Auto ConneXion-Ford Catat 24,000+ Unit Ford Ranger Generasi Baharu di Jalan Raya Malaysia Sejak 2022
- Anna Chong

- 5 hari lalu
- 6 min membaca

Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion-Ford), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, telah memperluaskan lagi rangkaian Ranger dengan pelancaran Ranger Platinum, Ranger Sport dan Ranger XL terbaharu hari ini. Pelancaran ini menandakan pencapaian mercu jaya penting dengan lebih daripada 24,000 Ford Ranger Generasi Baharu kini berada di jalan raya Malaysia sejak dilancarkan pada tahun 2022, sekali gus membuktikan kedudukannya sebagai salah satu trak pikap unggul yang semakin popular di negara ini.

Rangkaian Ranger yang lebih luas ini mencerminkan komitmen Ford untuk memenuhi keperluan pemandu Malaysia yang kian berubah, di mana trak pikap bukan sahaja menjadi kenderaan kerja yang boleh dipercayai, malah merupakan pengangkutan serba guna untuk perjalanan ulang alik harian, percutian keluarga dan pengembaraan luar. Dengan pilihan model pemenang anugerah yang disesuaikan untuk pelbagai gaya hidup dan keperluan kerja, Auto ConneXion-Ford terus mengukuhkan kedudukan Ranger sebagai trak terulung di pasaran.

Pelancaran tiga model ini mencerminkan kejayaan global Ranger. Selain memenangi pelbagai anugerah industri di Malaysia, Ford kekal sebagai pengeluar trak pikap nombor satu di dunia sepanjang tempoh sedekad, dengan kira-kira 5.1 juta Ranger dijual di lebih 180 pasaran dalam tempoh 20 tahun lepas. Ranger juga telah menerima pengiktirafan antarabangsa, termasuk anugerah Trak Terbaik Amerika Utara 2025, di samping terus menerajui jualan sebagai kenderaan terlaris di Australia dan New Zealand, serta mengekalkan penguasaan sebagai trak pikap paling laris di Vietnam dan Eropah selama lebih 10 tahun.

Di Malaysia, Ford Ranger Generasi Baharu telah menerima pelbagai anugerah industri termasuk Anugerah Kereta Terbaik MARii (COTY) 2024, di mana Ford Ranger Platinum 2.0L Bi-Turbo Diesel telah merangkul dua pengiktirafan, iaitu Anugerah Pilihan Pengguna dan Trak Terbaik Sepanjang Tahun. Meneruskan kejayaan tersebut, Ford Ranger WildTrak 3.0 V6 telah dinobatkan sebagai Trak Pikap Terbaik Sepanjang Tahun pada Anugerah Kereta Terbaik MARii (COTY) 2025, seterusnya mengukuhkan reputasinya sebagai salah satu daripada trak pikap penanda aras dunia.

Turse Zuhair, Pengarah Urusan Auto ConneXion, berkata, “Sememangnya tidak diragui lagi bahawa Ford Ranger merupakan kenderaan kegemaran rakyat Malaysia. Dengan lebih daripada 24,000 trak di jalan raya Malaysia, pelanggan ternyata mempunyai tahap kepercayaan dan keyakinan yang tinggi terhadap keupayaan Ranger. Kepercayaan ini dibina berlandaskan tumpuan tidak berbelah bahagi Ford terhadap kualiti, yang diiktiraf baru-baru ini apabila Ford dipilih sebagai jenama automotif perdana No.1 dalam Kajian Kualiti Asal J.D. Power A.S. 2026.

“Seiring jangkaan pelanggan yang terus berubah, kami meluaskan rangkaian Ranger untuk menawarkan kenderaan yang menyediakan keseimbangan melalui keteguhan, teknologi canggih dan keselesaan premium. Berlandaskan falsafah Ready, Set, Ford, kami bertekad untuk memperkasakan pelanggan untuk menghadapi apa sahaja – sama ada mengusahakan perniagaan, beriadah dengan keluarga atau menikmati pengembaraan yang seterusnya.”
Evolusi Trak Pikap di Malaysia

Di Malaysia, permintaan terhadap trak pikap kian meningkat dengan ramai pelanggan kini mencari kenderaan yang bukan sahaja menawarkan keupayaan serba boleh dan ketahanan lasak, malah dilengkapi teknologi canggih, keterhubungan serta keselesaan. Bagi memenuhi keperluan yang berubah ini, barisan tiga model Ranger terbaharu Auto ConneXion-Ford masing-masing mempunyai kekuatan yang membolehkannya memenuhi jangkaan pelanggan moden, yang memerlukan sebuah kenderaan yang bekerja sama kuat dengan mereka, sambil memenuhi keperluan gaya hidup harian mereka:
Ranger XL – trak pikap kerja yang boleh dipercayai untuk perniagaan dan pengendali kenderaan
Ranger Sport – kenderaan serba guna menyerlah untuk prestasi dan kegunaan harian
Ranger Platinum – pilihan premium prestasi tinggi yang serba boleh

