top of page

Honda Malaysia Menggariskan Strategi 2025 Dengan Pengenalan 3 Model Baharu

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 1 Mac
  • 3 min membaca
Honda e:N1
Pengenalan BEV pertama Honda Malaysia, e:N1, menandakan pencapaian penting bagi Syarikat apabila ia memperkenalkan teknologi EV pertamanya ke pasaran Malaysia.

Honda Malaysia menetapkan sasaran untuk menjual 83,000 unit pada tahun 2025, dengan matlamat mengukuhkan kehadiran pasaran dan mencapai bahagian pasaran yang diunjurkan sebanyak 10.6%. Sasaran ini didorong oleh hala tuju perniagaan strategik. Syarikat untuk tahun tersebut, yang merangkumi pengenalan tiga model baharu, termasuk Civic Baharu yang dilancarkan pada Januari, serta aktiviti jenama untuk meningkatkan penglibatan pasaran.


Permintaan kukuh yang berterusan terhadap barisan model sedia ada juga telah mengukuhkan keyakinan syarikat dalam mengekalkan kedudukan utama dalam industri. Melangkah ke hadapan, Honda Malaysia kekal fokus dalam mengutamakan pelanggan serta menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran. Syarikat ini juga yakin bahawa teknologi enjin pembakaran dalaman dan e:HEV akan terus relevan di pasaran, didorong oleh kesediaan infrastruktur, keutamaan pengguna serta kemajuan teknologi.


Selain itu, Honda telah membuktikan keunggulannya dalam teknologi hibrid yang mendapat pengiktirafan global dan penerimaan positif. Model e:HEV juga mencatatkan daya tarikan pasaran yang ketara, menyumbang hampir 30% daripada jumlah keseluruhan jualan kereta hibrid di Malaysia pada tahun 2024.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Hironobu Yoshimura berkata, “Selaras dengan hala tuju perniagaan 2025 kami, kami bersedia untuk merancakkan pasaran dengan pelancaran BEV pertama kami, iaitu e:N1. Model ini menyerlahkan ciri-ciri BEV canggih Honda, di samping memperkenalkan teknologi EV pertama syarikat ke pasaran Malaysia. e:N1 dijangka menarik perhatian pelanggan dengan kedudukan uniknya, disokong oleh pengalaman luas Honda dan rangkaian sokongan selepas jualan yang meluas.”

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Hironobu Yoshimura
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Hironobu Yoshimura mengumumkan hala tuju perniagaan syarikat bagi tahun 2025 dan menyatakan keyakinannya dalam mencapai sasaran 83,000 unit.

Pengenalan BEV merupakan komponen utama strategi perniagaan syarikat, sejajar dengan pendekatan elektrifikasi global Honda dan mewujudkan asas kukuh untuk perjalanan elektrifikasi Honda Malaysia. Langkah ini membuka jalan bagi rancangan tiga tahun syarikat untuk memperkenalkan tiga model BEV baharu ke pasaran Malaysia menjelang 2027. Selain memperluaskan barisan produk, inisiatif ini menekankan komitmen Honda dalam mengukuhkan kedudukannya yang tersendiri dan berdaya saing dalam industri.

Selain mempertingkatkan penawaran produknya, Honda Malaysia juga berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan. Sejak penubuhannya, syarikat ini telah membina rangkaian pengedar yang menyeluruh, kini merangkumi 104 pengedar yang disokong oleh kakitangan yang terlatih dan profesional. Seiring dengan pertumbuhan Honda Malaysia, syarikat ini memastikan bahawa semua kakitangan kekal selangkah ke hadapan dalam perkembangan teknologi terkini, melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kepakaran untuk memberikan perkhidmatan yang melebihi jangkaan pelanggan.

Honda e:N1

Sejajar dengan dedikasi untuk meningkatkan kemudahan dan keselesaan pelanggan, Honda Malaysia mengutamakan pendigitalan bagi memperkemaskan pengalaman selepas jualan. Sehingga kini, platform HondaTouch telah merekodkan lebih daripada 430,000 pengguna aktif, mencerminkan matlamat syarikat dalam menyediakan penyelesaian digital yang lancar dan cekap. Dengan tumpuan ini, Honda Malaysia menegaskan komitmennya dalam Powering Progress, Expanding Joy dengan membangunkan legasi dan memajukan modelnya menggunakan teknologi enjin pembakaran dalaman dan e:HEV, sambil mengintegrasikan teknologi BEV secara beransur-ansur.


Pendekatan berwawasan ini membolehkan syarikat kekal relevan dan menjadi entiti yang dihargai oleh masyarakat dengan menyediakan penyelesaian mobiliti yang serba boleh, inovatif dan mampan untuk meningkatkan kehidupan seharian.Komitmen ini terbukti melalui pencapaian Honda Malaysia pada tahun 2024, di mana ia merekodkan jumlah jualan sebanyak 81,600 unit dan memperoleh bahagian pasaran sebanyak 10%. Kejayaan ini mengukuhkan kedudukan Honda Malaysia sebagai jenama kereta No.1 dalam Segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional selama 11 tahun berturut-turut. HR-V, City dan CR-V merupakan tiga model terlaris syarikat, masing-masing menyumbang 26%, 25% dan 14% daripada jumlah jualan keseluruhan. Selain itu, CR-V, HR-V dan Civic berjaya menduduki tempat No.1 dalam segmen bukan nasional masing-masing.


Honda Malaysia merakamkan penghargaan mendalam kepada pelanggan atas kepercayaan dan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi. Dalam menghadapi landskap automotif yang sentiasa berubah pada tahun 2025, Honda Malaysia memastikan bahawa ia kekal setia kepada DNA Honda dalam memperkenalkan model yang menawarkan prestasi cemerlang dan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page