top of page

Dikuasakan oleh Wolfsburg: Volkswagen Malaysia Lancar Arteon R-Line dan Tiguan Allspace Edisi Khas

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 2 days ago
  • 2 min read

Updated: 1 day ago

Volkswagen Wolfsburg 

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan model Edisi Wolfsburg, yang terdiri daripada Volkswagen Arteon R-Line, Tiguan Allspace Elegance dan Tiguan Allspace R-Line.


Model-model edisi eksklusif yang menjadi tanda penghargaan terhadap Wolfsburg, tanah kelahiran Volkswagen itu akan membuat penampilan sulung pada acara Malaysia Auto Show 2025.


Harga runcit yang disyorkan untuk model Edisi Wolfsburg – termasuk Volkswagen Assurance Package (VAP) - adalah RM210,990 untuk Tiguan Allspace Elegance, RM263,990 untuk Tiguan Allspace R-Line, dan RM304,990 bagi Arteon R-Line. Bukan itu sahaja, sebagai tawaran pengenalan, semua model tersebut didatangkan dengan harga promosi seperti berikut:

Model Edisi Wolfsburg 

RRP + VAP 

Penjimatan 

Harga selepas  penjimatan

Tiguan Allspace  

Elegance

RM210,990 

RM30,000 

RM180,990

Tiguan Allspace R 

Line

RM263,990 

RM20,000 

RM243,990

Arteon R-Line 

RM304,990 

RM40,000 

RM264,990

Volkswageni Wolfsburg 

Model-model edisi khas ini menampilkan elemen dan perincian yang bergaya, sekaligus menambah keistimewaan dalam setiap elemennya. Menggabungkan kejuruteraan yang tepat, reka bentuk elegan dan teknologi moden, unit-unit edisi khas yang hadir dengan lambang Wolfsburg menyerlahkan semangat tempat di mana salah satu jenama paling ikonik di dunia ini bermula.


Kemasan-kemasan ikonik, tanda penghormatan kepada warisan dan kualiti pertukangan Volkswagen termasuklah:

  • Logo crest Wolfsburg

  • Kotak pemilik Edisi Wolfsburg dengan pemegang kunci Volkswagen, Sijil Keaslian dan karpet lantai Edisi Wolfsburg

  • Perakam Trafik Volkswagen Universal 2.0 (UTR 2.0) pada bahagian hadapan dan belakang. Antara ciri-cirinya termasuklah sensor imej penglihatan malam Sony “Starvis” penuh kuasa, mampu menawarkan video 2x QHD yang sangat jelas pada kelajuan tinggi dan teknologi pemampatan video termaju.

  • Penutup injap dengan logo ‘VW’


Arteon Wolfsburg Edition


Arteon R-Line Wolfsburg Edition hadir dengan penambahan berikut:

  • Kemasan lampu logo LED Volkswagen dan Penutup Hab Dinamik 'VW’.

  • Strip pelindung pintu belakang

  • Cargo Elements dengan pelekat velcro pada karpet lantai but.


Tiguan Wolfsburg Edition


Manakala model Tiguan Allspace Elegance dan R-Line Wolfsburg Edition ditambah dengan aksesori dan ciri ciri seperti berikut:

  • Pelindung tepi ruang muatan menawarkan gabungan fungsi dangaya.

  • Bekas pada but yang diperbuat daripada polipropilena tahan lasak, direka khas untuk muat dengan sempurna di lantai ruang kargo dan mudah ditanggalkan untuk dibersihkan.

  • Pemegang dan cangkuk pintar yang merangkumi Pemegang Multimedia untuk apa jua peranti pintar, boleh dipasang menggunakan adaptor pada bahagian belakang penyandar kepala tempat duduk hadapan. Parameter keselamatan dan fungsi penyandar kepala ini mampu menampung beban sehingga 3kg.

  • Pedal Sports Aluminium (Tiguan Allspace Elegance sahaja) - binaan berkualiti tinggi buatan Jerman dengan salutan anti-gelincir untuk penampilan atletik dan cengkaman pedal yang mantap.

  • Pelindung Bucu dengan gaya lasak lasak untuk melindungi bampar kereta daripada calar dan kesan geseran.


Semua model Wolfsburg Edition turut didatangkan dengan penyelenggaraan percuma selama 7 tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun – sebagai sebahagian daripada Volkswagen Assurance Package (VAP). Ia akan membuat penampilan pertama secara terbuka di Malaysia Autoshow 2025 akan datang yang berlangsung di MAEPS Serdang dari 9 Mei hingga 15 Mei 2025.


Comments


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

bottom of page