top of page

DENZA Malaysia Meraikan Ulang Tahun Pertama dengan Jaminan Harga dan Ganjaran Pemilikan Eksklusif

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 6 hari lalu
  • 2 min membaca

DENZA Malaysia

DENZA Malaysia, jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD, bakal menyambut ulang tahun pertamanya di pasaran Malaysia pada Februari ini dengan mengesahkan bahawa DENZA D9 akan mengekalkan harga semasa walaupun pengecualian cukai EV kerajaan ditarik balik pada tahun 2026.

 

DENZA D9, MPV mewah No. 1[1] dan paling popular di Malaysia, akan terus ditawarkan pada harga RM259,000 bagi varian FWD dan RM309,000 bagi varian AWD. Dengan lebih 1,200 unit terjual dalam tempoh kurang setahun sejak pelancarannya pada Februari 2025, pencapaian pertama DENZA mencerminkan kepercayaan pelanggan terhadap kualiti, keselesaan dan prestasi jenama tersebut.

 

DENZA Malaysia

Daripada menyalurkan kesan perubahan dasar kepada pelanggan, DENZA terus memberi keutamaan kepada keyakinan pemilikan sambil menyokong peralihan Malaysia ke arah elektrifikasi.

 

DENZA Tingkatkan Pemilikan dengan Ganjaran Tambahan

Sempena ulang tahun pertamanya, DENZA Malaysia memberi ganjaran kepada pelanggan dengan keistimewaan pemilikan bernilai sehingga RM10,000 bagi varian FWD dan RM15,000 bagi varian AWD. Keistimewaan ini merangkumi pengecas wallbox 22kW berkuasa tinggi percuma bersama pemasangan profesional, bernilai sehingga RM6,000, pakej servis percuma yang komprehensif selama 6 tahun atau 120,000km, bernilai sehingga RM5,000, serta jaminan kenderaan selama 6 tahun. Semua tawaran ini ditawarkan untuk tempoh terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat.


DENZA Malaysia

 

Selain manfaat pemilikan, pelanggan DENZA turut berpeluang menikmati pengalaman gaya hidup eksklusif, termasuk acara jemputan seperti DENZA Golf Cup, pengalaman kulinari premium serta keistimewaan perjalanan khas yang akan diperkenalkan secara berperingkat.


“Ketika Malaysia melangkah ke fasa seterusnya dalam penggunaan kenderaan elektrik, kami ingin memastikan pelanggan terus merasa yakin dan dihargai sepanjang pengalaman pemilikan mereka,” kata Eagle Zhao, Pengarah Urusan DENZA Malaysia. “Tahun pertama telah meletakkan asas kepercayaan, dan tahun-tahun berikutnya akan menumpukan pada pengalaman yang lebih bermakna dan mencerminkan gaya hidup premium DENZA.”

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page