top of page

BMW Group Malaysia menampilkan 10 finalis bagi BMW Shorties 2025.

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 17 Nov
  • 4 min membaca
10 finalis bagi BMW Shorties 2025.

BMW Shorties, inisiatif Seni & Budaya paling berprestij dan paling lama dianjurkan oleh BMW Group Malaysia, telah mengumumkan 10 Finalis bagi BMW Shorties 2025. Dipilih oleh barisan panel yang terdiri daripada pakar ternama dalam industri, para finalis ini akan bersaing untuk Hadiah Utama bernilai RM50,000 dalam bentuk dana penerbitan daripada BMW Group Malaysia.

 

Sashi Ambihaipahan, Pengarah Komunikasi Korporat dan Kemampanan di BMW Group Malaysia berkata, “Susulan tema tahun lalu, ‘PULSE’, yang melambangkan penyalaan semula semangat komuniti kreatif dengan inspirasi yang diperbaharui, tema tahun ini iaitu 'New Dimensions' menggambarkan evolusi mengujakan dalam pendekatan yang digunakan oleh bakat kreatif tempatan untuk menghasilkan penceritaan. Tema ini mencabar mereka untuk melangkaui batas kebiasaan dan menghasilkan karya di luar jangkaan. Kehebatan bakat yang  disaksikan saban tahun terus mengukuhkan keyakinan kami terhadap semangat kreatif yang sentiasa bernyala dalam landskap kandungan digital Malaysia. Di BMW Group, kami sentiasa berusaha untuk meneroka potensi baharu melalui Keterbukaan Teknologi serta Kuasa Pilihan, dan kami amat gembira melihat semangat transformatif yang sama dalam kalangan bakat kreatif tahun ini.”

 

Zan Azlee, pengarah dokumentari tersohor dan Juri BMW Shorties 2025 berkata, “Menilai penyertaan tahun ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga. Perkara yang paling menarik perhatian saya adalah betapa ramai pencipta kandungan benar-benar menyahut cabaran 'New Dimensions', dengan mendekati isu-isu sosial yang kompleks daripada perspektif yang segar dan tidak dijangka. Para finalis tahun ini menampilkan kisah-kisah yang berani menyentuh perasaan, namun juga boleh berjenaka, dan itulah yang menjadikan karya mereka begitu memikat.”

 

Rakan juri dan tokoh industri terkemuka, Fatimah Abu Bakar, menambah, “Setelah menyaksikan evolusi sinema tempatan selama beberapa dekad, saya amat terpegun dengan tahap kreativiti yang ditonjolkan pada tahun ini. Sepuluh finalis tahun ini bukan sahaja mempamerkan kecemerlangan teknikal, malah kematangan dalam penceritaan. Penceritaan mereka memaparkan keberanian, reflektif, dan benar-benar mencerminkan jiwa Malaysia.”

 


Festival BMW Shorties 2025

Menandakan edisi ke-19 inisiatif ini, Festival BMW Shorties akan berlangsung pada 6 Disember 2025 di APW Bangsar, dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Festival sehari suntuk ini mengajak peminat BMW Shorties, pecinta filem, dan komuniti kreatif Malaysia untuk bersama-sama meraikan penceritaan serta inovasi.

 

Para pengunjung festival berpeluang menonton tayangan 10 projek Finalis, meneroka bazar yang menampilkan pelbagai pilihan makanan dan minuman yang lazat, menyaksikan persembahan muzik tempatan yang mengasyikkan, di samping menyertai bengkel interaktif bersama rakan kongsi dan alumni yang direka untuk memberi inspirasi serta mendidik bakat kreatif muda.

 

Pada malam yang sama, BMW Shorties akan secara rasmi mengumumkan pemenang hadiah utama ke-19 yang akan menerima geran penerbitan bernilai RM50,000. Kisah-kisah luar biasa oleh 10 Finalis BMW Shorties 2025 kini boleh ditonton dan diundi oleh orang ramai di laman web BMW Shorties DI SINI. Orang ramai dijemput untuk mengundi calon kegemaran mereka bagi Anugerah Pilihan Penonton mulai sekarang hingga 6 Disember 2025, jam 6:00 petang.


