top of page

Ledakan Kuasa Lebih Hebat! Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel Serba Baharu Bakal Mengagumkan Rakyat Malaysia

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 3 hari lalu
  • 4 min membaca

Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel
(Dari kiri) Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara, Navin Gulati, Pengurus Zon Jualan, Pasaran Pengedar Ford Asia Pasifik, APDM, Turse Zuhair, Pengarah Urusan Auto ConneXion-Ford, dan Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Inokom & Distribution Malaysia memperkenalkan Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel Serba Baharu

Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, hari ini telah melancarkan Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel serba baharu di Heritage Valley Kuala Lumpur.


Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel
Dikuasakan oleh Diesel Turbo 3.0L V6, Ford Ranger WildTrak serba baharu memberikan kuasa yang tiada tandingan, serba boleh lasak dan teknologi pintar.

Dilengkapi dengan rangkaian kuasa 3.0L V6 penuh bertenaga dan dipacu enjin turbo diesel yang ditambah baik, model Ford Ranger terbaharu di negara ini sesuai bagi mereka yang mahukan ciri pemanduan lasak dan keupayaan serba boleh yang tiada tandingan, disokong kuasa yang unggul dan kecanggihan teknologi terkini.



Kaki kembara yang mengidamkan sebuah Ford berprestasi luar biasa di jalan raya, dengan gaya anggun dan keselesaan cemerlang pasti mendapati Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel serba baharu memenuhi setiap kriteria, menjadikannya pilihan berani yang menepati pelbagai keperluan gaya hidup. 


Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel

"Pelancaran model terkini yang amat dinanti-nantikan ini memang dialu-alukan oleh dunia automotif tempatan dan menekankan komitmen kami menawarkan pilihan diyakini yang memenuhi pelbagai keperluan pelanggan. Lebih berkuasa berbanding versi enjin 2.0-liter, Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan selesa, disokong oleh ciri-ciri serba lengkap yang memang diharapkan daripada Ford Ranger WildTrak. Kami yakin bahawa ketibaan model ini pasti mengujakan peminat, dengan kelebihannya yang sesuai untuk bekerja, perjalanan seisi keluarga atau pengembaraan dan rekreasi," kata Sami Malkawi, Pengarah Eksekutif, Pasaran Pengedar Ford Asia Pasifik (APDM), Korea & Angkatan Pengangkutan Global.


Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel

Dari segi enjin, turbo diesel 3.0L V6 menguasai Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel serba baharu, menghasilkan 250PS pada 3,250 rpm, serta tork 600Nm pada 1,750 rpm yang mengagumkan, iaitu output tork tertinggi dalam segmennya. Rangkaian kuasa luar biasa ini menetapkan penanda aras baharu bagi prestasi, menawarkan sistem pacuan empat roda sepenuhnya dengan daya tarikan hebat dan tindak balas lancar dalam semua keadaan pemanduan.



Disokong oleh transmisi automatik 10 kelajuan, trak pikap berkuasa ini membolehkan pemandu bertukar dengan lancar antara enam mod pacuan - Normal (Biasa), Eco (Mesra Alam), Tow/Haul Tunda/Tarik), Slippery (Licin), Mud/Ruts (Lumpur/Berlubang), dan Sand (Pasir), untuk disesuaikan mengikut pelbagai keadaan jalan raya. Di samping itu, empat Mod Enjin lanjutan meningkatkan keupayaan serba gunanya, membolehkan kenderaan dipandu di atas jalan raya mahupun laluan lasak dengan penuh keyakinan.


Penampilan luar Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel serba baharu tampak bertenaga dengan Lampu Depan Matriks LED Prestasi Tinggi dan lampu paparan siang C-clamp tersendiri untuk tahap penglihatan tinggi dan gaya lebih menarik. Trak ini dipadankan bersama roda aloi 20-inci baharu dengan tayar 255/55 R20 dan disediakan dengan tayar ganti saiz penuh. Lambang V6 unik pada dapra depan menambah daya tarikannya, manakala cermin sisi yang boleh dilaras secara elektronik dan boleh dilipat turut dilengkapi lampu lumpur untuk kemudahan tambahan.


Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel

Pemandu dan penumpang trak pikap ini disambut dengan ruang dalaman yang telah dipertingkatkan, moden, praktikal dan bergaya. Kabin dilengkapi skrin sentuh infohiburan 12 inci dengan arahan suara SYNC® 4A yang menyokong Apple CarPlay® dan Android Auto™ tanpa wayar untuk kecekapan dan kepantasan tambahan. Skrin Berbilang Maklumat TFT 8" memastikan data pemanduan dilihat jelas, manakala pangkalan USB dipasang pada skrin depan memberikan capaian mudah untuk membekalkan kuasa kepada kamera kereta atau mengecas peranti. Sebagai kemudahan tambahan, pad pengecas tanpa wayar memastikan peranti anda sentiasa penuh dicas sepanjang perjalanan.


Dengan menitikberatkan aspek keselamatan, Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel serba baharu dilengkapi dengan kemudahan bantuan pemandu tercanggih dalam kelasnya. Antaranya termasuk Sistem Pengesanan Titik Buta (BLIS), Amaran Keluar Lorong dengan Bantuan Kekal Lorong, Kawalan Jelajah Adaptif dengan ciri Berhenti dan Bergerak & Panduan Tengah Lorong. Pemberitahuan Lalu Lintas Silang (Belakang) dan Brek Pasca Pelanggaran. Kesemua teknologi ini digabungkan bersama untuk memberikan keyakinan dan ketenangan fikiran kepada pemandu dan penumpang.


Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel

Turse Zuhair, Pengarah Urusan Auto ConneXion-Ford, menambah, "Sama ada digunakan untuk menyusuri jalan-jalan di sekitar kota atau meneroka di luar kebiasaan, model terkini ini direka untuk menjaga keselamatan pemandu dan juga penumpang kenderaan sambil mengekalkan semangat pengembaraan. Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel serba baharu bukan setakat sebuah trak pikap biasa, kenderaan terbaik dalam kelas ini membolehkan anda menikmati gaya hidup yang anda idamkan. Dengan reka bentuk menyerlah, prestasi V6 dan ciri-ciri pintar menyeluruh, trak ini tiada tolok bandingnya bagi mereka yang mahukan lebih lagi daripada pemanduan harian mereka. Setiap kali anda memandu, keseronokan yang dirasai akan mendorong anda untuk terus memandu dan memandu lagi."


Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel
Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel serba baharu didapati daripada RM192,888 di Semenanjung Malaysia dan RM198,688 di Sabah & Sarawak (harga runcit atas jalan).

Disediakan dalam empat warna menyerlah: Arctic White (Putih Artik), Absolute Black (Hitam Mutlak), Luxe Yellow (Kuning Mewah), dan Meteor Grey (Kelabu Meteor), Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel serba baharu boleh didapati di seluruh negara pada harga daripada RM192,888 (di atas jalan raya tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia, RM198,688 di Sabah dan Sarawak.


Untuk tempoh terhad, pelanggan awal yang membeli Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel serba baharu akan menikmati Pakej Servis Lanjutan 2-Tahun dan menerima beg pendingin edisi terhad semasa kenderaan diserahkan. Di samping itu, pelanggan yang membuat tempahan dalam talian akan menerima kerusi perkhemahan eksklusif Ford.



Dalam usaha lebih menyeluruh untuk menyediakan pengalaman pemilikan bertumpukan pelanggan yang lebih mudah didapati, Auto ConneXion-Ford juga sedang menambah baik perkhidmatan lepas jualannya. Antaranya termasuk perkhidmatan Ford Mobile Service (FMS) yang baru diperkenalkan di Ara Damansara dan Petaling Jaya, menawarkan servis kenderaan terus ke lokasi pelanggan. Inisiatif tersebut kini disediakan di Ford Ara Damansara dan Ford Petaling Jaya, dengan rancangan FMS secara berperingkat di lebih banyak rangkaian pengedar Ford di seluruh negara. Di samping itu, perkhidmatan pengambilan dan penyerahan kenderaan ditawarkan di kedua-dua cawangan untuk memberikan pelanggan fleksibiliti tambahan, manakala kemudahan Express Service yang telah diperluas kepada 15 pengedar di seluruh negara untuk menjadikan penyenggaraan biasa lebih pantas dan mudah.

Comments


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page