top of page

Auto Bavaria Lancarkan MINI Countryman Edisi Terhad Serba Eksklusif

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 1 hari lalu
  • 2 min membaca

MINI Countryman Shadowline Edisi Terhad
MINI Countryman Shadowline Edisi Terhad menggabungkan kemasan luaran hitam berkilat dan jalur bonet untuk penampilan jalan raya yang halus namun dinamik.

Sempena musim Raya ini, Auto Bavaria memperkenalkan dua model eksklusif MINI Countryman edisi terhad, Shadowline dan Stealth,  diciptakan khas bagi pelanggan yang menghargai keistimewaan individu yang tersendiri. Hanya tersedia di Auto Bavaria, edisi terhad MINI Countryman dihasilkan dalam jumlah terhad, memberi peluang kepada pelanggan untuk menjadi sebahagian daripada komuniti pemilik MINI yang eksklusif.

 

MINI Countryman Stealth Edisi Terhad
MINI Countryman Stealth Edisi Terhad menarik perhatian dengan kemasan luaran hitam matte yang anggun dan gaya kontemporari.

Inisiatif eksklusif ini menekankan komitmen Auto Bavaria untuk menawarkan pengalaman pengangkutan premium dan tersendiri, mencerminkan semangat sebenar MINI. Menampilkan reka bentuk yang menyerlah, ekspresi diri dan pemilikan berasaskan keperibadian, kedua-dua edisi terhad MINI Countryman ini direka khas untuk menawarkan bukan sahaja daya pergerakan, ia memaparkan gaya hidup unik yang tidak boleh didapati di tempat lain di Malaysia.

 

Vi Thim Juan, Pengarah Urusan Auto Bavaria berkata, “Kami sangat berbesar hati untuk memperkenalkan dua edisi terhad MINI Countryman eksklusif ini di Malaysia, sekali gus mengukuhkan lagi kerjasama jangka panjang kami dengan MINI. Pelancaran ini mencerminkan komitmen berterusan kami dalam menawarkan model yang unik dan premium kepada pelanggan. Melalui inisiatif ini, kami bukan sahaja mempertingkatkan pengalaman pemilikan, malah memperkukuh lagi reputasi Auto Bavaria sebagai jenama automotif premium yang dipercayai di Malaysia.”

 


MINI Countryman Shadowline Edisi Terhad menampilkan keanggunan dan daya tarikan abadi, dengan kemasan luaran hitam berkilat yang digandingkan dengan jalur bonet menyerlah untuk penampilan di jalan raya yang anggun lagi dinamik. Bagi menambah baik pengalaman pemilikan, para pemilik akan menerima kamera Leica Edisi Terhad sebagai hadiah eksklusif, menjadikan versi kenderaan ini pilihan menarik bagi pengumpul dan mereka yang menghargai reka bentuk.

 

MINI Countryman Shadowline Edisi Terhad

Bagi mereka yang ingin tampil lebih berani, MINI Countryman Stealth Edisi Terhad membawakan penampilan gah dengan kemasan luar hitam kusam (matte black) yang memaparkan keyakinan dan gaya moden. Seiring dengan keunikannya, pelanggan akan menerima set hadiah eksklusif yang terdiri daripada Beg Kembara MINI, pakaian premium MINI John Cooper Works dan Tinta Solar Premium.

 


Bersempena dengan sambutan Raya, pelanggan yang membeli MINI Countryman Shadowline Edisi Terhad atau MINI Countryman Stealth Edisi Terhad turut boleh menikmati tawaran perayaan yang menarik, di samping peluang untuk menyertai Sime Motors Raya Gold Rush yang menambahkan lagi keterujaan serta nilai kepada sambutan tersebut.

 

Auto Bavaria ialah Pengedar Sah BMW yang terbesar dan terulung di Malaysia, dengan warisan luar biasa selama 14 tahun berturut-turut mencapai kecemerlangan dengan memenangi berbilang anugerah. Sebagai sebahagian daripada Sime Motors, Auto Bavaria diiktiraf secara meluas kerana menyediakan pengalaman pelanggan luar biasa bagi jualan dan khidmat lepas jualan, terus menetapkan penanda aras bagi pemilikan automotif premium di Malaysia.

 

MINI Countryman Shadowline Edisi Terhad dan MINI Countryman Stealth Edisi Terhad boleh didapati untuk tempoh tertentu sahaja, secara eksklusif di bilik pameran Auto Bavaria MINI di seluruh negara. Saksikan sendiri edisi terhad yang nyata berbeza ini secara lebih dekat untuk menerokai pengalaman pemilikan premium MINI serba baharu. Tertakluk pada terma dan syarat.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page