top of page

Chery Akan Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Di Auto China 2026

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 21 Apr
  • 3 min membaca

Auto China dan Chery International Business Summit masing-masing akan diadakan pada bulan ini (April) di Beijing dan Wuhu, China.
Auto China dan Chery International Business Summit masing-masing akan diadakan pada bulan ini (April) di Beijing dan Wuhu, China.

Seiring dengan peningkatan permintaan global terhadap mobiliti berorientasikan keluarga, jangkaan terhadap aspek keselesaan, keselamatan dan teknologi pintar terus membentuk semula landskap industri automotif. Berpandukan pemahaman mendalam terhadap keperluan pengguna, Chery memperkenalkan falsafah jenama global yang diperbaharui dengan mobiliti keluarga sebagai teras, sekali gus menandakan bab baharu dalam perjalanan jenama tersebut.


Falsafah jenama baharu ini akan diumumkan secara rasmi di Auto China 2026 yang akan berlangsung di Beijing, China, bersempena dengan Chery International Business Summit. Pencapaian penting ini menandakan pembaharuan jenama global yang menyeluruh serta mengukuhkan komitmen jangka panjang Chery dalam menyediakan penyelesaian mobiliti yang bermakna dan boleh dipercayai untuk keluarga di pelbagai pasaran, termasuk Malaysia.


Falsafah Jenama Baharu Berteraskan Mobiliti Keluarga

Di Auto China 2026, Chery akan memperkenalkan hala tuju jenama global yang diperbaharui, sekali gus mentakrif semula nilai jenama dan kedudukan pasarannya melalui pendekatan berfokuskan pengguna. Berteraskan keperluan praktikal perjalanan keluarga, falsafah baharu ini membentuk satu rangka kerja nilai bersepadu yang merangkumi keselamatan, ruang dan teknologi pintar, bagi menyediakan penyelesaian mobiliti menyeluruh dan bersepadu untuk keluarga moden.


Penyusunan semula strategik ini menandakan evolusi penting bagi Chery, melangkaui sekadar penyampaian produk kepada penciptaan nilai jangka panjang. Ia mencerminkan transformasi Chery daripada pengeluar automotif kepada penyedia pengalaman mobiliti keluarga yang komprehensif.


Sebagai salah satu pameran automotif paling berpengaruh di dunia, Auto China 2026 akan menjadi platform penting bagi Chery untuk mempersembahkan falsafah baharu, produk utama serta hala tuju globalnya kepada khalayak antarabangsa.


AiMOGA bertindak sebagai pegawai trafik, mengawal lalu lintas di jalan yang sesak di China bagi membolehkan pelajar melintasi jalan dengan selamat.
AiMOGA bertindak sebagai pegawai trafik, mengawal lalu lintas di jalan yang sesak di China bagi membolehkan pelajar melintasi jalan dengan selamat.

Chery dan AiMOGA Membentuk Ekosistem Pintar Masa Depan

Sebagai kesinambungan kepada ekosistem mobiliti pintar Chery, AiMOGA Robotics diintegrasikan secara mendalam dengan sistem pintar dalam kenderaan Chery, sekali gus melangkaui batas tradisional antara automotif dan robotik. Melalui penyatuan ini, Chery membentuk pengalaman pintar yang menyeluruh dan lancar menerusi konsep “Automobil + Robot”.


Visi ini akan direalisasikan menerusi tiga pencapaian global utama, di mana AiMOGA akan mempersembahkan inovasi terkini serta pelan hala tuju masa hadapannya. Di Auto China 2026, Chery dan AiMOGA akan tampil bersama bagi mempamerkan sinergi kenderaan–robot serta visi mobiliti masa hadapan.


ini akan menampilkan aplikasi dunia sebenar yang lebih meluas daripada bilik pameran automotif dan penglibatan pelanggan, hinggalah persekitaran perkhidmatan awam sekali gus menunjukkan bagaimana integrasi ekosistem mampu membuka dimensi baharu nilai industri dan pengalaman pengguna.


Sebagai pelengkap, AiMOGA turut akan menganjurkan acara pelancaran global khusus bagi memperkenalkan generasi baharu robot humanoid serta rangkaian produk yang diperluaskan, direka untuk menyokong pelbagai persekitaran dan kegunaan yang semakin berkembang.


Pada masa yang sama, Chery International Business Summit akan menggariskan hala tuju industri masa hadapan Kumpulan, sekali gus memberikan kejelasan mengenai strategi kerjasama global jangka panjang AiMOGA dan komitmennya terhadap ekosistem terbuka dan lancar.


Daripada Visi kepada Pengalaman: Penyepaduan Jenama, Strategi dan Pengguna

Dipandu oleh falsafah baharunya, Chery terus menyelaraskan nilai jenama merentas strategi global, teknologi teras, portfolio produk dan ekosistem pengguna — membentuk satu kerangka pembangunan yang padu dan berpandangan jauh. Dengan keluarga sebagai teras pendekatan ini, Chery terus memperkukuh tiga tonggak utama pemilikan: keselesaan ruang yang luas, perlindungan keselamatan menyeluruh dan interaksi pintar yang intuitif.


Chery kekal komited terhadap keterbukaan dan kolaborasi, bekerjasama rapat dengan pengedar dan rakan kongsi di seluruh dunia, termasuk Chery Malaysia, bagi membina ekosistem mobiliti yang mampan. Pendekatan kolaboratif ini menyokong kepelbagaian produk, penambahbaikan berterusan serta pertumbuhan jangka panjang di pasaran global.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page