2025 PROTON X70 (Premium X) - SUV Pintar Dengan Pakej Premium!
- Panduman
- 9 Jan
- 2 min membaca
2025 PROTON X70 (Premium X) ini adalah pilihan ideal bagi mereka yang mengutamakan keselesaan, teknologi pintar dan keupayaan pengendalian yang mantap. Memang sesuai untuk pelbagai jenis pemanduan. Dengan reka bentuk moden dan elegan, 2025 PROTON X70 ini menawarkan pengalaman pemanduan yang lancar setiap hari dengan penuh keyakinan, keseimbangan dan kawalan. Sama ada semasa bekerja atau bersama keluarga untuk Pandu Pandu Bersantai.
Bermula dari RM98,800 untuk varian Standard dan RM126,800 untuk varian Premium X, model ini hadir dengan sistem infotainmen pintar 12.3 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Ia juga dilengkapi enjin 1.5L TGDi 3-silinder dengan kuasa maksimum 177 PS dan tork 255 Nm, serta transmisi automatik 7-kelajuan (DCT) yang menjamin pecutan responsif dan penggunaan bahan api yang cekap. Dengan Turbocharged Gasoline Direct Injection, Â penggunaan bahan api sebanyak 7.3 liter bagi setiap 100 km. PROTON X70 ini dikatakan lebih jimat 4% minyak berbanding model yang lama.
Dari segi keselamatan, 2025 PROTON X70 dilengkapi dengan 6 SRS Airbags dan pelbagai teknologi canggih untuk memastikan keselamatan pemandu dan penumpang. Antara ciri-ciri utama adalah Autonomous Emergency Braking (AEB), Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Departure Warning (LDW), Kamera 360º dengan Paparan 3D, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) dan banyak lagi. Semua ini memberikan keyakinan tambahan kepada anda semasa memandu, terutamanya dalam perjalanan jauh atau keadaan trafik yang sibuk.
Selain itu, 2025 PROTON X70 Premium X juga menyokong aplikasi PROTON Link, yang membolehkan anda memantau status kereta anda, seperti lokasi GPS, tahap bahan api, mengawal penghawa dingin dan jadual penyelenggaraan terus dari telefon pintar anda. Ciri ini memberikan kemudahan dan ketenangan fikiran, terutama untuk keluarga yang sering menguruskan pelbagai perkara dalam kehidupan seharian.
Dengan ruang kabin yang luas dan tempat duduk yang selesa, 2025 PROTON X70 sangat sesuai untuk keluarga. Ruang butnya yang besar menjadikan ia mudah untuk membawa barangan besar seperti stroller atau bagasi. Ditambah pula dengan penghawa dingin auto dua zon dan ventilasi udara belakang, keselesaan semua penumpang, dari depan hingga ke belakang, sentiasa terjaga.
Comments