top of page

The New Golf GTI 2025-2026 Review Malaysia: Lebih Praktikal, Lebih Padu?

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 1 hari lalu
  • 1 min membaca

Ramai yang anggap Volkswagen Golf GTI Mk8.5 ini nampak biasa. Namun setiap perincian sebenarnya memainkan peranan dalam membina karakter sporty yang lebih refined tanpa kelihatan berlebihan. Kini tampil lebih praktikal dengan kembalinya butang fizikal, skrin lebih besar serta susun atur yang lebih mesra pemandu. Dari segi pemanduan, pecutan terasa pantas tetapi tidak kasar.


Transmisi DSG kekal lancar dan konsisten manakala pengendalian pula mantap dengan stereng yang tepat. Turut disertakan pilihan mod pemanduan mengikut situasi. Aspek keselamatan lengkap dengan IQ.DRIVE bersama sistem bantuan pemanduan, dan pengalaman audio dipertingkat melalui sistem Harman Kardon. Dengan harga sekitar RM255,990, adakah ini sekadar hype atau benar-benar sebuah hot hatch yang berbaloi untuk dimiliki? Nantikan sambungan seterusnya.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page