top of page

Armor All® dan Oracle Red Bull Racing Lancar Siri Armor All® Podium Untuk Pasaran Malaysia

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 20 Jun
  • 2 min membaca
Pelancaran Armor All®  di Malaysia
[Dari kiri ke kanan] Alvin Cheah, Pengarah Saluran Perdagangan Moden; Diane Lee, Pengarah Perniagaan (Malaysia, Singapura & Vietnam); Thean Ong Kee, Pengaruh Saluran Perdagangan Tradisional; Aaron Ang, Pengurus Jenama Kanan (Malaysia, Singapura & Vietnam), merasmikan pelancaran Armor All® Podium Series – yang dibangunkan secara eksklusif dengan kerjasama Oracle Red Bull Racing.

Armor All®, jenama penjagaan kereta terkemuka di bawah Energizer Holdings Inc., telah melancarkan secara rasmi Siri Armor All® Podium – yang telah dibangunkan secara eksklusif dengan kerjasama Oracle Red Bull Racing – di acara eksklusif di Elmina Lakeside Mall. Acara ini dijangka akan menarik minat peminat kereta dan keluarga mereka,  dengan menawarkan cucian kereta percuma dan mempamerkan prestasi unggul produk perincian dalaman dari Siri Podium Armor All®.

Pelancaran Armor All®  di Malaysia

Melalui kerjasama kami dengan Oracle Red Bull Racing, Siri Armor All® Podium membawakan inovasi maju dan penjagaan kereta gred profesional kepada pemandu kereta di Malaysia,” kata Diane Lee, Pengarah Perniagaan, Malaysia,  Singapura & Vietnam, Energizer Malaysia Sdn Bhd. "Rakyat Malaysia sayang akan kereta mereka—bukan sahaja sebagai kenderaan, tetapi juga mencerminkan gaya dan personaliti mereka. Sama ada anda menyusuri jalanan di bandar atau memandu hujung minggu ke pantai, Siri Podium memastikan kenderaan anda kelihatan terbaik dengan kerja yang minimum. Penjagaan premium yang memudahkan pengguna, dibina untuk gaya hidup dan iklim Malaysia."

Pelancaran Armor All®  di Malaysia
Cik Diane Lee, Pengarah Perniagaan (Malaysia, Singapura & Vietnam), menyerahkan trofi kepada Encik Tan Kee Tat, Ketua Perdagangan Jaya Grocer, sebagai penghargaan atas kerjasama bernilai mereka dalam menjayakan pelancaran Armor® All Podium Series.

Siri Armor All® Podium baharu terserlah dengan formula seramik hibrid SiO2 (silikon oksida) premiumnya, memberikan jangka hayat yang dipertingkatkan, kalis air sambil melindungi permukaan tahan lama. Dibina dengan mengambil kira pakar-pakar penjagaan kereta, setiap produk menggabungkan teknologi yang telah dipatenkan dengan ciri-ciri pembungkusan pintar, termasuk botol PET yang boleh dikitar semula dan picu semburan tersuai, untuk rutin penjagaan kereta yang benar-benar premium.


Produk dalam Siri Podium Armor All® termasuklah:


1.  Hybrid Ceramic Wash & Shine – Meninggalkan lapisan perlindungan yang berkilat dan kalis air dengan formula yang licin dan berbuih.

2.  Hybrid Ceramic Tire Shine – Memastikan lapisan licin dan tahan lama yang meningkatkan penampilan tayar dengan kilauan tahan lama yang boleh bertahan sehingga 4 minggu.

3. Hybrid Ceramic Exterior Detailer – Mencipta lapisan pelindung berkilat yang menyemarakkan warna pada semua permukaan luaran, termasuk pembalut vinil dan pelekat.

4. Interior Detailer – Membersih dan menyegarkan permukaan dalaman dengan pantas sambil menawarkan perlindungan UV dan kemasan semula jadi untuk bahan premium, skrin-skrin teknologi dan kaca.

5. Hybrid Ceramic Protectant – Mengurangkan pengumpulan habuk dan melindungi daripada kotoran masa hadapan dengan perlindungan UVA & UVB.



Armor All®  sedia membawa anda menikmati pengalaman pembersihan kereta yang tiada bandingan

Untuk menandakan majlis pelancaran, Armor All® juga menjemput orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman Siri Podium pada hujung minggu, daripada 21 sehingga 22 Jun 2025, 10:00 AM hingga 10:00 PM di tempat letak kereta terbuka Elmina Lakeside Mall, di mana pengunjung boleh menikmati perkhidmatan mencuci kereta secara percuma menggunakan rangkaian produk Armor All®.


Dengan kejayaan pelancaran kini selesai, Siri Armor All® Podium kini boleh dibeli secara rasmi di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara dan juga di dalam talian.




Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page