top of page

Hyundai Motor Malaysia dan Selangor FC Meterai Perkongsian Mobiliti Rasmi

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 29 Ogo
  • 5 min membaca

Hyundai Motor Malaysia dan Selangor FC
Hyundai Motor Malaysia menyerahkan Hyundai STARIA kepada Selangor FC, melambangkan komitmen Hyundai dalam menyokong keperluan mobiliti pasukan di dalam dan di luar padang.

Hyundai Motor Malaysia (HMY) dan Selangor FC hari ini merasmikan kerjasama mereka melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) serta penyerahan rasmi kenderaan pelbagai guna (MPV) unggulan Hyundai, STARIA. Berlangsung pagi ini di Menara AFFIN @ TRX, majlis tersebut menandakan bermulanya era baharu yang mencerminkan komitmen Hyundai untuk menyokong kemajuan bola sepak di Malaysia dari aspek mobiliti hinggalah ke pengalaman di stadium.


Hyundai Motor Malaysia dan Selangor FC
Barisan Duduk VVIP (Kiri ke Kanan): Cik Jahabarnisa Haja Mohideen, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia ; Encik Eric Lee, Presiden Hyundai Motor Malaysia ; Dr Johan Kamal Hamidon, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC ; Encik Aladdin Mostafa, Ketua Pegawai Operasi Selangor FC. Barisan Berdiri VVIP (Kiri ke Kanan): Encik Joseph Han, Ketua Pegawai Kewangan Hyundai Motor Malaysia ; His Highness Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor dan Pengerusi Selangor FC ; Encik Ahmad Nasyami Mihat, Ketua Pemasaran Hyundai Motor Malaysia.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Encik Eric Lee, Presiden Hyundai Motor Malaysia, dan Dr. Johan Kamal Hamidon, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC dan disaksikan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor merangkap Pengerusi Selangor FC, serta Puan Jahabarnisa Haja Mohideen, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia.


Hyundai Motor Malaysia dan Selangor FC
Encik Eric Lee, Presiden Hyundai Motor Malaysia dan Dr. Johan Kamal Hamidon, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC secara rasmi menandatangani Memorandum Persefahaman, disaksikan oleh His Highness Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor dan Pengerusi Selangor FC dan Cik Jahabarnisa Haja Mohideen, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, mengukuhkan peranan Hyundai sebagai Rakan Mobiliti Rasmi kelab.

Aksi di Padang, Destinasi di Hadapan

Pemeteraian MoU pada hari ini menandakan bermulanya kerjasama rasmi yang diumumkan bulan lalu, serta memperkukuh peranan Hyundai sebagai Rakan Mobiliti Rasmi Selangor FC. Seiring kerjasama ini, HMY turut menyerahkan MPV premium Hyundai STARIA untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi pasukan Selangor FC.


Dengan kabin yang luas, keselesaan tiada tandingan serta teknologi terkini, Hyundai STARIA ini akan memenuhi keperluan mobiliti atlet dan pegawai Selangor FC sepanjang musim ini. Setiap perjalanan ke perlawanan pasti lebih bergaya, selamat dan efisien.


Hyundai Motor Malaysia dan Selangor FC
Dr Johan Kamal Hamidon, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, berkongsi visinya mengenai perkongsian baharu dengan Hyundai sebagai Rakan Mobiliti Rasmi kelab itu.

Kolaborasi ini pertama kali ditampilkan pada perlawanan pembukaan musim menentang JDT pada 8 Ogos lalu apabila jenama Hyundai mula kelihatan pada kemeja polo pasukan. Kini, logo Hyundai akan menghiasi jersi latihan pasukan Selangor FC, dan kehadirannya akan turut dirasai dalam pengalaman hari perlawanan.


Hyundai Motor Malaysia dan Selangor FC
Cik Jahabarnisa Haja Mohideen, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, menyampaikan ucapan pembukaannya, menyerlahkan komitmen Hyundai terhadap bola sepak Malaysia.

Kerjasama ini bukan sekadar paparan jenama, ia menyatukan visi global dan semangat tempatan, mencipta pengalaman yang merapatkan hubungan antara penyokong, pemain dan komuniti.


“Komitmen Hyundai untuk berkembang seiring sukan dan komuniti telah terbukti melalui pelaburan berdekad dalam sukan bola sepak di peringkat global. Penglibatan kami tidak hanya bertumpu pada prestasi: tumpuan kami terletak dalam individu, kisah dan kemajuan pemain. Sukan bola sepak terserlah sebagai simbol daya tahan, semangat berpasukan dan perpaduan, nilai yang sejiwa dengan kami. Di Malaysia, visi ini menjadi lebih bermakna apabila kami bekerjasama dengan Selangor FC, kelab yang mempunyai legasi dan cita-cita yang mencerminkan sepenuhnya semangat visi jenama kami, ‘Progress for Humanity’.” kata Puan Jahabarnisa Haja Mohideen, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia.


Hyundai Motor Malaysia dan Selangor FC
His Highness Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor dan Pengerusi Selangor FC, berkenan menyempurnakan majlis menandatangani Memorandum of Understanding (MOU) antara Hyundai Motor Malaysia dan Selangor FC.

Seiring visi bersama ini, Hyundai Motor Malaysia akan menggabungkan kepakaran global dengan komitmen tempatan untuk memastikan kerjasama ini memberi impak yang bermakna kepada sukan dan masyarakat.


