BMW Group Malaysia meraikan kecemerlangan rangkaian pengedarnya menerusi Malam Anugerah Pengedar 2026
- Anna Chong

- 28 Mei
- 6 min membaca

BMW Group Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan Malam Anugerah Pengedar 2026 di hotel berprestij, Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur bagi meraikan pencapaian cemerlang rangkaian pengedarnya di seluruh negara. Majlis tersebut menghimpunkan lebih 200 tetamu yang terdiri daripada wakil serta barisan pemimpin pengedar BMW, MINI dan BMW Motorrad di seluruh Malaysia.
Anugerah yang disampaikan pada malam tersebut mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam prestasi jualan dan selepas jualan, perkhidmatan yang mencerminkan peranan penting rangkaian pengedar dalam merealisasikan komitmen BMW Group Malaysia untuk memberikan “Sheer Driving Pleasure” serta pengalaman pemilikan premium kepada pelanggan di seluruh negara.
Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, berkata, “Malam ini, kita bukan sahaja meraikan pencapaian luar biasa, tetapi juga barisan individu serta jalinan kerjasama yang menjadi tunjang kepada kejayaan ini. Tahun 2026 bakal menjadi tahun transformasi buat BMW Group Malaysia menerusi pengenalan Neue Klasse yang menandakan era baharu dalam mobiliti elektrik. Kecemerlangan dan dedikasi yang diraikan pada malam ini memberikan keyakinan besar kepada saya bahawa rangkaian pengedar kami bersedia untuk menerajui fasa seterusnya ini, sambil terus menawarkan pengalaman pemilikan premium dan komitmen terbaik kepada pelanggan. Perkara ini telah menjadikan BMW Group Malaysia sebagai Pengeluar Automotif Premium Nombor Satu negara sejak 2020 serta Penyedia Kenderaan Elektrik Premium Nombor Satu untuk tahun keenam berturut-turut.”

Sepanjang majlis berlangsung, pelbagai kategori anugerah telah disampaikan bagi mengiktiraf kecemerlangan prestasi jualan dan selepas jualan dalam rangkaian pengedar BMW, MINI dan BMW Motorrad.
Anugerah BMW Aftersales Vision Club 2025
Anugerah BMW Aftersales Vision Club 2025 memberi penghargaan kepada rakan pengedar BMW Group Malaysia atas sumbangan cemerlang mereka dalam kategori perkhidmatan selepas jualan. Anugerah ini merangkumi beberapa kategori termasuk Pengurus Kualiti Khidmat Pelanggan, Juruteknik, Pengurus Alat Ganti, Penasihat Servis, serta Ketua Perkhidmatan Selepas Jualan.

Bagi kategori Pengurus Kualiti Khidmat Pelanggan, tempat ketiga dimenangi oleh Roslan Bin Mohd Nasir daripada Regas Premium Sabah, diikuti Khushwant Singh daripada Auto Bavaria Ara Damansara di tempat kedua, manakala Yee Siew Min daripada Millennium Welt Kuantan muncul sebagai pemenang tempat pertama.
Bagi kategori Juruteknik, tempat ketiga diberikan kepada Wan Luqmanulhakim Bin Wan Zin daripada Millennium Welt KL North, diikuti Ching Ji Heong daripada Auto Bavaria Penang di tempat kedua, sementara Kenny Chang Duen Khang daripada Auto Bavaria Ara Damansara merangkul tempat pertama.

Bagi kategori Pengurus Alat Ganti, Fun Meng Chiang daripada Auto Bavaria Ara Damansara memenangi tempat kedua, manakala Goo Siew Lee daripada Tian Siang Premium Auto Ipoh dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama.
Bagi kategori Penasihat Servis, Premaeshswaroohpasaiee A/L Chandrasekaran daripada Quill Automobiles meraih tempat ketiga, diikuti Annie Lian Sook Ling daripada Auto Bavaria Kuala Lumpur di tempat kedua, dan Fok Jun Ming daripada Millennium Welt KL North muncul sebagai pemenang tempat pertama.

Bagi kategori Ketua Perkhidmatan Selepas Jualan pula, Boo Yi Ping daripada Auto Bavaria Ara Damansara memenangi tempat ketiga, Tee Chung Yon daripada Millennium Welt KL North di tempat kedua, dan Tan Thiam Peng daripada Lee Motors Auto Care dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama.

