top of page

BYD Sime Motors Perkenalkan BYD SEAL 6 EV, Pelancaran Antarabangsa Sulung yang Membuka Era Baharu bagi Sedan Segmen-C di Malaysia

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 26 Sep
  • 5 min membaca

BYD Sime Motors Perkenalkan BYD SEAL 6 EV
BYD Sime Motors Perkenalkan BYD SEAL 6 EV
BYD SEAL 6 EV membuat debut antarabangsa pertamanya di sini di Malaysia, menetapkan penanda aras baharu dalam kategori sedan segmen C yang merangkumi nilai teras: Precision, Passion, Aligned. (Dari kiri) Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia, Liu Xueliang, Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD, Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Motors, dan Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors, Asia Tenggara.

BYD Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, hari ini memperkenalkan BYD SEAL 6 EV, pelancaran sulung model tersebut di peringkat antarabangsa yang diadakan di Malaysia. Mercu jaya ini merupakan sebahagian daripada komitmen BYD kepada Malaysia, sambil menetapkan penanda aras baharu dalam kategori sedan segmen-C.


BYD Sime Motors Perkenalkan BYD SEAL 6 EV
Varian BYD SEAL 6 EV Dynamic diperkenalkan secara rasmi pada harga RM100,000, mengukuhkan komitmen BYD untuk menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia. Pengumuman itu menandakan detik penting dalam mentakrifkan semula nilai dan inovasi dalam segmen sedan EV.
 BYD SEAL 6 EV

 BYD SEAL 6 EV meluaskan portfolio BYD di Malaysia, yang menggabungkan teknologi kenderaan elektrik terkini, keselesaan premium dan reka bentuk moden. Dengan model baharu ini, BYD berusaha menjadikan pengangkutan elektrik dan segmen sedan lebih menarik dan mudah dimiliki oleh para pemandu Malaysia.


 BYD SEAL 6 EV

 

Slogan/Tagline Produk di Malaysia

BYD SEAL 6 EV – Era Baharu bagi Sedan Segmen-C di Malaysia

Kejituan. Keseronokan. Penjajaran.

  • Kejituan: Merupakan model pertama BYD dengan sistem suspensi canggih serba baharu, mengetengahkan ciri pacuan roda belakang untuk keseimbangan, kawalan dan keyakinan. Memberikan pengalaman memandu yang lancar dan responsif — selesa menyusuri jalan-jalan sekitar kota, terkawal menempuh lebuh raya.

  • Keseronokan: BYD SEAL 6 EV direka cipta untuk mengembalikan keseronokan memandu. Dengan kabin mewah yang senyap, reka bentuk ergonomik dan daya keterhubungan lancar, setiap perincian meningkatkan keselesaan dan menambah baik pengalaman.

  • Penjajaran: Kejituan dan keseronokan digabungkan untuk menjanjikan hubungan sebenar dengan setiap pemanduan.

 

BYD Sime Motors Perkenalkan BYD SEAL 6 EV
BYD Sime Motors Perkenalkan BYD SEAL 6 EV
BYD Sime Motors Perkenalkan BYD SEAL 6 EV
[Dari kiri] Sriluvan Ramasamy, Ketua Latihan, BYD Sime Motors, Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia, Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Motors, dan Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors, Asia Tenggara, melibatkan diri dengan ahli media semasa sesi Soal Jawab, berkongsi pandangan tentang peranan BYD dalam pergerakan serantau yang strategik di Malaysia.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors, Asia Tenggara, berkata, “BYD SEAL 6 EV menetapkan satu lagi penanda aras bagi kenderaan elektrik di Malaysia — menggabungkan reka bentuk menarik, inovasi terkini dan ciri-ciri kegunaan harian yang praktikal. Sebagai model ketujuh dalam barisan BYD, kenderaan ini terus menarik hati kumpulan pelanggan yang luas dan pelbagai dengan segala pilihan menambat minat yang disediakan. Selepas pelancaran hari ini, kami yakin bahawa lebih ramai rakyat Malaysia akan mula menerima pakai pengangkutan elektrik — disokong oleh rangkaian cawangan kami yang semakin luas dan komitmen tidak berbelah bahagi kami kepada kecemerlangan lepas jualan. Setiap model baharu yang kami perkenalkan membawa kami selangkah lebih hampir untuk mencapai wawasan pengangkutan masa depan yang lebih bersih dan pintar di Malaysia.”


