BMW Malaysia memperkenalkan BMW M340i xDrive M Sport Pro Baharu, memperluas barisan BMW 3 Series pemasangan tempatan
- Anna Chong

- 23 Jun
- 6 min membaca

BMW Malaysia meneruskan sambutan 50 Tahun BMW 3 Series dengan pelancaran BMW M340i xDrive M Sport Pro Baharu, sekali gus memperluaskan lagi barisan BMW 3 Series menerusi model yang menggabungkan keseimbangan sempurna antara gaya sporty, inovasi dan ciri-ciri premium, yang dipasang sepenuhnya di dalam negara. Sebagai varian paling berkuasa dalam siri ini, BMW M340i xDrive M Sport Pro Baharu menawarkan pengalaman pemanduan M Performance yang mengujakan, dengan keselesaan premium dan teknologi canggih yang merupakan identiti jenama BMW.
Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Selama lima dekad, BMW 3 Series telah menetapkan standard dalam pengalaman pemanduan yang benar-benar mengujakan dan berfokuskan pemandu. Di Malaysia, BMW 3 Series telah membina legasi tersendiri dalam prestasi dan kemewahan, sekali gus menjadikannya antara model pilihan ramai dan sering mencuri perhatian di jalan raya. Tahun ini, BMW 3 Series terus menjadi tumpuan di setiap acara utama, daripada sambutan 50 Tahun BMW 3 Series, Malaysia Autoshow 2025, hingga ke acara terkini MY BMW World 2025. Dengan pengenalan varian baharu pada setiap acara utama tahun ini, ia sekaligus menjadi sambutan sepanjang tahun bagi model ikonik ini — dengan acara terkini adalah pelancaran BMW M340i xDrive M Sport Pro Baharu pemasangan tempatan.”


Meraikan lima dekad Sheer Driving Pleasure, BMW M340i xDrive M Sport Pro Baharu menandakan kesinambungan kegemilangan legasi BMW 3 Series – menggabungkan prestasi berinspirasikan sukan permotoran dengan inovasi terkini. Dipasang secara tempatan di kemudahan BMW Group Malaysia di Kulim, model ini mencerminkan komitmen BMW Group Malaysia terhadap penawaran kejuruteraan bertaraf dunia kepada pelanggan di Malaysia. Dengan ciri-ciri eksklusif M Performance dan enjin enam silinder sebaris, BMW M340i xDrive M Sport Pro Baharu memperlihatkan evolusi BMW 3 Series merentasi tujuh generasi – yang mana reka bentuk, inovasi dan keterujaan bergabung dalam salah satu rangkaian model paling berjaya dalam sejarah BMW.
BMW M340i xDrive M Sport Pro Baharu - Prestasi Maksimum, Pemasangan Tempatan.
BMW M340i xDrive M Sport Pro Baharu menyerlahkan identitinya yang berteraskan prestasi menerusi reka bentuk yang gah dan atletik, yang mencerminkan warisan M yang tersendiri. Di bahagian hadapan, elemen kidney grille ikonik BMW digandingkan dengan lampu hadapan LED Adaptif yang menawan dan dilengkapi fungsi Bantuan Lampu Tinggi serta Garis Bayang Lampu M untuk memberikan kehadiran visual yang memukau dan penuh keyakinan di jalan raya. Kontur yang menonjol dan garisan berukir yang mengunjur kemas di sepanjang badan kenderaan, diserlahkan lagi dengan pakej aerodinamik M yang ditawarkan sebagai ciri standard. Bahagian belakang kenderaan turut tampil mengagumkan dengan paip ekzos berkembar dan spoiler belakang M yang menonjolkan rekaan dinamik model ini. BMW M340i xDrive M Sport Pro Baharu digayakan dengan rim aloi ringan M bersaiz 19 inci dalam gaya jejari berkembar, dipadankan dengan brek M Sport berkilat merah. Penampilan gaya luaran disempurnakan dengan kemasan Garis Bayang M berkilat, menjadikan penampilan model ini selari dengan prestasinya di jalan raya.

