top of page

Chery Kini Mengeksport SUV JAECOO ke Asia Tenggara

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 18 Feb
  • 2 min membaca
(Kiri) Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek, dan (Kanan) Pengarah Negara JAECOO Malaysia, Vincent Bian, bersama JAECOO J7 PHEV.
[ Ketiga dari kiri ] Ts. Muhammad Asri Wahirudin - Ketua Penyelesaian Teknologi & Integrasi Malaysia Automotive Robotics & IoT Institute (MARii), Norazrinawati Kamaruddin - Penolong Pengurus Besar Penyelidikan Strategik & Pembangunan Dasar MARii, Noor Zuraini binti Aziz - Ketua Seksyen Pembuatan, Pertanian & Perlombongan Kementerian Kewangan (MOF), Lim Jit Lee - Penolong Pengarah Kanan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Cheng NW - Naib Presiden Chery Corporate Malaysia.

Pengeluar automotif terkemuka, Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd (Chery) kini mula mengeksport kenderaan ke pasaran Asia Tenggara (SEA) tahun ini. Langkah ini sejajar dengan visi Chery untuk menjadikan Chery Kini Mengeksport SUV JAECOO ke Asia TenggaraMalaysia sebagai hab pengeluarannya di rantau ini. Chery juga merupakan jenama China pertama yang memulakan eksport dari Malaysia.


“Chery sedang berkembang pesat ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami di Asia Tenggara. Pengembangan keupayaan eksport kami akan meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di rantau ini. Selain itu, Chery teruja untuk memainkan peranan dalam merancakkan ekonomi Malaysia, membangunkan bakat tempatan serta memperkukuh rantaian bekalan kami. Kami yakin dapat mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab eksport utama bagi kenderaan Chery, termasuk jenama premium kami, JAECOO,” kata Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Leo Chen.


Fasa pertama eksport dari Malaysia ke Vietnam akan merangkumi SUV JAECOO Internal Combustion Engine (ICE) serta Plug-in Hybrid Electric Vehicles (PHEV), dengan lebih banyak model dan jenama bakal menyusul. Eksport ke negara lain di Asia Tenggara juga akan bermula termasuk Thailand, Brunei, Filipina dan Singapura.


Pengeluaran bagi pasaran eksport Asia Tenggara disokong oleh fasiliti pengeluaran Chery Corporate Malaysia di Shah Alam, Selangor. Bagi mempersiapkan peningkatan kapasiti pengeluaran untuk pertumbuhan masa depan, Chery turut menjalinkan kerjasama strategik dengan kilang pemasangan tempatan lain di Malaysia.


Bagi tahun 2024, Kumpulan Chery mencatatkan rekod jualan tahunan lebih 2.6 juta kenderaan, meningkat 38.4% tahun ke tahun, dengan eksport mencecah 1.1 juta unit, meningkat 21.4% berbanding tahun 2023.




Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page