top of page

BYD Sime Motors Himpunkan Lebih 800 Pemilik BYD Bersama Legenda Bola Sepak

aisha5891
9 Okt
3 min membaca
Legenda bola sepak dunia bersama pemilik BYD sempena acara Legenda-legenda AllStar anjuran BYD Sime Motors di Kuala Lumpur.

BYD Sime Motors, pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, telah menganjurkan perhimpunan terbesar pemilik BYD di negara ini dengan kehadiran lebih 800 peserta yang terdiri daripada pemilik kenderaan, rakan niaga, kakitangan serta pihak pengurusan BYD. Berlangsung selama dua hari, acara Legenda-legenda AllStar ini dianjurkan bagi meraikan bukan sahaja ikon bola sepak terkenal, malah semangat juang, dedikasi dan usaha mereka dalam mencipta perubahan bermakna yang menjadi inspirasi untuk terus mencapai kejayaan.



Acara eksklusif ini menampilkan barisan bintang bola sepak Liga Perdana Inggeris dan antarabangsa, termasuk Steven Gerrard, Michael Owen, Ryan Giggs, Alessandro Del Piero, Dida dan Javier Saviola.


Kehadiran mereka membuka peluang kepada pemilik BYD bersama keluarga untuk bertemu secara dekat dengan legenda bola sepak menerusi sesi ramah mesra eksklusif, Bual Bicara Legenda, Majlis Makan Malam Gala serta perlawanan Legenda-legenda AllStar yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).



Acara dimulakan pada 2 Oktober dengan ketibaan barisan legenda di Kuala Lumpur sebelum mereka membuat penampilan di pusat pameran BYD Glenmarie dan BYD TREC Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan BYD. Sepanjang hujung minggu tersebut, pemilik BYD berpeluang berinteraksi secara langsung dengan bintang-bintang bola sepak yang terus mendapat tempat di hati peminat, mendengar kisah perjalanan dan kejayaan mereka serta meraikan semangat untuk mencapai kecemerlangan bersama.


Legenda bola sepak dunia bersama pemilik BYD sempena acara Legenda-legenda AllStar anjuran BYD Sime Motors di Kuala Lumpur.

Bagi keluarga yang hadir, antara momen paling istimewa ialah aktiviti sebelum perlawanan apabila kanak-kanak terpilih daripada keluarga pemilik BYD berpeluang memasuki padang bersama idola bola sepak mereka sebagai maskot rasmi pemain. Pengalaman berharga ini mencipta kenangan yang sukar dilupakan, bukan sahaja buat peminat cilik, malah turut menjadi detik membanggakan bagi ibu bapa mereka.



Jacob Ma, Pengarah Urusan BYD Malaysia, berkata, “Di BYD, ‘Build Your Dreams’ (Membina Impian Anda) bukan sekadar janji jenama, tetapi merupakan komitmen kami untuk menggalakkan orang ramai mengejar minat dan merealisasikan impian, walaupun sesuatu itu pada awalnya kelihatan mustahil. Legenda yang kami bawa ke Malaysia telah mencipta sejarah dan memberi impak bermakna melalui bakat, dedikasi serta usaha berterusan untuk mencapai kecemerlangan. Semangat yang sama turut mendorong BYD untuk mencabar kebiasaan dan membuka lembaran baharu dalam dunia pengangkutan elektrik.”


Legenda bola sepak dunia bersama pemilik BYD sempena acara Legenda-legenda AllStar anjuran BYD Sime Motors di Kuala Lumpur.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors, Asia Tenggara, berkata, “Di BYD Sime Motors, kami melihat pengalaman pemilikan sebagai sesuatu yang lebih luas daripada sekadar memiliki kenderaan. Ketika komuniti kami terus berkembang, kami komited untuk menawarkan pengalaman bermakna yang mengeratkan hubungan dengan para pemilik. Acara Legenda-legenda AllStar merupakan tanda penghargaan kami kepada mereka melalui aktiviti yang diminati, peluang untuk bertemu secara eksklusif serta kenangan istimewa yang menjadikan komuniti BYD begitu istimewa.”


Legenda bola sepak dunia bersama pemilik BYD sempena acara Legenda-legenda AllStar anjuran BYD Sime Motors di Kuala Lumpur.

Penganjuran ini turut menjadi platform untuk pemilik BYD berkenalan dengan ahli komuniti lain, bertukar cerita dan berkongsi pengalaman yang melangkaui penggunaan kenderaan dalam kehidupan seharian.


Sam Khoo, pemilik BYD SEAL, berkata, “Dapat bertemu legenda bola sepak, menghadiri Majlis Makan Malam Gala dan menyaksikan perlawanan secara langsung merupakan pengalaman yang selama ini hanya menjadi impian.


Pengalaman sebegini benar-benar mencerminkan semangat ‘Build Your Dreams’ BYD dan membuatkan saya bangga menjadi sebahagian daripada komuniti BYD.”


Bagi ibu bapa yang anak-anak mereka terpilih sebagai Maskot Kanak-Kanak, pengalaman tersebut membawa makna yang tersendiri. Fatin, pemilik BYD SEALION 7 dan ibu kepada Maskot Kanak-Kanak BYD, berkata, “Kami tidak pernah membayangkan anak kami akan mendapat peluang untuk menyertai acara yang begitu istimewa ini. Melihat dia melangkah masuk ke padang bersama legenda bola sepak di hadapan ribuan peminat merupakan pengalaman yang amat membanggakan buat kami sebagai ibu bapa.”


Penganjuran acara Legenda-legenda AllStar ini memperlihatkan komitmen BYD Sime Motors untuk memperkayakan pengalaman pemilikan melebihi aspek pemanduan semata-mata. Melalui inisiatif seperti ini, pelanggan berpeluang membina hubungan berdasarkan minat yang dikongsi bersama, di samping mengeratkan hubungan dengan komuniti BYD yang lebih besar.

Komen


ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page