Dengan kapasiti muatan sehingga 1,000kg, keupayaan tunda sehingga 3,500kg dan keupayaan meredah air sedalam 800mm, Ranger dibina untuk menempuh keadaan mencabar dengan mudah, disokong oleh ciri-ciri seperti sistem bahan api Suntikan Terus Rel Sepunya, Transmisi Select Shift Automatik 10 Kelajuan, Pertukaran Elektronik Sambil Bergerak (ESOF), dan Kotak Pindahan Elektromagnetik (EMTC) untuk tahap prestasi dan kawalan yang lebih tinggi.

Selain keupayaan yang kukuh, Ranger menawarkan pengalaman memandu yang serba mewah, dengan ciri-ciri seperti kerusi dwitona, pilihan roda aloi dan keluli, Unit Paparan Berbilang Skrin Sentuhan 12-inci dengan Apple CarPlay, Android Auto Tanpa Wayar, sambungan Bluetooth dan Pengecaman Suara, Penyaman Udara Kawalan Iklim Dwi Zon dan sehingga empat port pengecas USB. Ditambah pula dengan teknologi bantuan pemandu pintar dan mod pacuan pilihan Ford, Ranger memberikan tahap kemudahan dan keyakinan lebih tinggi dalam setiap perjalanan.
Daripada Kegunaan Kerja kepada Gaya Hidup: Ranger untuk Setiap Pelanggan
Ranger Platinum: Dibina untuk Pengalaman Premium

Barisan model baharu ini diterajui oleh Ford Ranger Platinum, yang menggabungkan kemewahan premium dengan keupayaan unggul trak pikap, sesuai untuk profesional dan pemilik perniagaan yang inginkan sebuah kenderaan yang selesa lagi serba guna.
Dipacu enjin diesel paling berkuasa Ford di Malaysia, Ranger Platinum dilengkapi enjin diesel turbo V6 3.0L yang menghasilkan 250PS pada 3,250 rpm serta tork mengagumkan sebanyak 600Nm pada 1,750 rpm. Dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan yang responsif, ia menawarkan prestasi yang lancar, penyaluran kuasa yang lebih halus serta pengalaman pemanduan yang lebih premium.

Gril Platinum yang tersendiri, roda aloi 20 inci, Sistem Rak Fleksibel dan warna Acacia Green (Hijau Akasia), Ranger Platinum pasti menarik perhatian di atas jalan raya. Ruang dalam kabin dinaik taraf dengan sentuhan Platinum, tempat duduk kulit dengan fungsi pemanas dan pengudaraan untuk pemandu serta penumpang hadapan, dipadankan dengan kemasan timbul eksklusif Platinum dan sistem bunyi Bang & Olufsen 8-speaker, sekali gus menawarkan pemanduan yang lebih selesa dan canggih dalam setiap perjalanan.
Ranger Sport: Dicipta untuk Kembara Bandar Moden

Direka untuk pelanggan yang mencari keseimbangan antara gaya, keupayaan dan sifat serba guna, Ranger Sport memaparkan reka bentuk lasak lagi menyerlah, membawakan perwatakan dinamik kepada rangkaian Ranger. Dengan pilihan enjin 3.0L V6 Turbo Diesel dan 2.0L Turbo Diesel, trak ini menggandingkan prestasi dan kegunaan praktikal harian dengan sempurna.
Ranger Sport menampilkan reka bentuk gril agresif dengan iras hitam gaya sporty, roda aloi 18-inci dan garis bentuk luar menyerlah yang jelas menambat perhatian. Di bahagian dalam, kabin tampak lebih anggun dengan kerusi dwitona moden yang anggun dan kelompok instrumen digital, di mana varian 3.0L didatangkan dengan sistem pacuan empat roda penuh masa, manakala varian 2.0L dilengkapi sistem pacuan empat roda separuh masa, sekali gus memberikan keyakinan dan keupayaan pemanduan yang dipertingkatkan dalam pelbagai keadaan jalan dan pemanduan. Direka cipta untuk golongan profesional bandar dan keluarga aktif, Ranger Sport sesuai untuk kegunaan bandar serta kembara pada hujung minggu.

