BYD Sime Motors Perkenalkan BYD SEALION 7 2026 yang Dipertingkatkan, Sertai Barisan Model dengan Varian Dynamic Baharu
- Anna Chong
- 2 jam lalu
- 5 min membaca

BYD Sime Motors, pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, hari ini memperkenalkan BYD SEALION 7 2026 yang dipertingkatkan, dengan penampilan varian Dynamic serba baharu bersama model Premium dan Performance yang kini menerima pelbagai penambahbaikan. Barisan model yang dikemas kini ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berubah, dengan menawarkan pilihan yang lebih mampu dimiliki, jarak pemanduan yang lebih jauh, keupayaan pengecasan yang lebih pantas serta pengalaman pemilikan yang dipertingkatkan.

Dengan pengenalan varian Dynamic yang baharu, BYD SEALION 7 kini menjadi lebih mudah dimiliki berbanding sebelum ini. Pada masa sama, varian Premium dan Performance yang dipertingkatkan kini didatangkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar serta keupayaan pengecasan yang lebih pantas. Penambahbaikan ini membolehkan jarak pemanduan yang lebih jauh, meningkatkan kemudahan untuk kegunaan harian serta memberikan keyakinan tambahan ketika melakukan perjalanan jarak jauh.

Sejak diperkenalkan pada 2024, BYD SEALION 7 telah mengukuhkan kedudukannya sebagai SUV Elektrik Segmen D No. 1 di Malaysia pada 2025, dengan lebih 6,300 unit berjaya diserahkan kepada pelanggan di seluruh negara. Ketika pertama kali dilancarkan, BYD SEALION 7 tampil dengan slogan “Pinnacle of Performance, Redefined for Tomorrow”. Bagi 2026, janji tersebut dipertingkatkan menerusi slogan baharu, “Pinnacle of Performance, Redefined FURTHER for Tomorrow”, yang melambangkan evolusi berterusan model ini dari segi prestasi, teknologi dan pengalaman pemilikan.
Penambahan perkataan “FURTHER” mencerminkan bagaimana BYD SEALION 7 telah berkembang melangkaui janji asalnya dengan menawarkan penambahbaikan yang signifikan dalam setiap aspek pengalaman pemilikan:
Further in Range – Menawarkan jarak pemanduan yang lebih jauh, sama ada untuk perjalanan harian mahupun perjalanan jarak jauh.
Further in Convenience – Menyediakan keupayaan pengecasan yang lebih pantas, sekali gus mengurangkan masa menunggu.
Further in Accessibility – Memperkenalkan varian Dynamic baharu, menjadikan BYD SEALION 7 lebih mudah dimiliki oleh lebih ramai rakyat Malaysia.
Further in Confidence – Diperkukuh menerusi rangkaian pusat servis BYD yang semakin meluas di seluruh negara, sokongan selepas jualan yang komprehensif serta komitmen berterusan BYD terhadap penjagaan pelanggan di Malaysia.

Jacob Ma, Pengarah Urusan BYD Malaysia, berkata, “BYD SEALION 7 telah membina reputasi sebagai SUV elektrik flagship Segmen D yang menjadi pilihan ramai, dengan penerimaan yang amat menggalakkan daripada pelanggan di Malaysia hasil gabungan prestasi, teknologi, praktikaliti dan reka bentuknya yang tersendiri. “Dengan pengenalan varian Dynamic baharu, bersama penambahbaikan pada varian Premium dan Performance, pelanggan kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih EV yang paling sesuai dengan gaya hidup mereka. Naik taraf terbaharu ini menjadikan BYD SEALION 7 2026 sebuah pakej yang lebih lengkap, menawarkan nilai yang lebih tinggi sambil menyokong usaha mempercepatkan peralihan negara ke arah mobiliti elektrik.”
Adeline Lew, Pengarah Urusan BYD Sime Motors, berkata, “Kami percaya kejayaan sesebuah jenama tidak seharusnya diukur berdasarkan angka jualan semata-mata, tetapi melalui pengalaman pemilikan yang dinikmati pelanggan setiap hari. Ketika ini, BYD mempunyai 44 pusat jualan dan pemasaran, 28 pusat servis selepas jualan serta 12 pusat badan dan cat di seluruh Malaysia. “Kami juga baru-baru ini melancarkan Program BYD Certified Pre-Owned, yang menampilkan pusat pameran BYD Certified pertama di rantau Asia Pasifik. Kesemua pelaburan ini mencerminkan komitmen kami untuk memberikan pelanggan keyakinan, kemudahan dan ketenangan fikiran yang lebih tinggi sepanjang pengalaman pemilikan mereka.”

Melengkapkan barisan model, BYD SEALION 7 2026 ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna luaran yang sofistikated. Varian Premium yang dipertingkatkan kini hadir dengan warna baharu Ultraviolet, memberikan penampilan yang lebih eksklusif dan premium kepada SUV elektrik flagship Segmen D BYD ini. Semua varian didatangkan standard dengan kemasan dalaman berwarna hitam, sekali gus menawarkan suasana kabin yang moden dan elegan.