 

Para Finalis BMW Shorties 2025 (tanpa susunan tertentu) adalah:

  • Sayap - Sathishwararao Anantharao

  • 当时只道是寻常 (I Thought It Was Ordinary) – Orlando Loo

  • Flat No. 4 - Syalikh Nazrul

  • Perfect Family - Shamalan Nagayai & Wong Zhao Quan

  • Are You Open? – Shah Wan

  • tragedy of youth. - Abid Danish

  • HAKIKI RUMPUT EMAS - Alief Mat Zoher

  • 如果下雨,我就______。(If Rains, I will... ) - Ho Yue Qin

  • Anak Omputeh – Darwish Syahmi

  • Sakarat: Pohon Yang Sunyi - Fauzan Hak


 Calon-calon Anugerah Sokongan BMW Shorties 2024 (tanpa susunan tertentu) adalah:

  • Adunan Bunyi Terbaik

    • Rhapsody of a Small Town - Replay Music Studio

    • The Dog's Dream - Pasca Bunyi

    • Sayap - Teo Wey Yinn

    • tragedy of youth. - Cheah Yi Le

    • 粽 (Chang) - Yap Ming Shawn


  • Sinematografi Terbaik

    • HAKIKI RUMPUT EMAS - Anas Jazni

    • Sayap  - Vishnu Attiappan

    • Suara Hujan (Voices of Rain) - Danial LG Geoffrey

    • Perfect Family - Aaron Chow

    • Flat No. 4 - Bah Wei Jun


  • Kisah Terbaik

    • Flat No. 4 - Syalikh Nazrul

    • 如果下雨,我就______。(If Rains, I will... ) - Ho Yue Qin

    • HAKIKI RUMPUT EMAS - Alief Mat Zoher

    • Sayap -Sathishwararao Anantharao

    • Perfect Family - Wong Zhao Quan


  • Rekaan Produksi Terbaik

    • Mosaic - Kavinan Letchumanan

    • HAKIKI RUMPUT EMAS - Fakhrullah Zainul

    • Flat No. 4 - Kishen Rajs

    • Perfect Family – Apple Pong

    • Kedai Runcit Jiwa - Khor Chin Joe


  • Suntingan Terbaik

    • If Time Allowed (如果时间允许)  - Chew Yik Yong

    • Perfect Family - Shamalan Nagayai

    • Flat No. 4 - Pete Wong, Leann K.

    • Duality - Qistina Alma

    • HAKIKI RUMPUT EMAS - Alief Mat Zoher


  • Pengarah Terbaik

    • Anak Omputeh - Darwish Syahmi

    • Perfect Family - Shamalan Nagayai & Wong Zhao Quan

    • Flat No. 4 - Syalikh Nazrul

    • HAKIKI RUMPUT EMAS - Alief Mat Zoher

    • Sayap - Sathishwararao Anantharao


  • Pelakon Wanita Terbaik

    • Cora - Arissa Azlan

    • Perfect Family - Siew Thung

    • tragedy of youth. - Hana Roanne

    • Flat No. 4 - Kimberly Chuah

    • If Time Allowed (如果时间允许) - Teoh Shu Kheng


  • Pelakon Lelaki Terbaik

    • Perfect Family - Dexter Zhen

    • Anak Omputeh - Karl Amry

    • 142 Hari - Ammar Abd Razak

    • Flat No. 4 - Arfie Shah

    • 当时只道是寻常 (I Thought It Was Ordinary) - Tang Liang


  • Student Shorties Terbaik

    • 当时只道是寻常 (I Thought It Was Ordinary) - Orlando Loo

    • Pragma - Meqsut

    • Anak Omputeh - Darwish Syahmi

    • Sorok Dalam Sarung Bantal - Azib Aflah

    • 粽 (Chang) - Clarissa Chan Caymie


Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page