HEV vs PHEV: Mana Lebih Sesuai untuk Pemanduan di Malaysia?
- Panduman
- 13 Apr
- 3 min membaca

Industri automotif di Malaysia semakin berkembang pesat dengan kemunculan pelbagai model elektrifikasi. Antara pilihan yang semakin popular ialah Hybrid Electric Vehicle (HEV) dan Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV). Kedua-dua jenis kenderaan ini menawarkan kelebihan tersendiri, bergantung kepada keperluan pemandu dan infrastruktur sedia ada. Mari kita bandingkan GWM HAVAL H6 HEV dengan kenderaan PHEV yang ada di pasaran. Mana lebih sesuai untuk pemanduan di Malaysia?
GWM HAVAL H6 HEV – Hibrid Pintar Tanpa Pengecasan Manual
GWM HAVAL H6 HEV adalah kenderaan hibrid yang menggabungkan enjin petrol dengan motor elektrik, yang dicas secara automatik melalui sistem regenerative braking dan tenaga kinetik. Apabila brek digunakan, motor elektrik berfungsi sebagai penjana untuk menukarkan tenaga kinetik yang hilang menjadi tenaga elektrik, yang kemudiannya disimpan dalam bateri. Ini meningkatkan kecekapan tenaga dan mengurangkan penggunaan bahan api. Teknologi ini memberikan keseimbangan yang baik antara prestasi dan kecekapan bahan api tanpa perlu bergantung kepada infrastruktur pengecasan yang masih dalam pembinaan di Malaysia.
Dari segi jarak perjalanan, GWM HAVAL H6 HEV mampu mencapai sehingga 1,000km dengan satu tangki penuh petrol, menawarkan kelebihan untuk perjalanan jauh tanpa perlu bimbang tentang pengecasan.
Dari sudut kos dan penyelenggaraan, GWM HAVAL H6 HEVÂ lebih jimat. Hal ini kerana tidak memerlukan kos untuk pemasangan pengecasan di rumah. Ia terbukti apabila ramai pemilik GWM HAVAL H6 HEV memuji kecekapan bahan api dan kemudahan penggunaan tanpa perlu risau tentang isu pengecasan.

Kelebihan GWM HAVAL H6 HEV:
Mudah digunakan tanpa keperluan untuk pengecasan.
Kos penyelenggaraan yang lebih rendah dan lebih jimat.
Harga berpatutan dan lebih murah berbanding PHEV lain di pasaran.
Ia sesuai untuk:
Mereka yang mahukan penjimatan petrol tanpa perlu risau tentang pengecasan.
Pemilik kereta yang ingin melakukan perjalanan jauh tanpa bergantung kepada infrastruktur pengecasan EV
Kenderaan PHEV – Hibrid Plug-in Dengan Pengecasan Manual
PHEV pula merupakan kenderaan hibrid yang juga membolehkan pemanduan dalam mod elektrik dengan jarak tertentu sebelum enjin petrol mengambil alih. PHEV menawarkan bateri yang lebih besar daripada HEV. Kebiasaannya, ia menggunakan elektrik sepenuhnya untuk perjalanan harian pendek tanpa menggunakan sebarang minyak.Â
Namun, baterinya perlu dicas secara berkala menggunakan stesen pengecasan atau di rumah. Ini juga merupakan salah satu cabaran utama bagi pemilik yang tinggal di kawasan tanpa kemudahan pengecasan. Infrastruktur pengecasan sedang berkembang di Malaysia, tetapi ia masih belum menyeluruh dan mungkin mengambil beberapa tahun lagi untuk dibangunkan sepenuhnya. Selain itu, kesesuaian tempat tinggal dan kos pemasangan sistem pengecasan PHEV perlu diperhatikan. Kaedah ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang, terutamanya bagi mereka yang duduk di kawasan kondominium atau pengguna yang kurang selesa dengan keperluan mengecas secara berkala.
Kelebihan PHEV yang ada di pasaran:
Jarak pemanduan elektrik yang lebih jauh.
Ia sesuai untuk:
Pemandu yang mempunyai pengecas di rumah atau akses mudah ke stesen pengecasan awam.
Pemandu yang tidak mahu bergantung pada bahan api untuk perjalanan jarak pendek.
GWM HAVAL H6 HEV vs Kenderaan PHEV – Perbandingan Utama:
Aspek | GWM HAVAL H6 HEV | Kenderaan PHEV |
Jenis Hibrid | HEV (Self-charging) | PHEV (Plug-in) |
Keperluan Pengecasan | Tidak perlu kerana dijana dengan regenerative braking | Perlu dicas |
Penggunaan Petrol | Gabungan yang efisien antara enjin petrol dan motor elektrik | Penjimatan petrol dalam perjalanan jarak pendek. Pemandu yang tidak mahu bergantung pada bahan api untuk perjalanan jarak pendek. |
Kemudahan | Mudah tanpa keperluan cas | Perlu dicas sebelum memulakan perjalanan |
Harga (Anggaran) | Lebih berpatutan dan kos pemilikan yang lebih murah | Lebih mahal kerana menggunakan bateri yang lebih besar |
Kesesuaian Untuk Perjalanan Jauh | Sesuai kerana tiada keperluan mengecas |
Teknologi dan inovasi dalam GWM HAVAL H6 HEV dan kenderaan PHEV masing-masing berperanan menawarkan pemanduan yang cekap dan mesra alam. Kedua-dua kenderaan ini tetap menawarkan kecekapan bahan api yang lebih baik jika digunakan secara bijak. Pastikan anda mengecas kenderaan PHEV anda sebelum memulakan perjalanan lagi-lagi perjalanan jarak jauh supaya kos minyak anda akan lebih jimat. Lain pula dengan GWM HAVAL H6 HEV yang lebih praktikal dengan sistem hibrid pintar yang menggunakan regenerative braking.

Kesimpulan: HEV atau PHEV, mana lebih sesuai digunakan di Malaysia?
Jika anda mahukan kenderaan yang memberikan anda kemudahan tanpa perlu fikir soal pengecasan tetapi dapat menawarkan penjimatan minyak, GWM HAVAL H6 HEV adalah untuk anda
Jika anda ingin menikmati pemanduan elektrik dan mempunyai akses kepada sistem pengecasan, kenderaan PHEV mungkin boleh dipertimbangkan.
Jika anda sering menggunakan kenderaan untuk perjalanan jauh, GWM HAVAL H6 HEV adalah lebih praktikal kerana ia tidak bergantung pada infrastruktur pengecasan.

Dengan infrastruktur pengecasan yang masih berkembang, kenderaan HEV seperti GWM HAVAL H6 HEV tetap menjadi pilihan yang relevan dan praktikal untuk kebanyakan pemandu di Malaysia.
Sepanjang bulan Syawal ini, setiap pembelian GWM HAVAL H6 HEV turut disertakan dengan Percuma 5 Tahun Servis Penyelenggaraan + 10,000 km Mileage Percuma! Jangan lepaskan peluang ini dan kunjungilah pusat pameran GWM terdekat sekarang!
Serta ikuti Pandu Pandu untuk lebih banyak ulasan automotif dan perbandingan menarik!
Komen