Di ruang dalam, BMW M340i xDrive M Sport Pro Baharu menampilkan kabin berfokuskan prestasi namun tetap kelihatan mewah, dengan kemasan upholsteri Sensatec, panel instrumen mewah dan butang kawalan galvanik yang menambah sentuhan premium terhadap pengalaman pemanduan. Tempat duduk sport untuk pemandu dan penumpang hadapan boleh dilaras secara elektrik dan turut dilengkapi fungsi memori. Suasana sporty di dalam kabin dipertingkatkan lagi menerusi penggunaan tali pinggang keledar M, kemasan dalaman aluminium rhombicle antrasit M, pelapik bumbung antrasit M, dan stereng kulit M tiga jejari dengan penanda posisi jam 12. Penunjuk tekanan tayar yang telah dikemas kini memberikan keyakinan tambahan semasa pemanduan, manakala Paparan Melengkung BMW berorientasikan pemandu kekal sebagai elemen utama dalam kabin – menggabungkan paparan kluster instrumen 12.3 inci dan paparan kawalan sesentuh 14.9 inci, yang dikuasakan oleh Sistem Operasi BMW 8.5 terkini. Untuk pengalaman audio yang menyeluruh semasa pemanduan, sistem bunyi Harman Kardon Surround Sound dengan 16 pembesar suara berkuasa 464 Watt menawarkan kejelasan bunyi yang tiada tandingan. Ciri-ciri standard lain termasuk cermin pandang belakang dalaman dengan fungsi anti-silau, pencahayaan ambien, bumbung kaca elektrik, pakej ruang penyimpanan, dan sistem pemuatan barangan panjang.

Teras utama BMW M340i xDrive M Sport Pro Baharu terletaknya enjin enam silinder sebaris BMW TwinPower Turbo 3.0 liter, yang mampu menghasilkan 285 kW (387hp) dan tork 500 Nm. Digandingkan dengan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan serta sistem pacuan semua roda pintar BMW xDrive, kenderaan ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.4 saat, dengan kelajuan maksimum 250 km/j. Direka untuk menawarkan keseimbangan antara ketepatan dinamik dan kemudahan kegunaan harian, model ini turut dilengkapi ciri standard seperti Suspensi Adaptif M, Diferensial M Sport dan Stereng Sukan Bervariasi, bagi memastikan setiap pemanduan didefinisikan oleh kawalan, kelincahan dan prestasi yang mengujakan.

BMW M340i xDrive M Sport Pro Baharu juga hadir dengan rangkaian sistem bantuan pemandu yang komprehensif, direka untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kemudahan pemanduan. Sistem ini termasuk Bantuan Pemanduan yang menawarkan ciri seperti Amaran Keluar Lorong dan Amaran Perlanggaran Hadapan dengan intervensi brek bagi membantu mengurangkan risiko pelanggaran. Ciri Kawalan Pemanduan Aktif dengan fungsi Berhenti & Jalan pula membolehkan penyesuaian kelajuan mengikut aliran trafik, memberikan keselesaan dan keselamatan semasa perjalanan jauh mahupun dalam kesesakan jalan raya. Sementara itu, sistem Bantuan Parkir Plus memastikan proses parkir yang lebih mudah dalam apa jua ruang, menerusi paparan pandangan sekeliling, kamera undur, dan fungsi parkir automatik secara selari atau tegak.

Daripada aspek ketersambungan, BMW M340i xDrive M Sport Pro Baharu dilengkapi secara standard dengan Kokpit Profesional Langsung BMW, perkhidmatan sambungan pemanduan, pakej sambungan profesional, perkhidmatan telekhidmat, panggilan kecemasan pintar, integrasi telefon pintar, dan fungsi eSIM peribadi. Untuk kemudahan tambahan, model ini turut didatangkan dengan sistem pembukaan but automatik dan sistem akses keselesaan sebagai ciri standard.
BMW M340i xDrive M Sport Pro Baharu tampil dengan reka bentuk sporty dan elegan, ditawarkan dalam empat pilihan warna luaran: Alpine White, Black Sapphire, Arctic Race Blue, dan M Brooklyn Grey. Untuk ruang dalaman, pelanggan boleh memilih upholsteri Sensatec Perforated dalam warna Tacora Red untuk penampilan berani, atau Black untuk sentuhan klasik dan sofistikated.

