BYD Menawarkan Pengalaman Pemilikan EV Serba Baharu, Inovatifdan Menyeronokkan dengan BYD ATTO 2
- Anna Chong

- 24 Jul
- 6 min membaca

Siap sedial Kenderaan elektrik baharu anda sudah tiba! BYD Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, hari ini melancarkan BYD ATTO 2 — sebuah SUV kompak elektrik serba baharu yang direka khas sebagai kenderaan pilihan utama bagi pemandu generasi baharu. Bagi memudahkan orang ramai menikmati kecanggihan teknologi kenderaan elektrik (EV) premium, BYD ATTO 2 disesuaikan khusus untuk pemandu kali pertama, melopori trend dan penggemar gaya hidup aktif yang ingin beralih kepada pengangkutan pacuan elektrik.


Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Motors, berkata, "BYD ATTO 2 bukan setakat sebuah kenderaan biasa — malah merupakan model gaya hidup yang dibina berlandaskan inovasi, dan direka khusus untuk memenuhi cita rasa generasi baharu rakyat Malaysia. Inovasi ini tidak terhad kepada kereta sahaja. Kami kini membayangkan semula bagaimana rakyat Malaysia boleh memiliki dan menikmati EV dengan menjadikannya lebih mampu milik, fleksibel dan menyenangkan. Kami menghapuskan beberapa sekatan utama yang memudahkan pemilikan syarikat EV, iaitu menerusi pelan pembayaran fleksibel dan kerjasama dengan Power Up — syarikat pertama dalam industri untuk menawarkan kemudahan pengecasan EV mudah alih terus ke hadapan pintu anda. Kemudahan ini amat berguna bagi mereka yang menetap di kawasan kediaman bertingkat. Pada masa yang sama, kami sedang memperluas rangkaian seluruh negara kami kepada 60 cawangan BYD menjelang 2026, serta mengukuhkan ekosistem EV bersama rakan-rakan niaga tempatan untuk memastikan setiap rakyat Malaysia boleh mendapatkan sokongan yang diperlukan, di mana sahaja mereka berada."
Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia mengulas, "Dengan BYD ATTO 2, kami telah mencipta sebuah EV yang memenuhi keperluan pemandu muda dan pengguna EV kali pertama di Malaysia, dengan menggabungkan kelebihan inovatif BYD dengan ciri-ciri gaya hidup trend pada masa kini. Model ini melambangkan kecanggihan yang serba boleh, ciri praktikal dan gaya yang sememangnya sinonim dengan jenama kami. Memandangkan BYD kini mempelopori model bertumpukan golongan muda dengan pelbagai ciri dan inovasi serba baharu, ATTO 2 menetapkan penanda aras dalam kalangan kenderaan setarafnya."

Majlis pelancaran rasmi BYD ATTO 2 diadakan hari ini di Heritage Valley, Kuala Lumpur, dan dihadiri oleh Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd; Chen Han Sern, Ketua Operasi BYD Malaysia Sdn Bhd; Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Motors; Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors, Asia Tenggara; Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Inokom & Pengedaran Malaysia, Sime Motors dan Adeline Lew, Pengurus Besar BYD Sime Motors.
Carpy, maskot Kapibara BYD yang sentiasa ceria telah memeriahkan lagi upacara pelancaran, melambangkan keseronokan serba santai dan gaya hidup sosial yang diidamkan oleh ramai rakyat muda Malaysia. Teman sejatinya ialah BYD ATTO 2 serba baharu. Carpy dan kenderaannya mencerminkan pengalaman pengangkutan elektrik serba maju yang direka cipta untuk pemandu generasi baharu. Sama ada anda memandi santai di ibu kota, memandu ke perlawanan pickleball yang seterusnya atau ingin keluar bersiar-siar selepas sibuk bekerja sepanjang minggu, gandingan kenderaan dan maskot ini bakal merintis gaya hidup masa depan.

