top of page

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tampil Lebih Sporty, Harga Dari RM91,800

aisha5891
7 Okt
3 min membaca
Chery Tiggo Cross Sport Edition baharu di Malaysia

Chery Malaysia memperkenalkan ahli baharu dalam keluarga TIGGO CROSS, iaitu Chery TIGGO CROSS Sport Edition. Tampil dengan gaya yang lebih tajam, sporty dan dikuasakan oleh enjin turbo yang terbukti berprestasi, model ini direka untuk generasi yang bergerak pantas, aktif dan tidak takut untuk tampil berbeza.


Chery Tiggo Cross Sport Edition baharu di Malaysia

Dilengkapi dengan kemasan lip hadapan dan belakang yang lebih sporty, TIGGO CROSS Sport Edition menampilkan penampilan yang lebih agresif serta memberikan gaya street-ready yang pasti mencuri perhatian di mana sahaja.


Chery Tiggo Cross Sport Edition baharu di Malaysia

TIGGO CROSS Sport Edition pada peringkat awal hanya ditawarkan dalam varian Turbo. Orang ramai boleh melihat sendiri TIGGO CROSS Sport Edition di IOI City Mall, Putrajaya bermula hari ini, 7 Oktober hingga 11 Oktober 2026.



Varian petrol TIGGO CROSS dikuasakan oleh enjin 1.5L Turbocharged yang dipadankan dengan transmisi 6-Kelajuan Dual-Clutch Transmission (DCT), menghasilkan kuasa maksimum 147 PS dan tork 210 Nm. Walaupun menawarkan prestasi yang bertenaga, model ini masih mencatatkan penggunaan bahan api yang kompetitif pada kadar 6.3L bagi setiap 100km, menjadikannya sesuai untuk perjalanan harian dalam bandar mahupun perjalanan luar bandar.


Chery Tiggo Cross Sport Edition baharu di Malaysia

Di sebalik prestasinya, TIGGO CROSS dilengkapi tangki bahan api berkapasiti 51 liter yang menawarkan jarak perjalanan lebih jauh. Digabungkan dengan kecekapan penggunaan bahan api yang baik, SUV ini sesuai untuk kegunaan harian serta perjalanan jauh secara spontan.


Tidak perlu lagi berebut tetapan penghawa dingin dengan Dual-Zone Climate Control pada TIGGO CROSS. Pemandu dan penumpang hadapan boleh menetapkan suhu pilihan masing-masing mengikut keselesaan.


Chery Tiggo Cross Sport Edition baharu di Malaysia

Kawalan suhu kabin juga boleh dilakukan menerusi panel Climate Control Touchscreen yang kemas dan mudah digunakan. Sistem ini menawarkan kawalan yang responsif dan moden tanpa perlu lagi bergantung kepada tombol atau butang konvensional. Untuk keselesaan tambahan, tempat duduk pemandu turut dilengkapi pelarasan elektrik enam hala bersama sokongan lumbar.



TIGGO CROSS turut dilengkapi sistem infotainmen canggih yang memastikan pemandu kekal mendapat maklumat, hiburan dan sambungan sepanjang perjalanan. Di bahagian tengah kabin terdapat skrin bersepadu bersaiz 20.5 inciyang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto bagi memudahkan sambungan telefon pintar.


Sama ada untuk navigasi dalam bandar, memainkan muzik kegemaran atau membuat panggilan bebas tangan, sistem ini menawarkan antara muka yang mudah digunakan dengan kawalan sentuhan yang responsif. Skrin infotainmen turut memaparkan tetapan kenderaan dan amaran keselamatan bagi membantu meningkatkan kesedaran pemanduan.


Chery Tiggo Cross Sport Edition baharu di Malaysia

TIGGO CROSS juga hadir dengan pencahayaan ambien yang memberikan suasana lebih menarik dalam kabin. Sementara itu, ciri Voice Assistant membolehkan pengguna mengawal tetapan penghawa dingin, membuat panggilan atau menukar muzik hanya menerusi arahan suara.


Letakkan sahaja telefon pada Wireless Charger untuk mengecas peranti ketika memandu tanpa memerlukan kabel.


Chery Tiggo Cross Sport Edition baharu di Malaysia

Bagi kemudahan tambahan, TIGGO CROSS dilengkapi kawalan audio pada stereng, beberapa port USB serta sambungan Bluetooth bagi menjadikan setiap perjalanan lebih lancar dan praktikal.


TIGGO CROSS turut dilengkapi Roof Rails yang memberikan lebih banyak fungsi untuk kegunaan harian dan aktiviti luar. Sama ada membawa peralatan sukan, basikal atau barangan untuk perjalanan hujung minggu, roof rails menambah aspek praktikal kepada SUV ini.


Chery Tiggo Cross Sport Edition baharu di Malaysia

Keselamatan menjadi salah satu keutamaan TIGGO CROSS yang dilengkapi sistem Advanced Driver Assistance System (ADAS) generasi terkini.



Fungsi ADAS Yang Ditawarkan Pada TIGGO CROSS

Fungsi ADAS

Fungsi ADAS

Front Collision Warning (FCW)

Autonomous Emergency Braking (AEB)

Adaptive Cruise Control (ACC)

Lane Departure Warning (LDW)

Blind-spot Detection (BSD)

Rear Cross Traffic Alert (RCTA)

Intelligent Headlight Control (IHC)




Warna dan Pakej

TIGGO CROSS Sport Edition


Warna

Carbon Black


Phantom Grey


Khaki White

Waranti

7 tahun atau sehingga 150,000KM*

Waranti Enjin

7 tahun atau sehingga 150,000KM*

Pakej Servis

Buruh Percuma untuk 6 servis berjadual*

Promosi Early Bird

RM83,800

Harga

Dari RM91,800

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Komen


ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page