Auto ConneXion-Ford Buka Bilik Pameran Ford 3S Canggih Terbesar di Pulau Pinang dengan Piawaian Global
- Panduman

- 19 Feb
- 3 min membaca
Updated: 19 Feb
![[Kiri ke kanan ] Encik Peter Chan - Prinsipal Pengedar Ford Auto ConneXion Penang, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, - Pengarah Urusan Inokom & Pengedaran Malaysia, Sime Motors, Encik Jeffrey Gan - Pengarah Urusan, Asia Tenggara Sime Motors, Puan Bralee Weeraphan - Wakil Pasaran & Pengurus Pembangunan Pengedar, Ford Asia Pacific Distribution Market - Turse Zuhair, Pengarah Urusan Ford Auto ConneXion meraikan pelancaran bilik pameran 3S tercanggih di Pulau Pinang.](https://static.wixstatic.com/media/def3c0_10e49b4956c04bc1b87794f1c528a27b~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_652,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/def3c0_10e49b4956c04bc1b87794f1c528a27b~mv2.jpg)
Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion), pengedar tunggal Ford di Malaysia, merasmikan pembukaan bilik pameran Ford 3S terbaharunya di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Pelaburan bernilai RM16.6 juta ini membolehkan pembukaan bilik pameran 3S terbesar di Pulau Pinang yang merupakan kemudahan tambahan dalam rangkaian luas Auto ConneXion di kawasan Utara, sekali gus menunjukkan komitmen teguh Ford untuk memberikan pengalaman luar biasa yang bertumpukan pelanggan kepada peminat Ford di Malaysia.
Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Motors, berkata, “Bilik pameran ini mencerminkan usaha gigih kami untuk terus menaik taraf pengalaman pelanggan. Langkah meluaskan rangkaian ini dapat membolehkan kami untuk memastikan pengalaman Ford boleh didapati dengan lebih mudah di kawasan utara, menyediakan pengalaman pemilikan yang tiada tandingan.”
Turse Zuhair, Pengarah Urusan Auto ConneXion, juga amat teruja dengan perkembangan ini, “Kami teruja untuk melancarkan kemudahan yang serba canggih ini untuk memenuhi keperluan pelanggan kami di kawasan utara. Bilik pameran baharu ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam segmen trak pikap di Malaysia, tetapi juga menunjukkan dedikasi kami dalam menambah baik pengalaman pemilikan Ford secara keseluruhan. Sejajar dengan inisiatif global Ford, pelaksanaan Pengalaman Tetamu Ford di bilik pameran ini akan menambah baik interaksi pelanggan pada setiap langkah kunjungan mereka ke sini.”
Kemudahan seluas 46,000 kaki persegi ini sememangnya lapang, selesa dan menyediakan perkhidmatan berkualiti. Pelanggan akan menerima layanan peribadi oleh penyambut tetamu setibanya mereka di sini. Ruang dalam yang selesa sesuai untuk pelanggan menikmati Pengalaman Ford manakala proses digital yang teratur dan lancar akan menjamin kecekapan, daripada pertanyaan tentang kenderaan sehingga perkhidmatan selepas jualan. Penggabungan Alat Jualan Digital Ford menekankan lagi proses yang interaktif dan cekap. Disokong oleh sepasukan 38 perunding jualan dan selepas jualan yang sangat terlatih, pelanggan boleh menikmati pengalaman luar biasa sejajar dengan piawaian global Ford.
Bilik pameran terbaharu ini direka rapi berpaksikan identiti Ford yang tersendiri, menjanjikan pengalaman pelanggan yang mesra dan berfokuskan pelanggan. Ia memperagakan enam buah kenderaan dan mempunyai bilik penyerahan kenderaan yang direka khas, serta menempatkan sejumlah 16 ruang servis dan sebuah pusat alat ganti. Kemudahan canggih ini mempunyai kelengkapan secukupnya untuk memenuhi pelbagai keperluan penyelenggaraan dan pembaikan, mencerminkan dedikasi Auto ConneXion untuk menyenangkan kunjungan, menambah baik perkhidmatan pelanggan dan mengukuhkan pengalaman jenama Ford di serata Malaysia.
Pusat 3S terbaharu Auto ConneXion terletak di Lot 6984, Jalan Baru, Mukim 1, 13700, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Bilik pameran tersebut beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang, Isnin hingga Sabtu, dan dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari Ahad dan cuti umum. Perkhidmatan selepas jualan disediakan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 petang pada hari Sabtu.

Di samping itu, kira-kira 7 kilometer dari situ, sebuah Pusat Baik Pulih & Cat Badan Kenderaan yang baharu seluas 28,000 kaki persegi menawarkan rangkaian perkhidmatan lengkap termasuk baik pulih badan kenderaan, semburan cat, penggantian cermin depan dan penggilapan. Pusat tersebut dilengkapi dengan lima ruang servis mekanikal, dengan kapasiti untuk menerima sehingga 20 buah kenderaan sebulan untuk kerja baik pulih badan kenderaan. Pelanggan boleh menempah khidmat baik pulih badan kenderaan dengan menelefon 019-3302536. Pusat tersebut terletak di 11A, Jalan Saga Jaya 1, Taman Perindustrian Saga Jaya, 13600 Perai, Penang.
Seiring dengan pembukaan tersebut, pada bulan Februari para pelanggan boleh menikmati Pelan Servis Oval Blue Ford selama 5 Tahun secara percuma dan mendapat penjimatan sehingga RM8,000. Tertakluk kepada terma dan syarat.






































Komen