Ranger XL: Menyelesaikan Tugas Dengan Sempurna

Sementara itu Ranger XL kekal sebagai kenderaan kerja lasak yang direka khas untuk para pelanggan merangkumi pengusaha perniagaan, pengendali kenderaan dan pengguna komersial yang mementingkan ciri-ciri praktikal. Menggabungkan daya tahan terbukti dengan fungsi praktikal, teknologi keselamatan dinaik taraf dan ciri-ciri intuitif, Ranger XL memberikan tahap kebolehpercayaan yang diperlukan untuk menyokong operasi kerja harian.
Menampilkan bahagian depan yang gah dengan reka bentuk rim tahan lasak dan perincian luar yang ditambah baik, Ranger XL dibina untuk berkhidmat dengan penuh yakin. Badan trak yang praktikal membolehkannya disesuaikan untuk menjalankan kerja harian, manakala ciri-ciri keselamatan seperti enam beg udara di sekeliling kabin dan teknologi intuitif memastikan pemandu terus memandu dengan yakin serta kekal terhubung dan terkawal sepanjang perjalanan.

Memperkukuh Sokongan Selepas Jualan di Sabah, Sarawak dengan Hab Alat Ganti Baharu di Kota Kinabalu

Dalam mengotakan janji untuk menyediakan pengalaman pemilikan lancar di semua kawasan utama, Auto ConneXion-Ford telah membuka Hab Alat Ganti baharu di Kota Kinabalu, Sabah, sebagai lanjutan kepada Hab Alat Ganti Pusat sedia ada di Shah Alam, Selangor. Pelanggan di seluruh Sabah dan Sarawak kini boleh mendapatkan alat ganti tulen Ford dengan lebih mudah untuk menyenggarakan kenderaan mereka dengan lebih pantas.

Pusat tersebut akan memulakan operasi secara berfasa bermula 27 Julai 2026. Bagi meluaskan operasi selepas jualan Ford di Sabah dan Sarawak, Hab ini pada mulanya akan memegang inventori awal kira-kira 1,000 alat ganti yang kerap diguna pakai bagi kenderaan Ford dan Motorcraft, termasuk komponen penyenggaraan, alat haus dan lusuh dan pembaikan kemalangan. Dengan matlamat menyokong pengedar Ford sah di seluruh Sabah dan Sarawak, hab baharu ini dijangka mengurangkan tempoh menunggu alat ganti dengan ketara, dengan alat ganti terpilih yang mempunyai permintaan tinggi disediakan untuk penghantaran pada hari yang sama di sekitar kawasan Kota Kinabalu. Ini akan membolehkan kerja baik pulih dilakukan dengan lebih pantas serta meningkatkan kecekapan bengkel sekali gus memberikan pengalaman pemilikan yang lebih lancar buat pengguna.

Disokong oleh rangkaian 33 lokasi pengedar Ford di seluruh negara, Auto ConneXion–Ford membolehkan pelanggan Ford mendapatkan khidmat jualan, servis dan sokongan Ford di pusat-pusat bandar utama dan bandar-bandar lebih kecil di seluruh Malaysia. Ini termasuk 9 pusat jualan dan servis sah Ford di Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada tujuh pengedar dan dua pusat servis terkhusus, yang meluaskan sokongan perkhidmatan kepada penduduk di Kapit dan Mukah, Sarawak.

Rangkaian Ford Ranger yang diperluas ini dibuka untuk tempahan di pengedar sah Ford di seluruh negara. Harga bagi Semenanjung Malaysia (atas jalan, tidak termasuk insurans) bermula daripada RM205,888 untuk Ranger Platinum, RM159,888 bagi Ranger Sport 3.0L, RM145,888 bagi Ranger Sport 2.0L dan RM127,888 bagi Ranger XL.
Sebagai promosi sempena pelancaran model-model yang baru ini, pelanggan yang membeli Ranger XL dan Ranger Sport 2.0L selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2026 akan menerima Ford Front HD1080p Dashcam secara percuma, manakala pelanggan yang membeli Ranger Sport 3.0L dan Ranger Platinum 3.0L akan menikmati Pelan Perkhidmatan Lanjutan Asas (Basic Extended Service Plan, ESP) selama dua tahun secara percuma.*

Pemilik dan peminat Ford turut dijemput menyertai acara sulung Ford Nation yang akan berlangsung pada 1 Ogos 2026 dari 5 petang – 10 malam di Heritage Valley, Kuala Lumpur, meraikan komuniti Ford yang semakin berkembang melalui pelbagai aktiviti, pameran eksklusif dan pengalaman yang dikongsi bersama.
















































































Komen