GWM Malaysia Sambut Ramadan Dengan Promosi dan Ganjaran Istimewa Untuk Pemilik Baharu
- Panduman
- Mar 5
- 2 min read
Updated: Apr 13

GWM Malaysia dengan penuh kesyukuran menyambut bulan mulia Ramadan dengan semangat saling memberi dan nilai kebersamaan melalui tawaran promosi eksklusif dan ganjaran istimewa bagi meningkatkan pengalaman pemilikan kepada pelanggan baharu GWM.
Antara Promosi Ramadan GWM yang ditawarkan termasuk:
5 tahun penyelenggaraan percuma untuk semua model GWM, termasuk alat ganti dan kos buruh bagi GWM ORA GOOD CAT, GWM ORA 07, GWM TANK 300, dan GWM HAVAL H6 HEV.*
Penjimatan sehingga RM25,000, kadar faedah pinjaman yang rendah, serta pengecas dinding rumah percuma untuk GWM ORA GOOD CAT dan GWM ORA 07.*
Jaminan penuh kenderaan 6 + 2 tahun (tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh) untuk GWM ORA 07.*
Jaminan 6 tahun tanpa had perbatuan untuk GWM TANK 300.*
10,000 km perbatuan percuma untuk GWM HAVAL H6 HEV.*
* Tertakluk pada terma dan syarat. Promosi sah sehingga 31 Mac 2025.
[Realisasikan Percutian Impian Anda dengan GWM TANK 300]
Pandu uji GWM TANK 300 dan berpeluang menyertai kempen “Realise Your Dream Trip with GWM TANK
300”. Seramai 25 pemenang bertuah akan menerima baucar percutian eksklusif bernilai RM888,* untuk
percutian di kota atau pengembaraan ‘off-road’.
Cara Penyertaan:
Langkah 1 — Pandu uji GWM TANK 300 di mana-mana Pengedar Sah GWM berdekatan anda.
Langkah 2 — Ambil gambar bersama GWM TANK 300 dan perunding jualan, kemudian kongsikan di laman media sosial anda.
Langkah 3 — Imbas kod QR yang tersedia untuk menghantar tangkap layar hantaran media sosial
tersebut.
Selain itu, pembeli baharu yang membuat tempahan dan mendaftarkan GWM TANK 300 selewatlewatnya pada 31 Mac 2025 juga layak untuk menyertai cabutan bertuah, di mana lima pemenang bakal menerima baucar percutian mewah bernilai RM8,888.**
Tertakluk pada terma dan syarat.
“Promosi dan ganjaran Ramadan ini adalah untuk mencetuskan keterujaan dan memberikan kepuasan kepada pelanggan,” ujar Cui Anqi, Pengarah Urusan GWM Malaysia. “Ia juga menjadi tanda penghargaan kami di atas kesetiaan pelanggan dan sokongan mereka yang berterusan di samping meraikan para pelanggan Muslim kami sepanjang bulan mulia ini.”
GWM Malaysia terus komited dalam menawarkan penyelesaian pemanduan inovatif dan lestari, bagi menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan dan dipertingkatkan kepada setiap pelanggan. Dengan kepelbagaian kenderaan yang direka untuk memenuhi keperluan berbeza, setiap model dibangunkan dengan penuh teliti bagi memenuhi permintaan pasaran Malaysia yang semakin berkembang.
Model GWM ORA menawarkan kenderaan elektrik mesra alam yang menggabungkan prestasi dan kelestarian. Berkonsepkan retro-futuristik, GWM ORA GOOD CAT hadir dengan reka bentuk bergaya dan ciri-ciri terkini, ideal untuk mereka yang mengutamakan pemanduan lancar. GWM ORA 07 pula menawarkan ciri-ciri mewah dengan teknologi canggih dan estetika menawan untuk pengalaman pemanduan yang elegan dan berkuasa.
Selain itu, GWM TANK 300, merupakan sebuah SUV lasak yang teguh dan mampu untuk menakluki pelbagai bentuk permukaan jalan di bandar hingga ke kawasan berbatu dan mencabar, menjadikan ia pilihan terbaik untuk pengembaraan harian.
Manakala GWM HAVAL H6 HEV, model pemasangan tempatan (CKD) pertama di Malaysia telah menjadi antara SUV terlaris dalam negara. Meraih populariti daripada ciri-ciri keselesaan maksimum dan kecekapan bahan api yang luar biasa, ia adalah pilihan ideal untuk perjalanan jarak jauh.
Jangan lepaskan peluang untuk mengalami sendiri keunggulan model-model GWM. Untuk menempah
pandu uji, sila layari https://www.gwm.com.my/
Comments