top of page

APA-E Yang Menarik? Kempen Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Nissan E POWER

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 21 Jan
  • 1 min membaca


Pengenalan mana-mana teknologi baharu, terutamanya yang secanggih Nissan e-POWER, sememangnya menimbulkan cabaran dari segi komunikasi. Ini kerana ia merupakan satu teknologi terobosan yang mengubah cara kenderaan dikuasakan.


Matlamat kempen Apa-e? adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai e-POWER dengan menonjolkan ciri-ciri, keunikan (USP) dan faedahnya, menjelang pelancaran All-New Nissan Serena e-POWER – model kedua e-POWER yang diperkenalkan di Malaysia selepas Nissan Kicks e-POWER pada Disember 2024.


“Kami melancarkan kempen terbaru Apa-e? untuk lebih mendekatkan diri dengan orang ramai melalui platform media sosial dan stesen radio kami, dengan lagu dan video yang menyeronokkan, bertenaga dan mudah dihayati oleh semua rakyat Malaysia. Ia mencerminkan inti pati e-POWER – sebuah teknologi inovatif yang mampu milik, menjimatkan bahan api, dan menjadikan pemanduan menyeronokkan semula,” kata Christopher Tan, Naib Presiden Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.


Saksikan video Apa-e? bermula 7 Januari 2026 di saluran Youtube, Facebook, X, dan TikTok Nissan Malaysia, serta iklan radio Apa-e? di stesen ERA, Hitz, Lite, Hot FM dan MY.


Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page