All-New Prelude Kembali dengan Teknologi S+ Shift Pertama di Malaysia, Ditawarkan pada Harga RM278,000
- Anna Chong

- 19 Jun
- 4 min membaca

Honda Malaysia hari ini secara rasmi mengembalikan sebuah nama ikonik menerusi pelancaran All-New Prelude. Dilancarkan semasa Kuala Lumpur International Mobility Show 2026, Prelude generasi keenam ini telah direka semula untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang baharu. Dibangunkan berasaskan konsep “Unlimited Glide” Honda, model ini menggabungkan keseronokan pemanduan, keselesaan yang lebih halus serta kepraktisan untuk kegunaan harian dalam satu pakej yang seimbang.

Narushi Yazaki, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia berkata, “Teknologi hibrid terus menjadi antara laluan yang paling realistik dan berkesan ke arah kelestarian alam sekitar, sambil menawarkan prestasi, kemudahan dan keseronokan pemanduan yang diharapkan oleh pelanggan. Kami telah merealisasikan visi ini menerusi rangkaian model e:HEV yang luas, merangkumi segmen sedan, hatchback dan SUV. Dengan pengenalan All-New Prelude, kami terus memperkukuh komitmen terhadap perjalanan ini. Prelude menjadi simbol bagaimana teknologi hibrid mampu meningkatkan keseronokan pemanduan sambil mengekalkan hubungan emosi yang sentiasa menjadi identiti kenderaan Honda.”

Dibangunkan sebagai sebuah grand tourer moden, All-New Prelude menawarkan keseimbangan yang sempurna antara karakter sporty dan keselesaan untuk kegunaan harian. Di terasnya ialah rangkaian kuasa 2.0L e:HEV canggih Honda yang menghasilkan 184PS dan 315Nm tork, memberikan pecutan yang responsif, penyaluran kuasa yang lancar serta kecekapan bahan api yang mengagumkan.
Melengkapkan rangkaian kuasa canggih ini ialah pengenalan Teknologi S+ Shift, yang pertama dalam barisan model Honda Malaysia. Sistem hibrid berasaskan motor inovatif ini mengawal RPM enjin dengan tepat ketika pecutan dan nyahpecutan, menghasilkan respons pemanduan yang lebih langsung serta rasa pertukaran gear yang lebih tajam bagi meningkatkan prestasi keseluruhan sistem hibrid. Melalui penyelarasan lancar antara penghantaran kuasa yang responsif, Active Sound Control (ASC) dan paparan visual dinamik pada Power Meter, Teknologi S+ Shift mewujudkan pengalaman pemanduan yang lebih imersif dan menyeronokkan, sekali gus mengukuhkan hubungan antara pemandu dan kenderaan.

All-New Prelude didatangkan dengan tiga mod pemanduan berbeza iaitu Sport, GT dan Comfort. Apabila digabungkan dengan Teknologi S+ Shift Honda, yang mempertingkatkan karakter unik setiap mod, pemandu dapat menikmati pengalaman pemanduan yang lebih versatil, responsif dan menyeronokkan mengikut situasi serta gaya pemanduan masing-masing.
• Sport Mode – Meningkatkan respons pengendalian dan kestabilan untuk pengalaman pemanduan yang lebih dinamik serta penglibatan maksimum pemandu.
• GT Mode – Menawarkan keseimbangan antara keselesaan premium, kestabilan dan prestasi yang lancar untuk perjalanan jarak jauh ala grand tourer.
• Comfort Mode – Direka untuk perjalanan yang lebih santai dan selesa, dengan penghantaran kuasa yang lebih lancar serta tindak balas stereng yang lebih ringan.
Selain itu, pemandu boleh menyesuaikan tetapan utama seperti rangkaian kuasa (powertrain), stereng, suspensi, paparan meter dan bunyi enjin menerusi Individual Mode, membolehkan pengalaman pemanduan yang disesuaikan mengikut citarasa dan keutamaan peribadi.

Buat pertama kali dalam model Honda, All-New Prelude turut dilengkapi dengan Coasting Control Operation. Ciri inovatif ini membolehkan kenderaan memperlahankan kelajuan secara lebih lancar, sekali gus mengurangkan beban pemandu dengan meminimumkan keperluan untuk kerap bertukar antara pedal brek dan pedal pemecut.
All-New Prelude menggunakan teknologi casis utama yang diadaptasi daripada Type R, termasuk suspensi hadapan dual-axis strut dan Adaptive Damper System, bagi memberikan pengendalian yang lebih tepat serta meningkatkan keyakinan pemandu di jalan raya. Model ini turut dilengkapi Agile Handling Assist (AHA) yang membantu memaksimumkan kestabilan kenderaan dan keyakinan pemandu, terutamanya ketika mengambil selekoh atau melakukan manuver mengelak halangan.

