Chery Malaysia Raikan Tiga Tahun di Malaysia dengan Ganjaran Mega
- Anna Chong

- 2 hari lalu
- 2 min membaca

Chery Malaysia meraikan ulang tahun ketiganya di pasaran Malaysia, menandakan satu pencapaian penting yang dibentuk oleh inovasi serta komitmen berpandangan ke hadapan terhadap mobiliti elektrifikasi.
Sempena ulangtahun ini, Chery akan menawarkan promosi masa terhad ke atas model dan tahun model terpilih, sementara stok masih ada. Chery O5 dan TIGGO 7 Pro kini ditawarkan bermula daripada RM99,800, memberikan gabungan menarik dari segi gaya, teknologi dan praktikaliti.
Bagi pelanggan yang mencari pilihan berasaskan elektrifikasi, TIGGO 7 PHEV ditawarkan bermula daripada RM109,800, manakala TIGGO 8 PHEV yang lebih besar, bermula daripada RM138,800, memenuhi keperluan keluarga yang menghargai ruang tambahan serta fleksibiliti sebuah kenderaan tujuh tempat duduk.
Sementara itu, pelajar dan mereka yang mencari SUV yang lebih kompak boleh memilih TIGGO Cross Turbo, yang menyediakan titik permulaan yang mudah diakses ke dalam keluarga TIGGO Chery pada harga menarik serendah RM80,800.
MODEL KENDERAAN | HARGA (OTR tanpa insurans) |
TIGGO Cross (Turbo) | RM80,800 |
Chery O5 | RM99,800 |
TIGGO 7 PRO | RM99,800 |
TIGGO 7 PHEV | RM109,800 |
TIGGO 8 PHEV | RM138,800 |
*Untuk model terpilih sahaja untuk tempoh terhad, sementara stok masih ada.
Kunjungi mana-mana bilik pameran Chery di seluruh negara untuk memandu uji rangkaian penuh kenderaan Chery. Pelanggan yang memandu uji mana-mana model PHEV bulan ini juga berpeluang memenangi PIN tambah nilai eWallet Touch ‘n Go bernilai RM100.
Terus Maju dengan Elektrifikasi dan Teknologi CSH Satu aspek utama dalam perkembangan Chery di Malaysia adalah peralihannya ke arah mobiliti elektrifikasi. Teras kepada transformasi ini ialah pengenalan teknologi Chery Super Hybrid (CSH), yang menggabungkan prestasi, kecekapan serta pengurusan tenaga pintar secara lancar untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih halus dan responsif.
Pelancaran model kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) seperti TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV menyerlahkan komitmen Chery dalam menawarkan penyelesaian elektrifikasi yang praktikal dan sesuai dengan keperluan pemanduan sebenar. Bagi meningkatkan keyakinan pelanggan, semua model PHEV Chery disokong oleh jaminan bateri lanjutan sehingga 10 tahun atau 200,000 km, memberikan jaminan jangka panjang dan ketenangan minda kepada pemilik yang beralih kepada teknologi hibrid.
Perjalanan Tiga Tahun yang Mengukuhkan Pertumbuhan Sejak diperkenalkan semula di Malaysia pada tahun 2023, Chery telah melaksanakan strategi dan fokus yang progresif yang membentuk semula kedudukannya dalam landskap automotif tempatan. Jenama automotif ini memulakan perjalanannya dengan memperkenalkan model enjin pembakaran dalaman (ICE).
Berdasarkan momentum awal ini, tahun 2024 menyaksikan Chery mengukuhkan lagi kehadirannya melalui pengembangan barisan SUV serta rangkaian pengedar yang semakin berkembang, sekaligus meningkatkan penglibatan dan kepercayaan dalam kalangan pengguna Malaysia. Seiring dengan perubahan jangkaan pasaran, Chery terus memperhalusi penawarannya sambil memperkukuh kedudukannya sebagai jenama mobiliti berasaskan teknologi.
Pada tahun lalu, Chery telah mempercepatkan peralihannya ke arah elektrifikasi dengan memperkenalkan varian PHEV dan memperjuangkan teknologi proprietari CSH. Evolusi ini mencerminkan transformasi jenama daripada pengeluar kenderaan berasaskan ICE tradisional kepada penyedia mobiliti pelbagai tenaga yang sejajar dengan penyelesaian pengangkutan masa hadapan yang mampan.





















Komen