Anugerah BMW Motorrad Dealer 2025
Anugerah BMW Motorrad Dealer meraikan sumbangan warga kerja dalam merealisasikan visi “Make Life a Ride” buat komuniti penunggang motosikal Malaysia. Anugerah ini merangkumi kategori Juruteknik BMW Motorrad, Penasihat Servis BMW Motorrad, Penasihat Jualan BMW Motorrad, Pengurus Pemasaran BMW Motorrad, Pengurus Sokongan Pelanggan BMW Motorrad, Pengurus Jualan BMW Motorrad, serta Prinsipal Pengedar.
Bagi kategori Juruteknik BMW Motorrad, anugerah diberikan kepada Ng Khe Yen, manakala Mohd Hilmi b Jaludin memenangi kategori Penasihat Servis BMW Motorrad. Kedua-duanya mewakili Auto Bavaria Ara Damansara. Sementara itu, Daniel Ariff daripada Millennium Welt Seremban 2 diiktiraf dalam kategori Penasihat Jualan BMW Motorrad.

Bagi kategori Pengurus Pemasaran BMW Motorrad, anugerah dimenangi oleh Ooi Mae Gern, diikuti Chan Hong Leong bagi kategori Pengurus Sokongan Pelanggan BMW Motorrad serta Ahmad Faisal Mustafa bagi kategori Pengurus Jualan BMW Motorrad. Kesemua penerima tersebut mewakili Auto Bavaria Ara Damansara. Bagi kategori Prinsipal Pengedar pula, anugerah diberikan kepada Wong Kim Kooi daripada Auto Bavaria Penang.

Penasihat Jualan Terbaik bagi Highest Funded Contracts 2025
Anugerah Penasihat Jualan Terbaik bagi Highest Funded Contracts mengiktiraf individu yang mencatat prestasi cemerlang dalam portfolio BMW Group Malaysia.

Bagi kategori Kontrak Pembiayaan Tertinggi BMW, anugerah dimenangi oleh Lucas Liang Jit Lim daripada Millennium Welt Seremban 2. Patrick Lim daripada Millennium Welt Seremban 2 pula menerima anugerah bagi kategori Kontrak Pembiayaan Tertinggi MINI, manakala kategori Kontrak Pembiayaan Tertinggi BMW Motorrad dimenangi oleh Saw Kooi Hong daripada Auto Bavaria Penang.

Penasihat Jualan Terbaik bagi Easy Drive 2025
Anugerah Penasihat Jualan Terbaik bagi Easy Drive meraikan pencapaian cemerlang dalam Perkhidmatan Kewangan bagi jenama BMW dan MINI.

Bagi kategori BMW Easy Drive, penerima anugerah terdiri daripada Koh Lay Hong daripada Auto Bavaria Ara Damansara, Cherie Sumana daripada Quill Automobiles, Lucas Liang Jit Lim daripada Millennium Welt Seremban 2 serta Tan Khoi Peng daripada Auto Bavaria Balakong. Bagi kategori MINI Easy Drive pula, anugerah diberikan kepada Patrick Lim daripada Millennium Welt Seremban 2 dan Lee Sok Yee daripada Auto Bavaria Ara Damansara.

Pengedar BMW dengan Sokongan Terbaik 2025
Anugerah Pengedar BMW dengan Sokongan Terbaik 2025 telah dimenangi oleh Millennium Welt KL North, dengan Pengarah Urusannya, Bryan Wong, menerima penghormatan tersebut bagi pihak pengedar berkenaan.
Pendaftaran Tertinggi untuk Perkhidmatan Kewangan 2025
Bagi kategori Pendaftaran Tertinggi untuk BMW Financial Services, anugerah diberikan kepada Woon Choon Yuen daripada Millennium Welt Kuantan, Gabriel Koh daripada Millennium Welt Batu Pahat, Mak Kam Hong daripada Tian Siang Ipoh, Nicholas Lee daripada Millennium Welt Seremban 2, Joe Lee See Juan daripada Auto Bavaria Ara Damansara, serta Muhamad Azrul Bin Azman daripada Millennium Welt KL North.
Bagi kategori Pendaftaran Tertinggi untuk MINI Financial Services pula, penerima anugerah termasuklah Nicholas Lee daripada Millennium Welt Seremban 2 dan Joe Lee See Juan daripada Auto Bavaria Ara Damansara. Sementara itu, bagi kategori Pendaftaran Tertinggi untuk BMW Motorrad Financial Services, anugerah dimenangi oleh Theresa Tan daripada Regas Premium Sabah dan Benjamin Ang daripada Auto Bavaria Tebrau.

