Chery Malaysia Melancarkan Tiggo Cross – SUV Kompak Terunggul. Cekap, Bergaya dan Pintar untuk Rakyat Malaysia
- Anna Chong
- 6 hari lalu
- 5 min membaca

Chery Malaysia secara rasmi melancarkan TIGGO CROSS — gabungan berani antara rekaan kontemporari dan teknologi pintar, bersedia untuk mencuri perhatian dalam segmen SUV kompak.
“Kami berbangga untuk memperkenalkan Chery TIGGO CROSS yang dinanti-nantikan — sebuah SUV kompak dicipta khas untuk mereka yang sentiasa aktif bergerak.

“Chery TIGGO CROSS menggabungkan reka bentuk moden, ruang praktikal, ciri-ciri canggih dan rupa yang meyakinkan — sesuai untuk menavigasi kota atau melarikan diri ke destinasi hujung minggu,” kata Michael Chew, Naib Presiden Chery Malaysia.
Lebih daripada sekadar kenderaan, Chery TIGGO CROSS mewakili satu gaya hidup — yang meraikan pergerakan, ekspresi, dan keseronokan dalam rutin harian.
Dengan inspirasi daripada tagline ‘Cross Wonderful Life’, TIGGO CROSS direka untuk rakyat Malaysia yang menghargai kehidupan sepenuhnya — dari percutian hujung minggu dan gaya hidup moden di kota, sehinggalah ke perjalanan harian ke tempat kerja dan rutin kecergasan.

Dengan rekaan berani yang diinspirasikan secara global, SUV kompak ini menggabungkan gaya dengan fungsi, manakala ciri keselamatan canggih serta pengalaman pemanduan yang lancar dan fleksibel memastikan keselesaan dan keyakinan sepanjang perjalanan. TIGGO CROSS mentakrifkan semula mobiliti harian — sebagai satu pernyataan gaya hidup atas roda.

Chery Malaysia juga menunjukkan pertumbuhan pesat sejak pengenalannya di pasaran tempatan.
“Daripada hanya beberapa cawangan ketika kami bermula pada Julai 2023, kini kami berbangga dengan 58 cawangan di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak.
“Sejak itu, kami telah memperkenalkan empat model menarik ke pasaran Malaysia — dan saya yakin akan ada lebih banyak lagi pada separuh kedua tahun ini,” tambah Chew.

Chery Sokong Atlet Malaysia
Pada majlis yang sama, Chery Malaysia turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, untuk Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN).
Inisiatif ini mencerminkan kerjasama strategik antara Chery Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan dalam menyokong pembangunan industri sukan negara dan atlet tempatan.
KWASN ialah dana berbentuk geran di bawah kementerian, yang menyokong penganjuran kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta penyertaan atlet, sama ada melalui persatuan sukan rasmi mahupun secara individu.

Kejayaan Global Barisan TIGGO
Pelancaran TIGGO CROSS di Malaysia memperkukuh prestasi global barisan model TIGGO daripada Chery.
Sebagai salah satu model global utama Chery, TIGGO CROSS memainkan peranan penting dalam memperkuatkan kehadiran jenama ini di peringkat antarabangsa serta membina keyakinan global.
Pada Mac tahun ini, Chery meraikan penghantaran unit TIGGO CROSS yang ke-sejuta dari Pelabuhan Dalian di China — satu pencapaian penting dalam sejarah kejayaan global model ini.

Ciri-Ciri Utama Chery TIGGO CROSS
Rangkaian Kuasa Pintar
Chery TIGGO CROSS ditawarkan dalam dua varian menarik di pasaran Malaysia — petrol dan hibrid — memberikan pilihan kepada pemandu untuk memilih kuasa pemanduan mengikut gaya hidup masing-masing.

Varian petrol dikuasakan enjin 1.5L Turbocharged bersama transmisi Dual Clutch 6-Kelajuan (DCT), menghasilkan 147 PS kuasa maksimum dan 210 Nm tork. Walaupun prestasinya bertenaga, penggunaan bahan apinya tetap efisien iaitu hanya 6.3L setiap 100km — sesuai untuk pemanduan bandar mahupun luar bandar.

Untuk mereka yang mencari pemanduan pintar dan cekap tenaga, TIGGO CROSS Hybrid CSH dilengkapi sistem Dedicated Hybrid Transmission (DHT) canggih daripada Chery.
Varian ini menggabungkan enjin petrol 96 PS dengan 120 Nm tork serta motor elektrik berkuasa 204 PS dan 310 Nm tork, memberikan pemanduan hibrid yang lancar dan berkuasa, dengan penggunaan bahan api gabungan hanya 5.4L setiap 100km — sesuai untuk gaya hidup aktif yang prihatin alam sekitar.
Tangki bahan api 51-liter pula menawarkan jarak pemanduan yang lebih jauh — menjadikannya pilihan ideal untuk perjalanan harian mahupun pengembaraan spontan.