Spesifikasi BYD ATTO 2 di Malaysia
CIRI-CIRI UTAMA | BUTIRAN |
Jarak Pemanduan (NEDC) | Sehingga 410 km |
Bateri | Bateri Bilah BYD 51.13 kWj |
Kuasa Motor | 130 kW |
Tork | 290 Nm |
0-100 km/j | 7.9 saat |
Pangkalan Pengecas | AC: Jenis 2 (7 kW) DC: CCS2 (sehingga 82 kW) |
Infohiburan | 12.8" Skrin Sentuh Berputar Apple CarPlay & Android Auto Tanpa Wayar |
Ciri-Ciri Dalaman | Pengecasan tanpa wayar, Kerusi kulit sintetik, Kerusi depan berudara |
Keselamatan | 6 beg udara, monitor pemandangan 360°, Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) |
Pacuan | Pacuan Roda Depan |
Ruang Kargo | Sehingga 1,320L dengan kerusi belakang dilipat |
Roda | 17" Aloi, 215/60 R17 |
Bergaya Santai Lagi Mengujakan. Memperkenalkan BYD ATTO 2- Pilihan Terbaik Untuk Memulakan Perjalanan EV Anda.
BYD ATTO 2 menghidupkan semangat "When Chill Meets Thrill," atau Bergaya Santai Lagi Mengujakan, yang mencerminkan penampilan uniknya. "Chill" melambangkan aspek gaya hidup — serba santai, penuh bergaya dan sosial — manakala "Thrill" memaparkan pengalaman pemanduan elektrik sepenuhnya yang dinamik, berpacukan teknologi terkini BYD.

Kompak, intuitif dan direka suai khas bagi menempuh kehidupan harian di kota, BYD ATTO 2 dilengkapi teknologi dan menyerlahkan personaliti, Dengan unjuran pendek, garis bentuk terserlah dan kegagahan di jalan raya yang begitu menonjol, BYD ATTO 2 menggabungkan kekuatan dengan ketahanan.




Di dalam, ruang kabin ternyata kelihatan anggun, menampilkan kerusi kulit sintetik, kemasan dalaman hitam premium dan susun atur luas yang direka untuk keselesaan dan kehidupan moden. Di tengah-tengahnya terletak skrin sentuh berputar 12.8-inci dengan aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto yang menyokong kedua-dua sambungan tanpa wayar dan berwayar, memastikan semua orang sentiasa terhubung dan terhibur sepanjang perjalanan.
Dipacu oleh motor elektrik 130kW yang menghasilkan tork 290 Nm, BYD ATTO 2 memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 7.9 saat. Keupayaan ini membawakan perjalanan lancar dan responsif dengan julat penarafan NEDC sehingga 410 km — sesuai bagi perjalanan ulang-alik harian serta percutian hujung minggu.


Prestasi ini dipacu oleh Bateri Bilah 51.13 kWh BYD peneraju industri, yang terkenal kerana ciri-ciri keselamatan dan ketahanannya. Bateri ini menyokong kedua-dua pengecasan pantas AC dan DC — memberikan kemudahan tambahan dan fleksibiliti untuk menikmati pengalaman memandu yang hakiki.

Pandu BYD Dengan Tenang
Pelanggan yang memilih BYD ATTO 2 boleh menikmati pengalaman pemilikan mudah berasaskan pendekatan bertumpukan pelanggan BYD Sime Motors. Daripada pusat perkhidmatan canggih dan kemudahan baik pulih & cat badan kenderaan, kepada perkhidmatan pelanggan teliti dan rangkaian pengedaran alat ganti yang mantap, setiap titik pertemuan dirangka untuk memberikan keyakinan, kemudahan dan ketenangan fikiran dalam jangka panjang selepas jualan.


BYD Sime Motors kini mengendalikan salah satu daripada rangkaian EV runcit terbesar di Malaysia, dengan 35 cawangan BYD termasuk 26 pusat jualan, perkhidmatan dan alat ganti (3S) yang terletak secara strategik di seluruh negara. Rangkaian yang meluas ini, disokong oleh pengalaman automotif Sime Motors selama berdekad-dekad dan cita-citanya untuk memimpin rantau Asia Pasifik, sesungguhnya mencerminkan komitmen kukuh kepada kebolehcapaian, kecemerlangan perkhidmatan, dan kepuasan jangka panjang pelanggan di Malaysia.

