top of page

Hyundai Motor Malaysia Memperkenalkan STARIA, TUCSON baharu dan SANTA FE serba baharu – Menyambut Era Mobiliti Baharu

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 2 Jul
  • 7 min membaca

Hyundai Motor Malaysia

Hyundai Motor Malaysia (HMY), sebuah entiti Malaysia baharu yang ditubuhkan di bawah Hyundai Motor Company (HMC) melancarkan tiga model utama: STARIA, TUCSON baharu dan SANTA FE serba baharu di Kuala Lumpur. Pelancaran ini menandakan permulaan lembaran baharu buat Hyundai di Malaysia dengan menampilkan barisan produk yang dibentuk seiring dengan permintaan tempatan yang menginginkan MPV untuk keluarga, SUV serba boleh dan kenderaan kaya dengan ciri canggih yang direka untuk gaya hidup moden Malaysia.


“STARIA, TUCSON baharu dan SANTA FE serba baharu yang kami perkenalkan adalah produk yang mencerminkan gaya hidup rakyat Malaysia. Keluaran baharu ini memenuhi keperluan keluarga serba boleh kepada pergerakan dengan ciri canggih dan dipacu keselesaan," kongsi Jahabarnisa Haja Mohideen, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia. "Setiap model dipilih dengan tujuan untuk menawarkan lebih banyak ruang, teknologi yang lebih pintar dan pengalaman pemanduan yang lebih selamat sejajar dengan permintaan harian pemandu Malaysia.”


Seiring dengan tujuan untuk menyambut sentimen ini, Encik Sunny Kim, Presiden Hyundai Motor Asia Pasifik berkata, "Barisan produk dinamik ini mencerminkan komitmen kami untuk menyampaikan penyelesaian mobiliti yang inovatif dan mengutamakan pelanggan yang disesuaikan dengan keperluan tempatan. Ketika Malaysia terus berkembang dalam kepentingan strategik dalam visi serantau kami, pelancaran Hyundai Motor Malaysia menandakan satu langkah penting dalam mengukuhkan kehadiran kami di seluruh ASEAN."


Hyundai STARIA

Untuk Semua Detik Terindah | Hyundai STARIA

Hyundai STARIA memperkasakan sempadan mobiliti harian dengan ciri siluet futuristik dan rasa ruang yang dibayangkan semula. Reka bentuk mirip kapal angkasa ini menjemput penumpang ke dalam kabin yang terasa lebih luas dan selesa. Binaan Hyundai STARIA ini kini dipertingkatkan dengan aksen krom loyang istimewa buat pemandu yang bersedia untuk bergerak secara berbeza selari dengan unsur terkini, tujuan dan inovasi.


Tersedia dalam tiga varian, Style (10 tempat duduk), Prime (10 tempat duduk) dan Prestige (7 dan 10 tempat duduk), STARIA memenuhi pelbagai keperluan pelanggan daripada keluarga besar kepada pengangkutan eksekutif dan penggunaan untuk tujuan gaya hidup.


Hyundai STARIA

Ciri Utama Hyundai STARIA:

  • Luaran:

    • Siluet lengkung tunggal ikonik dan tingkap panorama

    • *Lampu depan unjuran LED Penuh Eksklusif

    • *Perincian krom loyang berwarna

    • Lampu gabungan belakang LED, pengelap belakang bersepadu

  • Dalaman:

    • Konfigurasi 7 dan 10 tempat duduk yang fleksibel

    • *Tempat duduk santai premium

    • *Bumbung suria berkembar

    • *Sistem Audio 12 pembesar suara BOSE® Premium

    • *Ruang but sebanyak 1,024 liter

    • Sistem kawalan iklim automatik penuh dan paparan sentuh multimedia 8"

  • Rangkaian kuasa:

    • Semua varian dikuasakan oleh enjin diesel CRDi 2.2L, menghasilkan 177 PS pada 3,800 rpm dan tork 430 Nm antara 1,500–2,500 rpm

    • Dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan, konfigurasi 2WD

    • Kapasiti tangki bahan api: 75 liter


Hyundai STARIA

Bantuan Keselamatan & Pemandu:

  • Suite Hyundai SmartSense termasuk Bantuan Elak Pelanggaran Hadapan, Bantuan Kekal Lorong, Bantuan Ikut Lorong, Kawalan Cruise Pintar, Amaran Pelanggaran Titik Buta dan Bantuan Keluar Selamat

  • Amaran Perhatian Pemandu dan Makluman Perlepasan Kenderaan Hadapan tersedia pada varian Prestige


*Hanya tersedia dalam Varian Prestige 7 Tempat Duduk


STARIA dengan harga daripada RM179,888, menggabungkan reka bentuk yang berani dan futuristik dengan teknologi keselamatan canggih dan rekaan dalaman yang dihasilkan dengan teliti. Model ini dikeluarkan sebagai MPV generasi akan datang yang dibina untuk gaya hidup Malaysia yang berkembang dan direka untuk menawarkan ruang, ciri terkini dan inovasi yang penuh makna dalam setiap perjalanan.


Hyundai TUCSON baharu

Untuk Pemandangan Yang Indah | Hyundai TUCSON baharu

Hyundai TUCSON baharu memasuki pasaran Malaysia sebagai versi yang telah dicipta semula sepenuhnya daripada model terlaris Hyundai di Australia. TUCSON baharu menampilkan reka bentuk baharu yang menarik dan bergaya serta peningkatan ketara dari segi ruang dalaman, sambungan digital, dan prestasi enjin. Keluaran ini memperkenalkan varian hibrid buat kali pertama di Malaysia.


Menampilkan hiasan dalaman yang moden, Hyundai TUCSON baharu telah mentakrifkan semula keselesaan pemanduan dengan susun atur yang luas dan reka bentuk konsol terapung yang inovatif. Digandingkan dengan gaya futuristik yang berani, TUCSON baharu menyerlah berbanding dengan barisan SUV konvensional di jalan raya.


Hyundai TUCSON baharu

Ciri Utama:

  • Luaran: Gril permata parametrik, DRL LED bersepadu, bumper belakang dan grafik lampu belakang yang direka bentuk semula

  • Dalaman:

    • Paparan digital melengkung panorama (dwiskrin 12.3")

    • Konsol terapung dengan pemilih gear syif mengikut wayar yang dipasang di lajur

    • Panel A/C digital (kawalan jenis sentuh 6.6")

    • Pengesahan cap jari untuk tetapan pemanduan yang ditautkan profil

    • Pad ranap berbilang dulang untuk storan dan ciri praktikal yang dipertingkatkan

  •  Pilihan Rangkaian Kuasa (semua pacuan roda hadapan):

    • Petrol 2.0L Smartstream MPI – 156 PS / 192 Nm, automatik 6 kelajuan

    • Turbo petrol 1.6L T-GDi – 180 PS / 265 Nm, dwiklac 7 kelajuan

    • Kenderaan Elektrik Hibrid 1.6L (HEV) – 235 PS / 367 Nm, automatik 6 kelajuan


Hyundai TUCSON baharu

Bantuan Keselamatan & Pemandu:

  • Dilengkapi dengan Hyundai SmartSense pada varian Prime dan Prestige yang menampilkan Bantuan Kekal Lorong, Bantuan Ikut Lorong, Amaran Perhatian Pemandu dengan Makluman Perlepasan Kenderaan Hadapan, Kawalan Cruise Pintar dengan Henti & Gerak dan Makluman Penumpang Belakang

  • Ciri lanjutan tambahan pada varian terpilih termasuk Bantuan Elak Rempuhan Lintasan Trafik Belakang, Amaran Jarak Letak Kereta Hadapan/Belakang dan Pemantauan Pandangan Titik Buta

  • Varian Prestige juga termasuk Monitor Paparan Persekitaran untuk kesedaran situasi yang dipertingkatkan semasa kendalian yang ketat


Hyundai TUCSON baharu dengan harga daripada RM143,888 bukan sekadar sebuah SUV yang mempunyai banyak fungsi, keluaran ini juga menunjukkan komitmen Hyundai terhadap reka bentuk dan inovasi. Direka khas untuk pemandu yang menginginkan sesuatu yang lebih daripada konvensional, TUCSON baharu menjemput rakyat Malaysia untuk mengalami standard baharu kenderaan dari segi gaya, prestasi dan mobiliti moden.


