top of page

Hyundai Motor Malaysia Perkenalkan “Wehicle” Keluarga Baharu Hyundai STARGAZER di KLIMS 2026

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 3 jam lalu
  • 3 min membaca
Hyundai STARGAZER
(Kiri-Kanan) Encik Eric Lee dan Cik Jahabarnisa Haja Mohideen secara rasminya memperkenalkan keluarga Hyundai STARGAZER baharu "WEhicle" di KLIMS 2026, dengan tempahan kini secara rasminya dibuka kepada orang ramai.

Hyundai Motor Malaysia (HMY) telah menyuntik keterujaan baharu di pameran Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2026 yang sedang berlangsung dengan pratonton eksklusif pertengahan acara bagi Hyundai STARGAZER baharu yang dinanti-nantikan.


Sebagai pratonton awam untuk tempoh terhad, pameran istimewa ini memberi pengunjung peluang melihat sendiri barisan mobiliti Hyundai yang semakin berkembang serta hala tuju produk masa depan yang lebih progresif untuk pasaran Malaysia.


Sebahagian daripada naratif pertumbuhan lebih luas HMY selepas penubuhannya sebagai anak syarikat terus, pengenalan Hyundai STARGAZER baharu ini mengukuhkan komitmen jenama untuk menawarkan kenderaan yang versatil, inovatif dan berteraskan gaya hidup yang dekat dengan keperluan pengguna tempatan.


Pratonton di KLIMS 2026 ini menyerlahkan keupayaan Hyundai dalam mempelbagaikan portfolio tempatan, daripada kenderaan elektrik berprestasi tinggi kepada kenderaan keluarga serba guna – memastikan setiap peringkat kehidupan rakyat Malaysia mempunyai pilihan kenderaan Hyundai yang premium dan inovatif.


Hyundai STARGAZER
Cik Jahabarnisa Haja Mohideen, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, memperkenalkan konsep 'WEhicle' baharu Hyundai dan berkongsi visi jenama yang berpusatkan keluarga semasa pratonton rasmi Hyundai STARGAZER baharu di KLIMS 2026

“The new Hyundai STARGAZER is what we call a ‘Wehicle’,” kata Puan Jahabarnisa Haja Mohideen, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia. “Ia bukan sekadar tentang kereta, tetapi tentang orang di dalam dan di sekelilingnya. Kami percaya bahawa ‘WE’ dalam ‘WEhicle’ adalah bahagian yang paling penting dan kerana ‘WE’ itu penting, Hyundai telah mereka kenderaan ini sebagai rakan jalan raya yang pintar dan melindungi untuk keluarga moden di Malaysia. Hyundai STARGAZER baharu ini menawarkan kelebihan dari segi keselamatan, teknologi dan kemudahan untuk setiap ahli keluarga.”


Barisan Model yang Semakin Berkembang

Hyundai STARGAZER baharu dan akan datang ini dijangka akan terus memperkukuhkan landskap mobiliti keluarga di Malaysia. Direka dengan penekanan kepada penggunaan ruang yang selesa, estetika futuristik, kemudahan penggunaan harian serta teknologi pintar, ia dibangunkan sebagai teman gaya hidup ideal untuk perjalanan jauh, ulang-alik harian dan aktiviti keluarga.


Dibina untuk Keluarga Malaysia

Hyundai STARGAZER baharu ini menampilkan rekaan yang berbeza daripada gaya konvensional dengan siluet aerodinamik yang kemas serta bar lampu LED ‘H’ penuh di bahagian belakang sebagai identiti Hyundai. Menyasarkan keluarga muda yang inginkan gaya lebih berani, HMY turut memperkenalkan varian STARGAZER X di KLIMS, iaitu varian berinspirasikan SUV yang dilengkapi bampar sporty, spoiler belakang, overfender serta logo hitam.


Di bahagian dalam, kabin tiga baris tempat duduk ini dioptimumkan sebagai ruang selesa untuk kehidupan keluarga moden dan bukan sekadar kenderaan pengangkutan penumpang. Bahagian dalaman menawarkan kemudahan premium melalui teknologi mesra gaya hidup, termasuk paparan digital sehingga 10.25 inci, pad pengecas tanpa wayar, serta tambahan praktikal seperti meja lipat di belakang tempat duduk.


Hyundai STARGAZER
Hyundai Motor Malaysia menandakan perkembangannya ke segmen keluarga yang praktikal dan berorientasikan gaya hidup dengan pratonton eksklusif Hyundai STARGAZER baharu di KLIMS 2026.

Dikuasakan oleh enjin 1.5 liter Smartstream yang cekap serta transmisi Intelligent Variable Transmission (IVT) yang lancar, kenderaan ini mengutamakan keselamatan keluarga melalui sistem Hyundai SmartSense ADAS yang menawarkan ciri bantuan pemanduan seperti Smart Cruise Control dengan Stop & Go. Hyundai STARGAZER baharu turut hadir dengan jaminan 8 tahun / 160,000 km yang mengubah standard segmen.


Pratonton Eksklusif di MITEC

Pratonton Hyundai STARGAZER ini menjadi antara tarikan utama KLIMS 2026 yang berlangsung dari 11 hingga 21 Jun 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC). Hyundai STARGAZER kini dibuka untuk tempahan dengan tiga varian serta anggaran harga seperti berikut:


  • 7 tempat duduk Style: RM99,XXX

  • 7 tempat duduk Prime: RM109,XXX

  • 6 tempat duduk X: RM121,XXX


Hyundai STARGAZER
Encik Sean Yeo, Ketua Produk di Hyundai Motor Malaysia, membentangkan ciri-ciri inovatif dan falsafah reka bentuk berpusatkan keluarga di sebalik Hyundai STARGAZER baharu dan mendedahkan anggaran harganya di KLIMS 2026

Pengunjung juga boleh melakukan pandu uji sendiri “WEhicle” terbaru Hyundai bermula 16 Jun 2026 serta membuat tempahan terus di acara tersebut.


Pameran istimewa ini memberikan sebab baharu kepada pembeli kereta dan keluarga untuk melawat ekspo serta merasai sendiri Hyundai STARGAZER baharu dari dekat sebelum pelancaran rasmi di bilik pameran tidak lama lagi.






Komen


ADVERTISEMENT

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page