top of page

GWM Malaysia Catat Pencapaian Signifikan dengan Penyerahan Unit Ke-500 GWM Tank 300

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 28 Feb
  • 2 min membaca
GWM TANK 300

GWM Malaysia dengan bangganya mengumumkan pencapaian signifikan melalui penyerahan GWM TANK 300 yang ke-500! Sebagai antara SUV ‘off-road ’ terlaris di China, GWM TANK 300 kini berjaya memikat hati pemandu di Malaysia, khususnya pencinta pengembaraan dan pemandu di bandar dengan reka bentuk lasak, teknologi canggih, serta prestasi luar biasa.


Pencapaian ini membuktikan populariti GWM TANK 300 yang semakin meningkat di negara ini, menjadikannya antara pilihan utama dalam kalangan peminat ‘off-road’. Direka untuk menakluki pelbagai permukaan lasak serta menawarkan keselesaan premium, GWM TANK 300 kini menjadi simbol kekuatan, kebolehpercayaan, dan inovasi dalam industri automotif Malaysia.

GWM TANK 300

“Kami amat berbangga melihat sambutan dan impak besar GWM TANK 300 di Malaysia sama seperti di China,” kata Cui Anqi, Pengarah Urusan GWM Malaysia. “Kejayaan ini mencerminkan kepercayaan dan keterujaan rakyat Malaysia terhadap jenama kami.


Respons ini membuatkan kami lebih bersemangat untuk meneruskan momentum dengan barisan model TANK yang akan datang,” tambah beliau. Pn. Wong, yang merupakan pemilik GWM TANK 300 yang ke-500 turut berkongsi keterujaannya. “Saya amat terpesona akan reka bentuk dan keupayaan TANK 300 yang mengagumkan setelah pertama kali melihatnya di China. Sebaik sahaja ia dilancarkan di Malaysia, saya yakin inilah SUV yang saya inginkan. Apa yang menarik minat saya adalah jarak kelegaan tanahnya yang tinggi, menjadikannya pilihan terbaik untuk pengembaraan off-road.” katanya.

GWM TANK 300

Bagi meraikan kejayaan ini, GWM Malaysia menawarkan waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi kepada semua pemilik pertama GWM TANK 300. Tawaran ini bukan sahaja memberikan ketenangan minda kepada setiap pemilik, malah membuktikan keyakinan GWM terhadap ketahanan dan prestasi kenderaan ini dalam menempuh pengembaraan di jalan raya mahupun laluan ‘off-road’.


Promosi Eksklusif untuk Memacu Pengembaraan

GWM TANK 300

GWM Malaysia turut menawarkan empat promosi eksklusif kepada pemilik baharu dan sedia ada GWM TANK 300:

  1. Pandu Uji dan Menang: Pandu uji GWM TANK 300 dan berpeluang memenangi baucar percutian bernilai RM 888.

  2. Beli dan Menang: Miliki GWM TANK 300 dan berpeluang memenangi baucar percutian bernilai RM 8,888.

  3. Pakej Penyelenggaraan Percuma: Miliki GWM TANK 300 dan nikmati pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahun.

  4. Menangi Kit Modifikasi Iron Cavalry GWM: Pelanggan yang membuat tempahan GWM TANK 300 dari 1 Mac hingga 31 Mei 2025 akan berpeluang memenangi hadiah eksklusif KIT MODIFIKASI IRON CAVALRY GWM.*Hanya satu pemenang bertuah akan dipilih!


Untuk maklumat lanjut atau tempahan pandu uji, sila layari: www.gwm.com.my



Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page