SUV elektrik kompak model asas ini bakal mentakrifkan semula kenderaan di jalan raya: pintar, cekap, mampu milik, praktikal dan menyeronokkan — padanan sempurna bagi gaya hidup moden. BYD ATTO 2 kini sebahagian daripada rangkaian model BYD yang sedang pantas berkembang di Malaysia, termasuk BYD ATTO 3 Ultra serba boleh, BYD SEAL yang tangkas bergaya sukan, BYD SEALION 7 untuk pengembaraan, BYD M6 yang serba luas serta kereta jenis hatchback BYD DOLPHIN. Gabungan kesemua pilihan ini membentuk rangkaian EV komprehensif yang memenuhi keperluan setiap peringkat kehidupan — daripada kereta pertama anda kepada kenderaan untuk pengembaraan seisi keluarga yang seterusnya.

BYD ATTO 2 boleh didapati dalam tiga warna luar yang bergaya — Ski White (Putih Ski), Breeze Green (Hijau Bayu) dan Harbour Grey (Kelabu Pelabuhan) — semuanya dipadankan dengan ruang dalam semua hitam yang melengkapi reka bentuk kabin yang moden dan anggun.


Pakej Pemilikan Mudah Eksklusif untuk Memulakan Perjalanan EV Anda bersama BYD ATTO 2
Harga Permulaan: RM100,000
Pakej Pemilikan Mudah untuk 800 Pelanggan Pertama (Pakej bernilai sehingga RM13,500)
1.Pakej "Bayaran Mudah":
Bayaran ansuran RMO untuk 6 bulan pertama, 100% milik anda!
Eksklusif bersama Bank Panel Sime Motors



2."Pengecasan Mudah" penyelesaian pengecasan fleksibel (pilih salah satu):
Pilihan 1: Penghuni Rumah Bertanah (Landed): Pengecas dinding percuma
Pilihan 2: Penghuni Kediaman Bertingkat: Sime Platinum 4+ oleh Power Up
- Program langganan selama 12 bulan*
- 4x Pengecasan Mudah Alih dari Pintu ke Pintu setiap bulan
- 2x Cucian Kereta, Vakum & Sinaran Tayar setiap bulan
- 2x Perkhidmatan Penyelamat EV percuma setahun
- "Hanya untuk kawasan terpilih. T&S dikenakan
Nota: Rujuk Lampiran untuk butiran lanjut tentang Pakej Sime Platinum 4+ oleh Power Up.


Aksesori Sampingan
Alat Penyesuai Kenderaan ke Bebanan (V2L)
Kabel pengecas jenis 2 dengan plag 3-pin
Pakej Waranti Komprehensif
Waranti kenderaan sehingga tahun ke-6/150,000 km
Waranti bateri bilah voltan tinggi sehingga tahun ke-8/160,000 km
Waranti unit pacuan sehingga tahun ke-8/150,000 km
Semua tawaran tertakluk kepada terma dan syarat.


Terbuka kepada Semua dari 25-27 Julai 2025 di Heritage Valley, Kuala Lumpur
BYD Sime Motors teruja untuk mengalu-alukan orang ramai ke acara pelancaran BYD ATTO 2 serba baharu — dari 25 hingga 27 Julai 2025 di Heritage Valley, Kuala Lumpur (9.00pg-7.00mlm setiap hari). Acara berinspirasikan gaya hidup ini, yang bertema "When Chill Meets Thrill" termasuk aktiviti pandu uji menarik, promosi tempahan eksklusif, cabutan bertuah sepasang tiket konsert VIP, sudut F&B, reruai rakan-rakan niaga dan pengalaman interaktif seperti bermain kasut roda, pickleball dan pameran kereta seni grafiti. Pengunjung juga boleh menyertai Bengkel Pendidikan EV BYD dan bertemu dengan maskot Carpy untuk memenangi cenderahati eksklusif.
Orang ramai yang berminat boleh berdaftar di byd.simemotors.my/blog/when-chill-meets-thrill.html
Pelanggan yang berminat boleh menempah BYD ATTO 2 di majlis pelancaran awam dari 25-27 Julai 2025 yang diadakan di Heritage Valley, Kuala Lumpur, atau di mana-mana cawangan BYD di seluruh negara.

















































Komen