BYD Sime Motors Perkenalkan BYD SEAL 6 EV
Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia, berkongsi bahawa BYD SEAL 6 EV baharu direka untuk kedua-dua canggih dan boleh diakses, menawarkan jarak jauh, teknologi pintar dan nilai yang kukuh untuk menggalakkan lebih ramai pemandu menerima mobiliti elektrik.
BYD Sime Motors Perkenalkan BYD SEAL 6 EV
Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Darby Motors, bercakap kepada media dan perwakilan yang menghadiri pelancaran BYD SEAL 6 EV hari ini.

 

BYD Sime Motors Perkenalkan BYD SEAL 6 EV
[Dari kiri] Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia, Liu Xueliang, Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto BYD Asia Pasifik, Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Motors, dan Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors, Asia Tenggara, memperingati pelancaran BYD SEAL 6 EV, satu peristiwa penting dalam memajukan landskap EV Malaysia.

Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia, turut mengulas, “Dengan BYD SEAL 6 EV baharu, kami ingin memperlihatkan kenderaan elektrik yang canggih tetapi termampu. Model ini menggabungkan harga yang berpatutan dengan daya pergerakan jarak jauh dan ciri teknologi pintar, menjadikannya pilihan menarik untuk pemanduan harian. Saya percaya keseimbangan nilai dan inovasi ini akan mendorong lebih ramai pelanggan untuk beralih kepada pengangkutan elektrik.”

 

BYD SEAL 6 EV
BYD Sime Motors Perkenalkan BYD SEAL 6 EV
Sriluvan Ramasamy, Ketua Latihan, BYD Sime Motors mempersembahkan BYD SEAL 6 EV, menyerlahkan dinamik pemanduan yang diperhalusi, keselesaan premium dan teknologi pintar serta menetapkan standard baharu untuk sedan segmen C di Malaysia.
BYD Sime Motors Perkenalkan BYD SEAL 6 EV
Tetamu dan wakil media mendengar dengan penuh perhatian semasa BYD Sime Motors memperkenalkan BYD SEAL 6 EV — model yang menggabungkan ketepatan, semangat dan praktikal untuk mentakrifkan semula mobiliti elektrik untuk pemandu Malaysia.
BYD Sime Motors Perkenalkan BYD SEAL 6 EV
Sambutan inovasi dan kemajuan yang meriah, acara pelancaran BYD SEAL 6 EV mencerminkan komitmen berani BYD untuk memeriahkan masa depan Malaysia, membawa warna, tenaga dan keseronokan ke jalan di hadapan.

BYD SEAL 6 EV mentakrifkan semula sedan segmen-C di Malaysia, menggabungkan teknologi kenderaan elektrik terkini, reka bentuk moden dan keselesaan luar biasa. Kenderaan ini menjanjikan pengalaman memandu yang dinamik tetapi mewah, dengan ciri-ciri premium dan praktikal yang sesuai untuk perjalanan di sekitar kota dan juga jarak jauh.

 


Sorotan Produk – BYD SEAL 6 EV

BYD SEAL 6 EV - 6 Ciri Terbaik Dalam Kelas

Pengendalian Luar Biasa, Pengalaman Memandu Selesa dan Menarik. 