Hyundai SANTA FE serba baharu

Untuk Pengembaraan | Hyundai SANTA FE serba baharu

SANTA FE serba baharu mentafsir semula SUV perdana jenama ini dengan reka bentuk yang berani dan kukuh, bentuk moden dan fleksibiliti terkemuka dalam kelas SUV. Jarak roda yang lebih panjang, bukaan pintu belakang yang lebih lebar dan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk yang fleksibel memberikan ruang yang luas dan praktikal untuk kegunaan harian. Semua ciri ini menjadikan SANTA FE serba baharu sesuai untuk perjalanan dalam bandar, percutian keluarga dan pengembaraan luar dan lasak.


Hyundai SANTA FE serba baharu

Ciri Utama:

  • Luaran:

    • Profil SUV yang berani dan tinggi dengan bentuk teguh dan moden

    • Pencahayaan LED berbentuk H yang tersendiri (lampu depan dan lampu belakang)

    • Bukaan pintu belakang lebar merupakan yang terbesar dalam keluarga Hyundai dan berfungsi sebagai ruang teres terbuka untuk pemuatan yang mudah dan aktiviti luar

    • Gril kemasan krom dan rak bumbung bersepadu untuk utiliti dan ciri tambahan

    • Pemegang bantuan jenis tersembunyi untuk akses bumbung yang mudah dan lancar

  • Dalaman:

    • Paparan melengkung panorama menggabungkan kluster digital 12.3 inci dan sistem infotainmen

    • Papan pemuka berbentuk H dan elemen reka bentuk bolong udara yang meningkatkan ciri keterbukaan kabin dan mewujudkan keseimbangan visual yang tersendiri

    • Dulang pensanitasi UV-C yang pertama di-kelasnya, dicipta untuk menambah ketenangan fikiran dan kebersihan harian

    • Sistem pengecasan dwiwayarles pertama dalam kenderaan Hyundai yang menawarkan kemudahan tambahan untuk penumpang tempat duduk hadapan

    • Reka bentuk berbilang konsol dua hala untuk akses mudah buat penumpang hadapan dan belakang

    • Konfigurasi 6 dan 7 tempat duduk yang tersedia dengan fungsi Lipat & Simpan di baris kedua untuk penggunaan ruang yang fleksibel

    • Mod santai baris kedua tersedia pada varian Calligraphy 6 tempat duduk, menawarkan keselesaan premium pada perjalanan yang lebih jauh

    • Kabin yang direka dengan teliti dengan kemasan premium, pencahayaan ambien dan peningkatan akses kargo belakang melalui bukaan pintu belakang yang dilebarkan

  • Pilihan Rangkaian Kuasa

    • Petrol pengecas turbo (AWD) 2.5L T-GDi – 281 PS / 440 Nm, transmisi dwiklac 8kelajuan

    • Hibrid (HEV) 1.6L – 235 PS / 367 Nm, transmisi automatik 6kelajuan


Hyundai SANTA FE serba baharu

Bantuan Keselamatan & Pemandu:

  • Dilengkapi dengan Hyundai SmartSense pada semua varian yang termasuk Bantuan Elak Rempuhan Titik Buta, Bantuan Kekal Lorong, Bantuan Ikut Lorong, Kawalan Cruise Pintar dengan Henti & Gerak, Bantuan Elak Rempuhan Lintas Trafik Belakang, Bantuan Keluar Selamat dan Bantuan Lampu Tinggi.

  • Varian Prime mempunyai Bantuan Elak Rempuhan Hadapan (FCA 1.5) dengan pengesanan membelok pejalan kaki dan penunggang basikal.

  • Varian Prestige dan Calligraphy termasuk Bantuan Elak Rempuhan Hadapan (FCA 2.0) dengan keupayaan canggih seperti pengesanan langsung kenderaan akan datang, pengelakan pertukaran lorong, bantuan stereng pemandu dan stereng mengelak automatik.