Keselesaan Menyeluruh
Tak perlu berebut suhu penyaman udara lagi dengan Dual-Zone Climate Control. Sama ada anda baru selesai bersenam atau bersiap kemas untuk keluar malam, pemandu dan penumpang hadapan boleh memilih suhu masing-masing.
Panel Climate Control Touchscreen pula memudahkan kawalan suhu dengan paparan yang moden dan responsif — tiada lagi putar-putar tombol.

Sambungan, Hiburan & Pengembaraan
TIGGO CROSS dilengkapi sistem infotainmen canggih untuk memastikan anda sentiasa terhubung dan terhibur. Di tengah ruang kabin terdapat paparan 20.5 inci skrin sentuh yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.
Sama ada menavigasi kota, memainkan muzik kegemaran atau menjawab panggilan bebas tangan, sistem ini mesra pengguna, dengan grafik jelas dan kawalan sentuh pantas.




Skrin ini turut memaparkan tetapan kenderaan dan amaran keselamatan untuk meningkatkan kesedaran pemanduan.
Ciri Voice Assistant membolehkan anda menukar suhu air-con, buat panggilan atau tukar lagu hanya dengan suara. Kurang gangguan, lebih nikmat memandu.
Ciri Wireless Charger membolehkan pengecasan telefon tanpa kabel. Turut disediakan kawalan audio pada stereng, beberapa port pengecasan USB dan sambungan Bluetooth — sesuai sama ada dalam perjalanan ke tempat kerja atau ke latihan bola.
Roof Rails yang disediakan menambahkan fungsi praktikal — bawa peralatan sukan, basikal, atau barang percutian dengan mudah.






Sistem Bantuan Pemandu
Keselamatan menjadi keutamaan TIGGO CROSS yang dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu generasi terkini (ADAS).
16 Fungsi ADAS disediakan bagi memberikan ketenangan dan keyakinan sepanjang pemanduan.
Front Collision Warning (FCW) | Autonomous Emergency Braking (AEB) |
Adaptive Cruise Control (ACC) | Lane Departure Warning (LDW) |
Multi Collision Brake (MCB) | Traffic Jam Assistant (TJA) |
Door Open Warning (DOW) | Rear Cross Traffic Braking (RCTB) |
Integrated Cruise Assist (ICA) | Rear Cross Traffic Alert (RCTA) |
Rear Collision Warning (RCW) | Lane Change Assist (LCA) |
Lane Departure Prevention (LDP) | Intelligent High Beam Control (IHBC) |
Blind-spot Detection (BSD) | Emergency Lane Keeping Assist (ELKA) |
Chery Super Hybrid
Chery TIGGO CROSS Hybrid CSH dilengkapi sistem Chery Super Hybrid (CSH) — trenkuasa hibrid generasi baharu yang direka untuk kecekapan maksimum dan pemanduan lancar.
Sorotan utama termasuk:
Enjin Hibrid Khusus dengan kecekapan terma tinggi dan penggunaan bahan api rendah
Transmisi Hibrid Khusus Berkepadatan Tinggi untuk penghantaran kuasa pintar dan responsif
Bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) dengan pengecasan pantas, jangka hayat lebih panjang, dan keselamatan tinggi
Sistem CSH ini beroperasi dengan 5 mod pemanduan pintar:
EV Mode – Pemanduan elektrik senyap tanpa emisi
Tandem Mode – Enjin menjana kuasa, motor elektrik memacu roda
Parallel Mode – Enjin dan motor beroperasi serentak untuk prestasi lebih tinggi
Direct Engine Mode – Pada kelajuan melebihi 80 km/j, enjin memacu terus kenderaan
Energy Recovery Mode – Pembrekan regeneratif dan pemanduan meluncur mengecas semula bateri secara automatik
Sistem CSH ini menawarkan pemanduan yang lancar, cekap dan responsif — sesuai untuk perjalanan bandar mahupun jarak jauh sehingga 1,000KM jarak pemanduan.
Warna dan Pakej
TIGGO CROSS 1.5 Turbo | 1.5L Hybrid CSH |
Warna Carbon Black Phantom Grey Khaki White Blood Stone Red | Warna Carbon Black Phantom Grey Khaki White Moonlight Silver |
Jaminan Perlindungan jaminan selama 7 tahun atau sehingga 150,000KM | Jaminan Perlindungan jaminan selama 7 tahun atau sehingga 150,000KM Jaminan selama 8 tahun atau sehingga 160,000KM untuk bateri, motor kuasa, dan unit kawalan hibrid |
Perkhidmatan Tunda Tanpa Had 7 tahun* perkhidmatan tunda percuma | Perkhidmatan Tunda Tanpa Had 7 tahun* perkhidmatan tunda percuma |
Pakej Early Bird 2 tahun** Servis Percuma Semua Termasuk | Pakej Early Bird 2 tahun** Servis Percuma Semua Termasuk |
Harga Dari RM88,800 | Harga Dari RM99,800 |
*Tertakluk kepada terma dan syarat
**Khas untuk 2,000 pelanggan terawal sehingga 30 September 2025