  1. Pertama di BYD: Topang (strut) MacPherson Dwisendi Bebola + Suspensi Belakang Berbilang Pautan. 

  2. Pacuan Roda Belakang (RWD): Ciri unik dalam segmen ini, memberikan sentuhan premium gaya sukan.  

  3. Saiz terbesar dalam kelas sedan segmen-C di Malaysia.  

  4. Pengendalian unggul: Pengagihan berat lebih seimbang dengan jejari pusingan kecil 5.5 meter. 

  5. 24 ruang simpanan pintar & kapasiti kargo tergabung 525L untuk kemudahan harian.

  6. Keterujaan kuasa: Kuasa 160 kW, tork 330 Nm, 0–100km/j dalam masa 7.5s dengan 3 mod pemanduan. 

 

BYD SEAL 6 EV Dashboard

Tawaran Produk di Malaysia:

Ciri-Ciri

Dinamik

Premium

Warna Luar

Arctic White (Putih Artik), Harbour Grey Kelabu Pelabuhan, Misty Blue (Biru Berkabus)

Arctic White (Putih Artik), Harbour Grey Kelabu Pelabuhan, Misty Blue (Biru Berkabus)

Warna Dalam

Hitam + Kelabu

Hitam + Kelabu

Harga

RM 100,000

RM 115,800

Pakej Pelancaran Eksklusif bernilai sehingga RM6,000*:

Untuk 800 pelanggan pertama

Pengecas dinding percuma bernilai RM3,288

Pilihan 1: Penghuni Rumah Bertanah (Landed)

(1)  Pengecas dinding percuma

(2)  Rebat Pelancaran Eksklusif sebanyak RM3,000

 

Pilihan 2: Penghuni Kediaman Bertingkat

(1)  Pakej Sime Platinum 4+ oleh Power Up, pengecasan pintu ke pintu selama 12 bulan bernilai RM5,000:

  • (4x pengecasan mudah alih dari pintu ke pintu,     2x cucian kereta, vakum, sinaran tayar setiap bulan

  • 2x perkhidmatan penyelamat EV percuma setahun* *Hanya untuk kawasan terpilih sahaja.

(2)  Rebat Pelancaran Eksklusif sebanyak RM1,000

Aksesori Percuma

  • Penyesuai Kenderaan kepada Bebanan (V2L)

  • Kabel pengecas jenis 2 dengan plag 3 pin

  • Penyesuai Kenderaan kepada Bebanan (V2L)

  • Kabel pengecas jenis 2 dengan plag 3 pin

Pakej Waranti Komprehensif

Waranti Kenderaan: 6 Tahun atau 150,000km

  • Waranti Unit Pacuan: 8 Tahun atau 160,000km

  • Waranti Bateri Bilah Voltan Tinggi: 8 Tahun atau 160,000km

 Waranti Kenderaan: 6 Tahun atau 150,000km

  • Waranti Unit Pacuan: 8 Tahun atau 160,000km

  • Waranti Bateri Bilah Voltan Tinggi: 8 Tahun atau 160,000km



BYD Sime Motors Perkukuh Kedudukan Di Seluruh Negara Dengan Peluasan Rangkaian Cawangan Berterusan

BYD Sime Motors terus meluaskan rangkaian jualan runcit dan pusat servis dengan 37 cawangan yang kini beroperasi di seluruh Malaysia dan sasaran untuk mencapai 50 cawangan menjelang akhir 2026. Sejak pengenalannya di pasaran Malaysia, BYD Sime Motors telah mencecah jualan lebih dari 20,000 unit, mencerminkan kekuatan dan keyakinan pengguna terhadap jenama ini. Rangkaian seluruh negara yang semakin luas ini memastikan pelanggan boleh mendapatkah perkhidmatan sokongan jualan dan lepas jualan yang dipercayai dengan lebih mudah, di samping penyelesaian pengecasan, lantas mengukuhkan komitmen Sime Motors untuk menggalakkan penggunaan EV dalam jangka panjang di Malaysia. 


Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page