-sama Honda City Sedan Baharu yang diperkenalkan sebelum ini, barisan City yang dikemas kini kini menawarkan dua pilihan gaya badan bagi memenuhi cita rasa dan gaya hidup pelanggan yang berbeza.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Narushi Yazaki berkata, “Sejak diperkenalkan, City Hatchback telah membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan di Malaysia,
khususnya golongan profesional muda yang mementingkan personaliti, gaya dan fleksibiliti. Berdasarkan kekuatan ini, City Hatchback Baharu hadir dengan kemas kini reka bentuk, sambungan yang dipertingkatkan serta rangkaian ciri keselamatan yang lengkap bagi memenuhi jangkaan pelanggan yang semakin berkembang.

Kami percaya penambahbaikan ini akan meningkatkan pengalaman pemilikan dan membolehkan City Hatchback Baharu terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, sekali gus mengukuhkan kehadiran Honda Malaysia dalam segmen B.”

Honda City Hatchback Baharu ditawarkan dalam tiga varian, iaitu V, Petrol RS dan e RS, dengan harga seperti berikut:
Varian | Harga atas jalan tanpa insurans |
e RS | RM112,900 |
Petrol RS | RM100,900 |
V | RM95,900 |
Menampilkan reka bentuk luaran yang lebih kemas dan tajam, Honda City Hatchback Baharu menyerlah dengan penampilan lebih berani di setiap perjalanan. Pada bahagian hadapan, semua varian kini dilengkapi susun atur lampu utama bersepadu yang merangkumi lampu utama New Connected Headlights dan New Bi-LED Headlights.

Selain itu, semua varian menerima rim aloi dua tona baharu berukuran 16 inci. Varian RS menggunakan kemasan Berlina Black dan Dark Clear, manakala varian V hadir dengan kemasan Shark Gray.

Melengkapkan penampilan luarannya, Honda City Hatchback Baharu ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik, termasuk Platinum White Pearl, Meteoroid Gray Metallic, Stellar Diamond Pearl#2 dan warna baharu Blazing Red Pearl.

Bahagian kabin Honda City Hatchback Baharu turut menerima beberapa penambahbaikan moden. Papan pemuka yang dikemas kini menampilkan kemasan 3D Pattern Mid Garnish bersama pencahayaan ambien bagi mewujudkan suasana kabin yang lebih selesa untuk pemandu dan penumpang.

Varian RS pula dilengkapi kemasan tempat duduk sport baharu dengan jahitan merah yang menyerlahkan karakter sporty. Pengalaman dalam kabin turut dipertingkatkan menerusi sistem Display Audio bersaiz 10 inci yang lebih besar untuk sambungan dan kawalan yang mudah, selain pengecas tanpa wayar baharu#3 bagi memudahkan pengecasan peranti tanpa kabel.
Aspek praktikaliti dan keselesaan terus menjadi keutamaan menerusi tempat duduk ULTRA Seats, yang merangkumi mod Utility, Long, Tall dan Refresh. Dengan empat konfigurasi yang fleksibel, sistem ini membolehkan pengguna menyesuaikan ruang kabin mengikut keperluan gaya hidup dan barangan yang dibawa, menjadikan Honda City Hatchback Baharu sesuai untuk perjalanan harian mahupun aktiviti hujung minggu.

Selain penambahbaikan reka bentuk dan fungsi, Honda City Hatchback Baharu turut menerima peningkatan dari segi keselamatan. Ciri Blind Spot Information with Cross Traffic Monitoring, Honda LaneWatch dan Honda SENSING kini menjadi kelengkapan standard bagi semua varian, sekali gus membantu meningkatkan kesedaran pemandu terhadap keadaan sekeliling dan memberikan keyakinan tambahan ketika memandu.

Varian RS turut dilengkapi sistem kamera Multi-View 360 darjah bagi membantu pemandu melihat keadaan di sekeliling kenderaan dengan lebih jelas.
Ditawarkan dengan pilihan rangkaian kuasa 1.5L DOHC i-VTEC atau 1.5L e, Honda City Hatchback Baharu memberikan kebebasan kepada pelanggan untuk memilih pengalaman pemanduan dan penyaluran kuasa yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Varian e RS menawarkan pengalaman pemanduan yang responsif dan lancar, dengan kuasa 109 PS serta tork 253 Nm. Varian hibrid ini turut disertakan dengan jaminan bateri hibrid selama 10 tahun tanpa had perbatuan#4 daripada Honda Malaysia, memberikan ketenangan fikiran kepada pemilik berhubung kebolehpercayaan teknologi hibrid Honda untuk jangka panjang.
Pemilik Honda City Hatchback Baharu juga menikmati jaminan selama lapan tahun tanpa had perbatuan#4 daripada Honda Malaysia bagi varian petrol dan hibrid, sekali gus menambah keyakinan serta kemudahan sepanjang tempoh pemilikan.

Sempena kempen pelancaran ini, pelanggan yang mendaftarkan mana-mana varian Honda City Hatchback Baharu akan menerima ganjaran tunai sebanyak RM4,000#4.
Bagi menghargai kesetiaan pelanggan dan menjadikan proses naik taraf kenderaan lebih berbaloi, pemilik Honda sedia ada yang menukar beli kenderaan mereka menerusi program Honda Certified Used Car (HCUC) terpilih akan menikmati rebat RM2,000#4 untuk pembelian Honda baharu.
Selain itu, menerusi kerjasama dengan CARSOME, pelanggan yang menukar beli kenderaan daripada mana-mana jenama di pengedar sah Honda yang mengambil bahagian akan menerima rebat RM1,000#4 untuk pembelian Honda baharu.
Gabungan tawaran ini memberikan nilai tambahan, lebih banyak fleksibiliti serta pengalaman tukar beli yang lebih mudah kepada pelanggan.




















Komen