Anugerah MINI Issigonis Club 2025
Anugerah MINI Issigonis Club mengiktiraf individu yang telah mempamerkan prestasi cemerlang dan komitmen tinggi dalam rangkaian MINI. Pada tahun ini, anugerah diberikan untuk kategori Penasihat Jualan MINI, Pengurus Jualan MINI dan Prinsipal Pengedar MINI.
Bagi kategori Penasihat Jualan MINI, penerima anugerah terdiri daripada Nicole Lee Pei Jie daripada Seong Hoe Premium Motors, Yee Zhen Wei dan Lim Yen Siang daripada Millennium Welt Seremban 2, Lai Chor Yuan daripada Auto Bavaria Tebrau, Chu Chee Keong daripada Auto Bavaria Penang, Wong Ann Mee daripada Auto Bavaria Kuala Lumpur, serta Belinda Ong Gaik Choo dan Lee Sok Yee daripada Auto Bavaria Ara Damansara.
Bagi kategori Pengurus Jualan MINI, anugerah diberikan kepada Elroy Hon Kam Kwan daripada Millennium Welt Seremban 2, Tan Ni Rou daripada Auto Bavaria Penang dan Yeow Chun Hoong daripada Auto Bavaria Ara Damansara. Manakala, bagi kategori Prinsipal Pengedar MINI, penerima anugerah ialah Theresa Tan daripada Regas Premium Sabah, Wong Kim Kooi daripada Auto Bavaria Penang, dan Joe Lee See Juan daripada Auto Bavaria Ara Damansara.

Anugerah BMW Vision Club 2025
Anugerah BMW Vision Club meraikan kecemerlangan prestasi jualan rangkaian pengedar menerusi kategori BMW Premium Selection (BPS) bagi Ketua Jualan dan Penasihat Jualan, diikuti kategori Perak, Emas dan Platinum.
Bagi kategori BMW Premium Selection Central, anugerah Penasihat Jualan BPS dimenangi oleh Ramky A/L Nagarajan daripada Auto Selection Ara Damansara, manakala anugerah Ketua Jualan BPS diberikan kepada Jerry Chan Kin Hoong daripada Auto Selection Ara Damansara.
Bagi kategori BMW Premium Selection Outstation, Mohamad Amir Faris bin Azimi daripada Seong Hoe Premium Motors memenangi anugerah Penasihat Jualan BPS, sementara Niski Mak Jun Hong daripada Millennium Welt Seremban 2 menerima anugerah Ketua Jualan BPS.
Bagi kategori Penasihat Jualan, anugerah Perak diraih oleh Lim Yu Yuan daripada Lee Motors Auto Care dan Muriel Tan Mew Chin daripada Regas Premium Sabah. Dalam kategori Emas pula, anugerah digondol oleh Louise Lou Yin Yee daripada Tian Siang Premium Auto Ipoh dan Steven Ooi Guan Koon daripada Tian Siang Premium Auto Butterworth. Sementara itu, bagi kategori Platinum, penerima anugerah terdiri daripada Mohd Amirul Hazim Mohd Zaffaruddin daripada Millennium Welt KL North, serta Chong Kean Tuck dan Chua Kok Sing daripada Auto Bavaria Ara Damansara.
Bagi kategori Ketua Jualan, anugerah Perak telah diberikan kepada Cabrine Kong daripada Regas Premium Sabah dan Ray Lim Wan Chuan daripada Lee Motors Auto Care. Dalam kategori Emas, anugerah dimenangi oleh Tan Ni Rou daripada Auto Bavaria Penang dan Alfred Liew Hann Yang daripada Auto Bavaria Tebrau. Bagi kategori Platinum pula, anugerah disampaikan kepada Victor Tan Wei Teck daripada Auto Bavaria Ara Damansara dan Yuvindra Durairaj daripada Auto Bavaria Balakong.

Anugerah BMW Dealer Marketeer of the Year
Anugerah BMW Dealer Marketeer of the Year mengiktiraf sumbangan luar biasa dalam bidang pemasaran pengedar. Pada tahun ini, penghormatan tersebut telah dianugerahkan kepada Jolene Tay daripada Regas Premium Auto.
Anugerah BMW Excellence Club 2025
Anugerah BMW Excellence Club 2025 mengiktiraf Prinsipal Pengedar yang secara konsisten mencatat prestasi cemerlang serta tahap kepuasan pelanggan yang tinggi di seluruh operasi mereka. Pada tahun ini, anugerah diberikan untuk kategori Platinum, Emas dan Perak.
Bagi kategori Perak, anugerah diberikan kepada Gabriel Koh daripada Millennium Welt Batu Pahat. Manakala, kategori Emas menjadi milik Muhammad Shaza Abdul Karim daripada Auto Bavaria Johor Bahru, Wong Kim Kooi daripada Auto Bavaria Penang, dan Benjamin Ang Boon Chyuan daripada Auto Bavaria Tebrau. Bagi kategori Platinum pula, penerima anugerah terdiri daripada Bryan Wong daripada Millennium Welt KL North, Lim Sern Paul daripada Auto Bavaria Balakong, serta Joe Lee See Juan daripada Auto Bavaria Ara Damansara.




















Komen