Relax, We Care.
BMW Group Malaysia menetapkan penanda aras baharu dalam pemilikan automotif premium, memberikan definisi baharu terhadap pengalaman pemanduan dengan penuh keyakinan dan ketenangan minda. Relax, We Care mencerminkan komitmen teguh BMW untuk membawakan Sheer Driving Pleasure tanpa gangguan – satu janji bahawa walau apa jua situasi, kami sentiasa bersama anda.
Di bawah inisiatif Relax, We Care, pendekatan menyeluruh 360 darjah terhadap pemilikan BMW disampaikan melalui rangkaian perkhidmatan yang bersepadu. Bermula dengan Komitmen Servis BMW, yang menawarkan penjagaan pakar, ketelusan, dan ketepatan dalam setiap janji temu melalui Perkhidmatan & Khidmat Pelanggan, pelanggan BMW turut dilindungi oleh Penjagaan Proaktif BMW. Perkhidmatan ini menggunakan data sensor masa nyata untuk mengesan potensi kerosakan sesuatu fungsi sebelum ia berlaku, dan memberi amaran kepada pemandu melalui aplikasi My BMW atau iDrive. Ciri ini dipertingkatkan lagi dengan BMW ConnectedDrive, yang mengintegrasikan ketersambungan digital terkini dalam setiap produk BMW, membolehkan kemas kini perisian tanpa wayar dan pengurusan kenderaan masa nyata melalui satu paparan pusat.

Selain itu, program Servis & Pembaikan Inklusif BMW memastikan ketenangan minda dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, bersama perlindungan perkhidmatan selama lima tahun atau 100,000km. Bagi Kenderaan Elektrik Bateri, perlindungan perkhidmatan dilanjutkan kepada enam tahun dengan perbatuan tanpa had, dan jaminan bateri voltan tinggi selama lapan tahun. Dengan Bantuan Tepi Jalan BMW, pelanggan boleh mendapat sokongan kecemasan 24/7 - termasuk tunda, kereta ganti, dan penginapan hotel sekiranya berlaku kecemasan yang tidak dijangka.
Kempen Kereta Baharu BMW menggabungkan semua perkhidmatan ini untuk memberikan pengalaman pemilikan yang lancar dan tanpa kebimbangan sejak hari pertama, membolehkan pelanggan kekal yakin, terhubung, dan dijaga, tanpa mengira situasi.

Program Kewangan Dinamik.
Dengan Pelan Pembiayaan Easy Drive daripada BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW M340i xDrive M Sport Pro Baharu kini lebih mudah menerusi pelan ansuran bulanan bermula daripada RM4,395 (berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus bagi tempoh lima tahun). Pelan ini turut didatangkan bersama Program Penggantian Kenderaan Secara Percuma dan Rebat Insurans Motor Komprehensif Tahun Pertama BMW sebanyak RM5,000.

Manakala melalui Pelan Pembiayaan Straight-Line, pelanggan boleh memiliki model ini dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM4,587 (berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus bagi tempoh tujuh tahun). Dengan kadar faedah eksklusif serendah 0.5 peratus, pelanggan dapat menikmati fleksibiliti dan nilai yang lebih tinggi dalam perjalanan mereka ke arah pemilikan model ini.
Pelanggan juga boleh menikmati perlindungan tambahan melalui BMW Protection+ & Program Penggantian Kereta* apabila membuat pembiayaan melalui Easy Drive atau Straight-Line. BMW Protection+ menawarkan perlindungan menyeluruh termasuk manfaat kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal, perlindungan terhadap kecurian kenderaan, perlindungan bayaran semula pinjaman sewa beli, serta Perlindungan Aset Terjamin. Manfaat tambahan lain termasuk perlindungan kunci, bantuan khas sekiranya berlaku kerugian total atau kecurian, perlindungan kerosakan rim, bantuan banjir atas dasar ihsan, serta perlindungan calar dan kemek bagi memberikan ketenangan fikiran buat pemilik BMW di setiap perjalanan.


Pengalaman Pemilikan Premium yang Lengkap.
Pemilik BMW M340i xDrive M Sport Pro Baharu juga akan menikmati pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh daripada BMW Group Malaysia, termasuk:
Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kecemasan Kemalangan BMW
Servis Dalam Talian BMW
Harga jualan yang disyorkan (atas jalan, tanpa insurans) untuk BMW M340i xDrive M Sport Pro Baharu adalah:
BMW M340i xDrive M Sport Pro Baharu | RM388,800.00 |
Tambahan Servis & Pembaikan Inklusif BMW* | RM26,400.00 |
* Terdiri daripada Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis




















Komen