Varian Dynamic ditawarkan pada harga RM163,800, dengan 300 pelanggan terawal bagi varian Dynamic layak menikmati harga istimewa RM159,800 selepas penjimatan sebanyak RM4,000. Sementara itu, varian Premium dan Performance yang dipertingkatkan masing-masing ditawarkan pada harga RM188,800 dan RM203,800. Ketiga-tiga varian turut didatangkan dengan promosi pelancaran eksklusif bagi tempoh yang terhad.
Varian dan Pilihan Warna
Varian | Harga Runcit | Pilihan Warna Luaran |
Dynamic | RM163,800 | Aurora White, Atlantis Grey, Shark Grey, Cosmos Black |
Premium | RM188,800 | Aurora White, Atlantis Grey, Shark Grey, Cosmos Black, Ultraviolet |
Performance | RM203,800 | Aurora White, Atlantis Grey, Shark Grey, Cosmos Black |

Sorotan Utama Produk
Semua varian BYD SEALION 7 2026 didatangkan dengan teknologi Blade Battery yang terkenal daripada BYD, bersama pakej lengkap Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) serta ciri ketersambungan pintar yang direka untuk meningkatkan tahap keselamatan, keselesaan dan kemudahan. Dibina berasaskan e-Platform 3.0 yang canggih, BYD SEALION 7 menawarkan tahap keselamatan yang lebih tinggi, kecekapan yang dipertingkatkan serta pengalaman pemanduan yang lebih optimum. Platform ini mengintegrasikan sistem-sistem utama kenderaan bagi memaksimumkan prestasi, meningkatkan jarak pemanduan, memperbaiki keupayaan operasi dalam suhu rendah serta menyediakan struktur badan yang lebih kukuh. Hasilnya ialah sebuah kenderaan elektrik generasi baharu yang lebih pintar, lebih selamat dan lebih cekap.

Dynamic – SUV Elektrik Premium yang Lebih Mudah Dimiliki
Varian Dynamic yang baharu menawarkan titik permulaan yang lebih mudah diakses tanpa menjejaskan aspek praktikaliti dan teknologi. Dilengkapi dengan sistem pacuan roda belakang (RWD), ia menghasilkan 170 kW kuasa dan 380 Nm tork, dengan jarak pemanduan sehingga 520 km (NEDC) serta pecutan 0–100 km/j dalam 7.3 saat, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk kegunaan harian.

Premium – Jarak Pemanduan Lebih Jauh, Kemudahan Dipertingkatkan
Varian Premium yang dipertingkatkan kini dilengkapi Blade Battery BYD berkapasiti 91.39 kWh, meningkat daripada 82.56 kWh sebelum ini. Hasilnya, jarak pemanduan turut meningkat daripada 567 km kepada 650 km (NEDC), sekali gus memberikan fleksibiliti yang lebih baik untuk perjalanan harian mahupun perjalanan jarak jauh. Keupayaan pengecasan pantas DC juga telah dipertingkatkan daripada 150 kW kepada 230 kW, membolehkan masa pengecasan menjadi lebih singkat dan memberikan kemudahan yang lebih baik ketika dalam perjalanan.
Performance – Prestasi Bertemu Praktikaliti
Bagi pemandu yang menginginkan prestasi lebih mengujakan, varian Performance dengan sistem pacuan semua roda (AWD) menggabungkan pecutan yang mengagumkan bersama kepraktisan untuk kegunaan harian. Ia menghasilkan 390 kW kuasa dan 690 Nm tork, membolehkan pecutan 0–100 km/j dalam hanya 4.5 saat, di samping menawarkan jarak pemanduan sehingga 600 km (NEDC). Selain prestasi yang mengagumkan, varian ini turut dilengkapi Blade Battery BYD berkapasiti 91.39 kWh, keupayaan pengecasan pantas DC 230 kW, angkup brek (brake caliper) berwarna merah yang menyerlah serta rim 20 inci dengan tayar bersaiz 245/45 R20. Kesemua ciri ini menonjolkan karakter sporty model ini tanpa menjejaskan kesesuaiannya untuk perjalanan jarak jauh.

Pakej Pelancaran BYD SEALION 7 2026
Bersempena pelancaran BYD SEALION 7 2026, pelanggan boleh menikmati pakej eksklusif bernilai tambah yang direka untuk meningkatkan pengalaman pemilikan.
Varian | Harga Runcit | Pakej Pelancaran |
Dynamic | RM163,800 | Wallbox percuma ATAU penjimatan RM4,000 (Harga Istimewa: RM159,800) Terhad kepada 300 tempahan pertama varian Dynamic di Malaysia. |
Premium | RM188,800 | Wallbox percuma + Bonus Overtrade RM3,888 |
Performance | RM203,800 | Wallbox percuma + Bonus Overtrade RM2,888 |

Ganjaran Tempahan Eksklusif Roadshow
Sempena pelancaran BYD SEALION 7 2026, BYD Sime Motors akan menganjurkan Roadshow BEYOND YOUR DRIVE di GF Luxe (berhampiran Parkson), 1 Utama Shopping Centre, dari 30 Julai hingga 2 Ogos 2026, setiap hari bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Pelanggan yang membuat tempahan mana-mana model BYD sepanjang roadshow ini akan menerima Kredit Pengecasan bernilai RM200 sebagai ganjaran tempahan istimewa. Tawaran eksklusif ini mencerminkan komitmen BYD dalam menghargai pelanggan, di samping menjadikan mobiliti elektrik premium lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia.

Waranti Komprehensif dan Nilai Tambah
BYD SEALION 7 2026 didatangkan dengan pakej waranti yang komprehensif serta aksesori percuma, sekali gus memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan untuk menikmati pengalaman pemanduan yang lebih menyenangkan.
Perlindungan Waranti
BYD SEALION 7 2026 didatangkan dengan pakej waranti yang komprehensif, merangkumi:
Waranti kenderaan: 6 tahun atau 150,000 km
Waranti bateri Blade voltan tinggi: 8 tahun atau 160,000 km
Waranti unit pacuan (Drive Unit): 8 tahun atau 160,000 km
Aksesori Percuma
Pelanggan turut akan menerima aksesori berikut secara percuma:
Vehicle-to-Load (V2L) Adapter
Kabel pengecas Type 2 dengan palam tiga pin (3-pin plug)



