  • Teknologi keselamatan tambahan seperti Amaran Perhatian Pemandu dengan Amaran Perlepasan Kenderaan Hadapan, Amaran Penumpang Belakang dan Kawalan Cruise Pintar dengan Henti & Gerak didatangkan secara standard untuk semua keluaran Varian Prestige dan Calligraphy juga menawarkan Monitor Pandangan Titik Buta, Bantuan Elak Rempuhan Letak Kereta dan Monitor Pandangan Persekitaran dengan visualisasi 3D dan Mod Sambungan Treler.

  • Varian Prestige dan Calligraphy menambah Bantuan Letak Kereta Pintar Jauh (RSPA) untuk kemudahan tambahan dalam ruang sempit.


SANTA FE serba baharu yang bermula dengan harga daripada RM225,000 akan tersedia dalam konfigurasi 6 dan 7 tempat duduk, memenuhi keperluan keluarga Malaysia yang mencari ruang fleksibel, ciri premium dan keselamatan canggih sebagai peneman utama dalam pemanduan harian mereka.


Hyundai SANTA FE serba baharu

Pengembangan Rangkaian dan Komitmen Hyundai Motor Malaysia kepada Pelanggan

Hyundai Motor Malaysia meraikan kemasukan terus ke pasaran Malaysia dengan menawarkan ganjaran eksklusif kepada pelanggan baharu dan sedia ada. 100 pelanggan pertama akan menikmati penyelenggaraan perkhidmatan percuma untuk lapan kali servis*, termasuk kos buruh dan alat ganti.


Hyundai juga mengukuhkan komitmen mereka terhadap penjagaan pelanggan yang bertaraf tinggi kerana semua kenderaan baharu akan didatangkan dengan waranti 8 tahun / 160,000 km dan buruh penyelenggaraan percuma sehingga empat kali ganda. Tujuan insentif ini ditawarkan kepada pelanggan Malaysia agar mereka memperoleh ketenangan fikiran yang lebih baik, keyakinan jangka panjang dan sokongan sepanjang perjalanan dengan kenderaan mereka.

Hyundai Motor Malaysia
Hyundai Motor Malaysia

Komitmen ini disokong oleh pengembangan strategik rangkaian selepas jualan Hyundai di seluruh negara. Hyundai Motor Malaysia mempunyai sasaran untuk meningkatkan jejak perkhidmatannya kepada 25 cawangan sah menjelang 2030 dan memastikan keboleh capaian yang lebih baik untuk pelanggan di seluruh negara.


“Pelancaran Hyundai Motor Malaysia mencerminkan lebih daripada sekadar perubahan struktur. Pelancaran ini mewakili komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan, kualiti dan penjagaan bertaraf dunia secara langsung kepada pelanggan kami di Malaysia," kata Young Lee, Naib Presiden Eksekutif Bahagian Operasi Global Hyundai Motor Company. "Sebagai sebuah jenama global, kami memberikan tumpuan kepada membina pengalaman pemilikan kenderaan yang bermakna dengan mencerminkan nilai teras Hyundai iaitu inovasi, kepercayaan dan pemikiran yang mengutamakan pelanggan. Kami berharap kami dapat menyokong pelanggan kami di sini dengan tahap responsif yang lebih tinggi, standard perkhidmatan terbaik dan produk yang memenuhi keperluan mereka dengan wajar.”


Hyundai Motor Malaysia
Hyundai Motor Malaysia

H.E. Yeo Seung-bae, Duta Besar Republik Korea ke Malaysia, memuji dedikasi Hyundai terhadap inovasi dan nilai yang berpusatkan pelanggan yang turut mewakili ciri kecemerlangan industri Korea. Beliau menyatakan bahawa pelancaran berterusan penyelesaian mobiliti lanjutan jenama dan komitmen terhadap perkhidmatan berkualiti mencerminkan wawasan kemajuan lebih luas yang mengutamakan orang ramai. Seiring dengan inisiatif Hyundai yang membawa produk dan pengalaman penjagaan pelanggan generasi akan datang kepada pemandu Malaysia, beliau menyatakan keyakinan bahawa usaha sedemikian akan memperdalam hubungan dua hala, memupuk kerjasama yang lebih besar dan memberikan nilai bermakna kepada komuniti antara kedua-dua negara.

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page