top of page

Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancarkan Sempena Ulang Tahun Ke-3 Next-Gen Raptor di Malaysia

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 14 Nov
  • 3 min membaca

Updated: 17 Nov


Ford Ranger Raptor Sport Baharu

Sime Darby Auto ConneXion - Ford (Auto ConneXion), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, menandakan satu mercu jaya penting dengan pelancaran Ford Ranger Raptor Sport 3.0 serba baharu, pilihan terkini dalam rangkaian Ranger Raptor yang bakal menggegar pasaran tempatan sempena ulang tahun ketiganya di Malaysia.


Menampilkan rangkaian kuasa EcoBoost V6 3.0 liter turbo kembar yang sungguh bertenaga dan ditala khas oleh Ford Performance untuk menghasilkan kuasa 397 PS pada 5,650 rpm dan tork 583 Nm pada 3,500 rpm, Ford Ranger Raptor Sport membuktikan prestasi terulung. Keupayaannya diperkukuh lagi dengan penyerap hentakan Pintasan Dalaman Injap Terus 2.5 inci FOX dengan Kawalan Peredaman Bawah yang sudah terbukti dalam perlumbaan, menjamin keselesaan pengendalian dan perjalanan di atas jalan biasa dan juga laluan lasak. Turut menambah daya tarikannya ialah reka bentuk roda gaya beadlock yang dibina dengan lubang berulir untuk menempatkan gelang beadlock sebenar bagi kegunaan laluan lasak atau off-road yang lebih ekstrem. Untuk pemanduan harian, kenderaan ini dipasang dengan “gelang kecantikan” serba bergaya. Reka bentuk ini membolehkan pemilik memasang gelang beadlock, yang dibeli secara berasingan, untuk dikendalikan pada tekanan tayar rendah secara selamat untuk cengkaman dan kawalan lebih baik di atas muka bumi yang mencabar.

Ford Ranger Raptor Sport Baharu
Berani, bergaya dan sedia untuk pengembaraan, trak pikap premium edisi khas ini memberikan pengalaman pemanduan yang tersendiri setiap kali, mencerminkan DNA Ford Performance dengan tepat.

 Gagah, bergaya dan sedia mengembara, trak pikap premium edisi khas ini menjanjikan pengalaman memandu yang tersendiri setiap kali, jelas mencerminkan DNA Ford Performance. Versi terkini memaparkan reka bentuk pelekat Raptor baharu serta penambahan Sport Hoop baharu, yang istimewa dan palang tegar yang ditambah baru-baru ini, menyerlahkan profil kegagahan dan menekankan perwatakan jalan lasak bergaya sukan.


Sejak memasuki pasaran Malaysia pada 2022, barisan Next-Gen Ranger Raptor terus berkembang maju, secara beransur-ansur menawarkan trak pikap yang menyepadukan kuasa, teknologi dan keupayaan dengan lancar. Ketibaan Ford Ranger Rapter terkini mengukuhkan momentum ini, membuka lembaran baharu dalam perjalanan pikap berprestasi tinggi Ford.

Sami Malkawi, Pengarah Eksekutif, Pasaran Pengedar Ford Asia Pasifik (APDM), Korea & Angkatan Pengangkutan Global Ford berkata, “Next-Gen Ranger Raptor telah mengangkat segmen pikap prestasi premium sejak dilancarkan dan para peminat pikap yang arif kini boleh menikmati fleksibiliti dan gaya unik Raptor Sport. Pelancaran ini sesungguhnya membuktikan keupayaan kami memberikan pilihan kepada pemandu Malaysia yang membolehkan mereka menikmati kenderaan Ford Ranger terbaik yang memenuhi pelbagai jangkaan dan gaya hidup. Komitmen kami adalah untuk terus melibatkan dan menaik taraf pengangkutan komuniti.”

 


Di samping menjadi model pikap ternama, penampilan penuh bertenaga Ranger Raptor melambangkan semangat kembara dan kebebasan yang menarik penyokong setia yang terdiri daripada kaki kembara yang mengutamakan fungsi dan sifat serba bolehnya. Bagi meraikan tahun ketiga versi ini di Malaysia, Auto ConneXion baru-baru ini menganjurkan acara Raptor Rev, menghimpunkan lebih 500 peserta dari seluruh negara untuk berkongsi minat bersama terhadap trak prestasi tinggi.


Turse Zuhair, Pengarah Urusan, Auto ConneXion menambah, “Ford Ranger Raptor Sport baharu pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti peminat kami. Sebagai sebuah trak edisi istimewa, ia menawarkan sentuhan eksklusiviti yang menggabungkan gaya hebat dan keupayaan jalan lasak tanpa kompromi. Dengan penampilan yang mengagumkan dan reka bentuk berorientasikan prestasi, Ranger Raptor Sport memberikan para pelanggan pengalaman yang lain daripada yang lain. Kami sekali lagi bakal menetapkan penanda aras baharu dengan pelancaran model ini.”

 

Ford Ranger Raptor Sport Baharu

Disediakan dalam warna Arctic White (Putih Artik) dan Meteor Grey (Kelabu Meteor), Ford Ranger Raptor Sport dijual pada harga RM 273,888.00 (di atas jalan raya tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia, RM277,388.00 di Sabah dan Sarawak. Setiap pemilik Ranger Raptor Sport baharu boleh menikmati ketenangan minda dengan jaminan 5 tahun serta pakej servis percuma 2 tahun. Pelanggan juga akan diberikan beg penyejuk eksklusif “Live The Ranger Life” sebagai cenderamata penghantaran.


Ford Ranger Raptor Sport baharu boleh didapati dalam unit terhad di semua bilik pameran Ford di seluruh negara dari 15 November 2025 dan selagi stok masih ada.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page