Hyundai STARGAZER 2026 Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM99,800
Updated: 2 Okt

Hyundai Motor Malaysia (HMY) hari ini rasmi melancarkan STARGAZER baharu di Malaysia, sebuah MPV yang direka berdasarkan keperluan keluarga moden, daripada rutin harian sehingga perjalanan yang mengeratkan hubungan bersama keluarga.
Diperkenalkan sebagai ‘The WEhicle’, STARGAZER menggabungkan reka bentuk tersendiri Hyundai dengan teknologi pintar, ruang fleksibel, ciri keselamatan menyeluruh serta pelbagai kemudahan praktikal. Direka untuk memenuhi pelbagai keperluan keluarga, MPV ini menawarkan gabungan praktikaliti, keselesaan, gaya dan teknologi.

“STARGAZER baharu bukan sekadar sebuah lagi MPV yang memasuki pasaran. Kami memperkenalkannya sebagai ‘The WEhicle’, iaitu kenderaan yang dibangunkan berdasarkan keperluan utama keluarga moden seperti ruang pintar, keselesaan premium yang mudah diakses dan tahap keselamatan yang menyeluruh. STARGAZER direka untuk memastikan penumpang kekal selesa dan berhubung, selain memudahkan pemanduan harian,” kata Ms. Jahabarnisa Haja Mohideen, Managing Director Hyundai Motor Malaysia.

The WEhicle: Direka Untuk Kehidupan Bersama
Sebuah kereta keluarga bukan hanya mengenai jumlah penumpang yang boleh dibawa. Ia digunakan untuk menghantar anak ke sekolah, mengambil ahli keluarga selepas seharian bekerja, membawa ibu bapa ke destinasi mereka atau menyediakan ruang tambahan apabila ada ahli keluarga lain yang turut serta. Keperluan harian inilah yang menjadi inspirasi kepada konsep ‘The WEhicle’, sebuah kenderaan yang direka berdasarkan realiti kehidupan keluarga.

Selain memberi tumpuan kepada ruang, kabin STARGAZER turut direka mengikut cara keluarga
menggunakannya, dengan susunan tempat duduk fleksibel, ruang penyimpanan praktikal serta ciri kemudahan yang boleh disesuaikan sepanjang perjalanan.

Antara ciri yang ditawarkan termasuk cargo floor box dengan penutup, seat-back table dan beberapa port USB untuk memudahkan penyimpanan serta pengecasan peranti. Susunan tempat duduk pula membolehkan lebih ramai penumpang dibawa tanpa mengorbankan keselesaan. Bagi STARGAZER X, floating centre console dengan detachable tray menambah lagi fleksibiliti dalam kabin.

Keselamatan Canggih dan Keselesaan Pintar Untuk Setiap Perjalanan
STARGAZER baharu turut dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan dan ciri keselesaan yang direka untuk menjadikan setiap perjalanan lebih mudah dan meyakinkan.

Antara ciri utama ialah Hyundai SmartSense, iaitu rangkaian teknologi bantuan pemanduan termaju Hyundai. Bergantung kepada varian, STARGAZER menawarkan ciri ADAS 2.0 seperti Forward Collision-Avoidance Assist, Smart Cruise Control with Stop & Go, Blind-Spot Collision-Avoidance Assist dan Lane Following Assist untuk membantu pemanduan dalam kesesakan bandar serta perjalanan di lebuh raya.
STARGAZER Prime turut dilengkapi enam beg udara bagi memberikan perlindungan tambahan kepada penumpang.

Dari aspek keselesaan, STARGAZER dilengkapi saluran pendingin hawa belakang yang dipasang pada bahagian bumbung. Varian terpilih turut menampilkan dua skrin 10.25 inci, pengecasan tanpa wayar serta Electronic Parking Brake dengan Auto Hold.
Rekaan Baharu Untuk MPV Moden
STARGAZER tampil dengan reka bentuk yang lebih futuristik dan tersendiri, berbeza daripada reka bentuk MPV konvensional serta menyasarkan generasi baharu pembeli kenderaan keluarga.

STARGAZER X pula hadir dengan elemen berinspirasikan SUV termasuk bampar hadapan dan belakang sporty, spoiler belakang sporty, logo Hyundai berwarna hitam, rim aloi hitam berkilat serta konfigurasi enam tempat duduk jenis captain seat untuk memberikan lebih ruang dan keselesaan premium kepada keluarga.

Tiga Varian STARGAZER Untuk Keperluan Keluarga Berbeza
Bagi pasaran Malaysia, STARGAZER ditawarkan dalam tiga varian yang merangkumi keperluan berbeza, daripada ciri asas untuk kegunaan harian sehingga pengalaman yang lebih premium dan berhubung:

• STARGAZER Style: Ditawarkan pada harga RM99,800, varian ini hadir dengan konfigurasi tujuh tempat duduk 2+3+2, lampu utama LED dengan H-signature daytime running lights, sistem multimedia 8 inci bersama 4.2-inch TFT LCD Meter Colour Cluster serta rim aloi 16 inci.
• STARGAZER Prime: Berharga RM109,800, varian ini dilengkapi dua skrin 10.25 inci, teknologi bantuan pemanduan Hyundai SmartSense ADAS 2.0 serta enam beg udara.
• STARGAZER X: Ditawarkan pada harga RM121,800, varian ini membawa reka bentuk berinspirasikan SUV, konfigurasi 2+2+2 dengan captain seats, tempat duduk full leatherette serta sistem kawalan transmisi Shift-By-Wire.
Lebih Banyak Nilai Hari Ini, Lebih Keyakinan Untuk Masa Hadapan
HMY turut menawarkan Early Bird Value Package bernilai RM4,600* sempena tempoh pelancaran. Pakej ini termasuk yuran tempahan RM88, lapan kali atau empat tahun servis selepas jualan percuma serta RM1,000 All-Star Reward. Pemilik Hyundai sedia ada turut layak menerima tambahan rebat RM1,000 apabila membeli STARGAZER baharu.

Pemilik STARGAZER baharu juga akan menerima program jaminan 8 tahun / 160,000km myHyundaiCare*.
Selain itu, Hyundai memperkenalkan STARGAZER Resale Value Protection (RVP) Programme*, yang menawarkan nilai jualan semula yang telah ditetapkan apabila pelanggan menaik taraf kepada kenderaan Hyundai baharu.

Pelanggan boleh memilih untuk menaik taraf kenderaan mengikut tempoh berikut:
• 70% pada tahun ketiga dengan perbatuan sehingga 60,000km• 60% pada tahun keempat dengan perbatuan sehingga 80,000km• 50% pada tahun kelima dengan perbatuan sehingga 100,000km




















Komen