top of page

BYD Malaysia Perkukuh Program CSR Light the Change Menerusi Inisiatif Penanaman Pokok di The Waterfront @ ParkCity

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 3 hari lalu
  • 2 min membaca

Light the Change

BYD Malaysia terus memperkukuh program tanggungjawab sosial korporat Light the Change dengan menterjemahkan lebih 1,200 ikrar awam kepada pelaksanaan usaha melalui inisiatif penanaman pokok di The Waterfront @ ParkCity.

 

Diperkenalkan sebagai platform untuk menggalakkan tindakan bersama ke arah masa depan yang lebih lestari, BYD Light the Change menggabungkan usaha pemeliharaan alam sekitar dan penglibatan komuniti dalam satu inisiatif bersepadu. Susulan festival yang diadakan pada penghujung tahun lalu, ikrar yang dikumpulkan melalui inisiatif pokok digital kini dilaksanakan di lapangan.


Light the Change

 

Selaras dengan misi global BYD untuk menyejukkan bumi sebanyak 1°C, BYD Malaysia telah memulakan pelaksanaan ikrar ini secara berperingkat melalui penanaman pokok sebenar, sekali gus menandakan satu langkah penting dalam usaha berterusan program ini untuk memberikan impak alam sekitar yang bermakna.


Light the Change

 

Bersempena Hari Bumi, inisiatif ini menghimpunkan pasukan daripada BYD Sime Motors, rakan pengedar BYD dan DENZA, warga kerja BYD Malaysia, rakan media, serta wakil The Waterfront @ ParkCity dan pelajar The International School of ParkCity (ISPKL), mencerminkan semangat kerjasama yang menjadi teras Light the Change. Seramai 120 peserta telah menanam 120 pokok daripada 10 spesies tempatan yang dipilih bagi meningkatkan biodiversiti serta menyokong pemulihan kawasan hijau bandar.

 

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami untuk menterjemahkan niat kepada tindakan,” kata Jacob Ma, Pengarah Urusan BYD Malaysia. “Melalui BYD Light the Change, kami membuka ruang kepada rakan kerjasama, komuniti dan generasi muda untuk bersama-sama menyumbang kepada usaha yang bermakna. Ia bukan sekadar soal skala, tetapi usaha berterusan yang melangkaui peranan kami sebagai perniagaan, dalam memberi impak yang berkekalan.”


Light the Change

 

Penanaman ini menggunakan kaedah Miyawaki, iaitu pendekatan penghijauan semula bandar yang terbukti mampu mempercepatkan pertumbuhan pokok sehingga 10 kali ganda dan menghasilkan kawasan hijau yang lebih padat, sekali gus membentuk ekosistem yang mampu berdikari dalam tempoh 2 hingga 3 tahun.

 

Seiring perkembangan program ini, Light the Change akan diperluaskan melangkaui penanaman pokok di kawasan bandar kepada usaha pemulihan ekosistem yang lebih menyeluruh, termasuk pemuliharaan bakau. BYD Malaysia juga akan terus memantau perkembangan pokok yang ditanam serta berkongsi kemajuan dari semasa ke semasa.


Light the Change

 

BYD Light the Change: Bersama Komuniti Dalam Saat Sukar

Selain usaha alam sekitar, Light the Change turut mencerminkan komitmen BYD Malaysia dalam membantu komuniti yang memerlukan. Susulan kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan yang menjejaskan ribuan keluarga, BYD Malaysia telah menyalurkan bantuan melalui usaha yang diselaraskan di lapangan.


Light the Change

 Dengan kerjasama BYD Sime Motors dan BYD Regas di Kota Kinabalu, BYD Malaysia menggerakkan rangkaiannya dengan membuka pusat pengumpulan di pengedar serta menyalurkan bantuan terus kepada komuniti terjejas. Pasukan turut melawat PPS Gelanggang Futsal Sim-Sim yang kini menempatkan sebahagian besar keluarga terjejas, diikuti PPS Dewan Serbaguna Warga Tua dan PPS Sibuga, melibatkan seramai 1,000 mangsa keseluruhan. Di lokasi-lokasi ini, sekurang-kurangnya 250 barangan keperluan seperti air minuman, bekalan makanan dan keperluan asas lain telah diagihkan.

 

“Ingatan kami bersama keluarga yang terjejas,” kata Jacob Ma. “Melalui Light the Change, kami kekal komited bukan sahaja terhadap usaha alam sekitar, tetapi juga dalam membantu komuniti pada saat yang paling memerlukan.”

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page