top of page

Honda Civic 2025 Kini Dibuka Untuk Tempahan

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 12 Dis 2024
  • 1 min membaca

Updated: 4 Jan 2025

The new Honda Civic 2025 perspective view

Honda Malaysia telah mengumumkan tempahan untuk Civic Baharu kini dibuka, dengan pelancaran rasmi dijadualkan pada Januari 2025. Civic Baharu ini direka untuk mendefinisikan semula segmen C dengan gaya, prestasi dan inovasi yang unggul, terus mengukuhkan warisan Honda sebagai peneraju dalam industri automotif.


Terdapat dua varian RS ditawarkan iaitu e:HEV RS dan Petrol RS. Varian e:HEV RS dilengkapi dengan enjin 2.0L e:HEV yang menghasilkan 184PS dan 315Nm tork, manakala varian Petrol RS menggunakan enjin 1.5L VTEC Turbo yang menghasilkan 182PS dan 240Nm tork. Varian e:HEV RS juga menampilkan reka bentuk rim Matte Grey 18 inci yang baharu, sementara varian Petrol RS hadir dengan gril hadapan berwarna hitam.


Sejak pengenalan generasi ke-11 Civic pada tahun 2022, lebih daripada 28,000 unit telah terjual di Malaysia. Civic juga kekal menjadi pilihan utama dalam segmen C bukan nasional selama lapan tahun berturut-turut dengan penguasaan pasaran sebanyak 70% sehingga Oktober 2024.


Civic Baharu turut dilengkapi dengan ciri keselamatan Honda SENSING, yang menawarkan sembilan ciri keselamatan canggih, serta Honda CONNECT yang memberikan kemudahan dan keselamatan melalui sambungan telefon pintar. Dengan reka bentuk yang lebih bergaya, teknologi hibrid terkini dan ciri-ciri terkemuka dalam segmennya, Civic Baharu menetapkan penanda aras baharu untuk pengalaman pemanduan.


Tempahan kini dibuka di prebook.honda.com.my atau melalui aplikasi HondaTouch.







Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page