Dari segi reka bentuk, All-New Prelude direka untuk menarik perhatian dengan inspirasi daripada pergerakan lancar dan effortless sebuah glider. Siluet fastback yang aerodinamik serta garisan badan yang mengalir menyerlahkan konsep “Unlimited Glide”, yang membawa elemen kebebasan, keanggunan dan pergerakan dinamik. Reka bentuk ini bukan sahaja memenuhi citarasa peminat pemanduan, malah turut menarik perhatian pengguna moden yang mementingkan gaya hidup. Bagi menghasilkan penampilan yang lebih bersih dan kontemporari, Honda mengintegrasikan antena radio bercetak kaca terus pada cermin belakang, sekali gus mewujudkan garisan reka bentuk yang tidak terputus dari panel bumbung hingga ke pintu belakang (tailgate).

Bahagian luaran All-New Prelude menampilkan perhatian teliti terhadap setiap perincian menerusi elemen yang ringkas tetapi sofistikated, termasuk Black Chrome Grille, lampu hadapan LED, lampu belakang kombinasi LED dengan lensa merah, serta pemegang pintu jenis flush. Penampilan premium ini turut diperkemaskan dengan aksen biru eksklusif pada bahagian bawah bampar hadapan dan belakang. Pada masa yang sama, elemen berorientasikan prestasi seperti rim aluminium 19 inci yang dipadankan dengan angkup brek Brembo berwarna biru menyerlahkan lagi karakter sporty dan dinamik model ini.
Membawa konsep “Unlimited Glide” ke dalam ruang kabin, All-New Prelude menampilkan reka bentuk Gliding Cockpit yang mewujudkan hubungan semula jadi antara pemandu, penumpang dan kenderaan. Direka untuk meningkatkan fokus pemanduan tanpa mengorbankan keselesaan, kabin ini menggabungkan teknologi canggih dengan susun atur yang bersih dan moden bagi menghasilkan pengalaman perjalanan yang lebih santai dan menyeronokkan. Di seluruh ruang dalaman, reka bentuk yang elegan dan moden mencerminkan pendekatan unik Honda terhadap keseronokan pemanduan. Tempat duduk hadapan pula direka dengan ciri berbeza mengikut keperluan pemandu dan penumpang.
Tempat duduk pemandu memberi keutamaan kepada penglibatan dan kawalan untuk menyokong pemanduan yang lebih dinamik.
Tempat duduk penumpang hadapan pula direka dengan fokus kepada keselesaan yang lebih tinggi serta memudahkan keluar masuk kenderaan.

Paparan Audio Termaju 9 inci dengan Google Built-in menawarkan akses kepada Google Assistant, Google Maps dan Google Play, memberikan pengalaman sambungan digital yang lebih lancar dan intuitif. 🎵📱
Sistem Bose Premium Sound System pula menghadirkan pengalaman audio yang imersif dan premium untuk setiap perjalanan. Mewarisi kepakaran Honda dalam pengurusan ruang dalaman, coupe sporty ini turut menawarkan kepraktisan untuk kegunaan harian dengan ruang kargo yang luas, mampu memuatkan dua buah bagasi bersaiz sederhana dengan mudah.
Dari aspek keselamatan, Honda memberi penekanan tinggi bagi memastikan All-New Prelude menjadi teman perjalanan yang meyakinkan. Model ini dilengkapi dengan pakej lengkap Honda SENSING, yang merangkumi pelbagai teknologi bantuan pemandu termaju untuk meningkatkan keselamatan serta keyakinan pemandu dalam setiap perjalanan.

Ditawarkan pada harga RM278,000*¹, All-New Prelude menjadi model penting bagi Honda Malaysia, menandakan permulaan era baharu dalam evolusi teknologi hibrid syarikat.
All-New Prelude hadir dalam tiga pilihan warna menarik:
Winter Frost Pearl
Rallye Red
Crystal Black Pearl
Selain All-New Prelude, pengunjung juga boleh menerokai rangkaian model hibrid Honda yang lain di Kuala Lumpur International Mobility Show 2026, termasuk Honda HR-V yang dilengkapi dengan kamera 360 darjah.
























Komen