Chery TIGGO 7 PHEV Meraih Penarafan 5 Bintang ASEAN NCAP dengan Skor Cemerlang 94.68 Mata
- Anna Chong

- 26 Dis 2025
- 2 min membaca

Chery Malaysia berbangga untuk mengumumkan satu pencapaian penting bagi barisan Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-in (PHEV) mereka. TIGGO 7 PHEV keluaran Chery telah mencatat prestasi cemerlang dengan skor 94.68 mata — satu pencapaian yang jauh mengatasi norma industri — sekali gus meletakkan model ini sebagai pencabar terbaik dalam kelasnya dan penerima penarafan 5 Bintang ASEAN NCAP, memberikan keyakinan yang lebih tinggi kepada rakyat Malaysia terhadap aspek keselamatan dan kecemerlangan kejuruteraannya.
Jumlah skor TIGGO 7 PHEV adalah berdasarkan empat kategori penilaian di bawah protokol ASEAN NCAP 2021–2025 dengan pecahan skor seperti berikut: kategori Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) dengan skor penuh 40.00 mata, kategori Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) dengan 17.18 mata, kategori Bantuan Keselamatan (SA) dengan 20.00 mata dan kategori Bantuan Motosikal (MS) dengan 17.50 mata.
TIGGO 7 PHEV dilengkapi secara standard dengan lapan beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Peringatan Tali Pinggang Keledar (SBR) untuk penumpang tempat duduk hadapan dan belakang, pengesanan kehadiran penumpang tempat duduk belakang, Brek Kecemasan Automatik (AEB) Bandar, AEB Antara Bandar, Pengesanan Titik Buta (BSD) bagi bahagian pemandu dan penumpang, Lampu Tinggi Adaptif (AHB), Parking Pilot (PP), ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak serta Pengesanan Kehadiran Kanak-kanak (CPD). Selain itu, TIGGO 7 PHEV juga dilengkapi dengan Amaran Keluar Lorong (LDW), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan AEB untuk Motosikal sebagai ciri standard bagi semua variannya.

“Bagi pemandu masa kini, tiada yang lebih penting daripada keselamatan dan kebolehpercayaan, dan TIGGO 7 PHEV menawarkannya pada tahap yang luar biasa.Pengiktirafan ASEAN NCAP ini mengukuhkan lagi komitmen kami untuk memperkenalkan kenderaan yang menggabungkan inovasi, teknologi terbaik, praktikaliti dan perlindungan bertaraf dunia,” kata Lee Wen Hsiang, Naib Presiden Chery Malaysia. Sebagai peneraju global dalam kejuruteraan automotif, Chery Automobile telah mengangkat keselamatan kenderaan daripada sekadar keperluan teknikal kepada falsafah teras jenama. Melalui kemajuan terkini dalam keselamatan Kenderaan Elektrik (EV) dan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV), Chery telah berjaya merapatkan jurang antara prestasi pemanduan tinggi dan perlindungan penumpang tanpa kompromi.
ASEAN NCAP dan MIROS turut mengumumkan bahawa dalam penilaian terkini, kenderaan TIGGO 7 PHEV telah mencatat prestasi luar biasa dengan keputusan keselamatan yang mengagumkan. Secara khususnya, TIGGO 7 PHEV memperoleh skor sempurna 40.00 mata dalam kategori Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP).
Chery juga membezakan dirinya dengan mengintegrasikan teknologi Pengesanan Kehadiran Kanak-kanak (CPD) dalam TIGGO 7 PHEV. Sistem ini secara proaktif memberi amaran kepada pemandu untuk memeriksa tempat duduk belakang sekiranya pintu belakang dibuka sebelum perjalanan bermula.
Dengan pencapaian penarafan 5 Bintang ASEAN NCAP secara konsisten, Chery terus mentakrif semula keselamatan automotif, melangkaui integriti struktur kepada penyertaan teknologi bantuan keselamatan pintar sebagai kelengkapan standard bagi keseluruhan rangkaian modelnya.
Protokol penilaian ASEAN NCAP 2021–2025 merangkumi empat domain penilaian, dengan Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) menyumbang 40.00 mata kepada skor keseluruhan, manakala Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP), Bantuan Keselamatan (SA) dan Bantuan Motosikal (MS) masing-masing menyumbang 20.00 mata.




















Komen