Hyundai Motor Malaysia dan Selangor FC

Selangor FC: Legasi Bertemu Aspirasi

Selangor FC, yang lebih dikenali sebagai Red Giants, adalah antara kelab yang disanjungi di Malaysia dengan rekod sebanyak 62 trofi utama, termasuk 33 kejuaraan Piala Malaysia, 7 gelaran liga, dan 5 Piala FA. Legasi kegemilangan itu kini disertai dengan tekad baharu - untuk mengembalikan tempat terunggul mereka dalam bola sepak Malaysia, sambil memupuk perhubungan yang melangkaui generasi – satu komuniti yang terus berkembang bersama masa.


Hyundai Motor Malaysia dan Selangor FC
His Highness Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor dan Pengerusi Selangor FC, dan Encik Eric Lee, Presiden Hyundai Motor Malaysia, mengalami Hyundai SANTA FE serba baharu dan TUCSON baharu secara dekat.

Dorongan berwawasan ini selari dengan visi Hyundai sendiri terhadap kemajuan. Kedua-dua jenama ini berkongsi kepercayaan bahawa sukan bukan sekadar permainan tetapi boleh menyatukan masyarakat, menanam rasa kebanggaan, dan melangkah menuju kegemilangan bersama.


Hyundai Motor Malaysia dan Selangor FC
His Highness Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor dan Pengerusi Selangor FC, bersama Encik Eric Lee, Presiden Hyundai Motor Malaysia, dan pemain Selangor FC, meraikan penyerahan Hyundai STARIA kepada Selangor FC sebagai sebahagian daripada perkongsian baharu.

“Selangor FC berbesar hati mengalu-alukan Hyundai Motor Malaysia sebagai Rakan Mobiliti Rasmi kami. Perkongsian ini bukan semata-mata untuk memaparkan jenama Hyundai - ia mempertemukan kami dengan peneraju global mobiliti yang berkongsi nilai prestasi, inovasi dan semangat kelab kami. Sokongan Hyundai akan menjadi pemangkin untuk mengangkat Selangor FC ke tahap lebih tinggi di dalam dan di luar padang, terutamanya dalam Malaysia Football League dan ACC Shopee Cup, ” kata Dr. Johan Kamal Hamidon, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC.


Ucapan beliau mengukuhkan visi yang dikongsi bersama antara Selangor FC dan Hyundai, yang mana kerjasama ini boleh membentuk masa depan bola sepak Malaysia bersama rakan mobiliti yang dipercayai.


Hyundai Motor Malaysia dan Selangor FC
His Highness Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor dan Pengerusi Selangor FC, bersama Encik Eric Lee, Presiden Hyundai Motor Malaysia, Cik Jahabarnisa Haja Mohideen, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, dan Datuk Wan Razly Abdullah, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN Bank Berhad, semasa peluang bergambar @ TRX Menara AFFIN.

Kepakaran Global dalam Dunia Sukan Berprestij

Hyundai berpegang teguh bahawa sukan, peminat dan komuniti akan sentiasa berkembang bersama dan memilih untuk merealisasikan prinsip tersebut. Ini terbukti di pentas global melalui kolaborasi ikonik seperti:


  • Penaja Piala Dunia FIFA sejak 1999: Hyundai telah menjadi rakan kongsi utama FIFA selama lebih dua dekad, menyokong Piala Dunia Lelaki dan Wanita, kejohanan belia, bola sepak pantai dan futsal, sekali gus konsisten menunjukkan kepimpinannya dalam penajaan sukan bertaraf global.

  • Kelestarian dalam bola sepak: Pada Piala Dunia 2022, Hyundai telah menyediakan lebih daripada 600 kenderaan rasmi. Daripada jumlah itu, 50% merupakan model mesra alam seperti IONIQ 5 dan SANTA FE hibrid, mencerminkan komitmennya terhadap kelestarian di pentas bola sepak terbesar dunia.

  • Kesaksamaan jantina dalam sukan: Semasa Piala Dunia Wanita FIFA 2023, Hyundai bekerjasama dengan Common Goal untuk menyokong Equal Play Effect, program pemerkasaan penyertaan wanita dalam bola sepak di Asia Pasifik melalui inisiatif komuniti.


Hyundai Motor Malaysia dan Selangor FC

Dengan pengalaman luas daripada Piala Dunia FIFA hingga Copa Libertadores dan Kejohanan ASEAN, semangat Hyundai terhadap sukan terserlah di seluruh benua – sentiasa bergerak di jalan raya, bersama sukan dan dengan perikemanusian.


Hyundai Motor Malaysia dan Selangor FC

Kini, Hyundai merealisasikan komitmennya terhadap “Progress for Humanity” dengan memperkukuh detik-detik kemanusiaan dalam arena sukan, menjadikan setiap perlawanan sebagai pemangkin kepada hubungan, inspirasi serta kemajuan bersama. Sepanjang musim ini, para peminat boleh menantikan pengalaman baharu di mana mobiliti dan bola sepak bersatu untuk mewujudkan detik-detik penuh makna dan berinspirasi.


Untuk perkembangan terkini, aktiviti dan sorotan eksklusif di sebalik tabir, ikuti saluran media sosial rasmi Hyundai Motor Malaysia dan Selangor FC.


Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page