top of page

iCAUR Malaysia Rasmikan Pembukaan Pusat Pengedar Utama Di Damansara

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 13 Okt
  • 2 min membaca

iCAUR Malaysia Rasmikan Pembukaan Pusat Pengedar Utama Di Damansara

iCAUR Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan rasmi iCAUR Damansara, pusat pengedar terulung di Malaysia. Dimiliki dan dikendalikan oleh Carramax Luxe Sdn. Bhd., iCAUR Damansara menandakan komitmen jenama ini dalam menyediakan pengalaman pemilikan kenderaan elektrik (EV) yang mengujakan dan berteraskan pelanggan.


iCAUR Malaysia Rasmikan Pembukaan Pusat Pengedar Utama Di Damansara

Ketika perasmian pusat pengedaran ini, Naib Presiden Eksekutif Korporat Chery, Men Lin Bo, berkata, “Berdiri megah di tengah-tengah Kuala Lumpur, iCAUR Damansara merupakan satu pencapaian penting dalam rangkaian iCAUR Malaysia yang kini merangkumi tujuh belas lokasi di seluruh negara, dengan lebih banyak pusat pengedaran bakal dibuka dalam suku-keempat (Q4) 2025.”


iCAUR Malaysia Rasmikan Pembukaan Pusat Pengedar Utama Di Damansara
iCAUR Malaysia Rasmikan Pembukaan Pusat Pengedar Utama Di Damansara

Pengarah Carramax Luxe Sdn. Bhd, Ricky Chia, menambah, “Sebagai cawangan utama, iCAUR Damansara menjadi penanda aras baharu bagi rangkaian perkhidmatan iCAUR Malaysia. Dari ruang pelanggan yang interaktif, bengkel pembaikan dan cat lengkap, hingga kepakaran teknikal terbaik, kami komited untuk memberikan perkhidmatan unggul kepada pelanggan di Malaysia.”



Meliputi keluasan kira-kira 40,000 kaki persegi, iCAUR Damansara menggabungkan kelebihan lokasi yang strategik dengan akses mudah ke Lembah Klang, pengalaman pelanggan yang luar biasa, kemudahan, serta penjagaan menyeluruh untuk semua pemilik kenderaan iCAUR.


iCAUR Malaysia Rasmikan Pembukaan Pusat Pengedar Utama Di Damansara
iCAUR Malaysia Rasmikan Pembukaan Pusat Pengedar Utama Di Damansara

Kemudahan utama ini menampilkan ruang pameran luas yang mampu mempamerkan sehingga lapan buah kenderaan dalam satu masa, ruang penyerahan khas, serta lima petak pengecas EV eksklusif untuk pelanggan. 



Ruang rehat pelanggan turut menyediakan suasana santai dan menyeronokkan dengan dua konsol Nintendo, Wi-Fi percuma, minuman dan makanan ringan serta bagi menjadikan setiap lawatan lebih selesa dan menyeronokkan.


iCAUR Malaysia Rasmikan Pembukaan Pusat Pengedar Utama Di Damansara

Pusat perkhidmatan selepas jualan iCAUR Damansara dilengkapi dengan lapan petak servis, serta bahagian Pembaikan Badan dan Cat (B&P) lengkap dengan peralatan pembaikan badan aluminium dan set peralatan menyeluruh. Kemudahan ini juga menawarkan perkhidmatan pemasangan aksesori, balutan kenderaan (wrapping) dan Filem Perlindungan Cat (PPF) dan memastikan penjagaan menyeluruh untuk setiap pelanggan.



Dengan pasukan berdedikasi yang terdiri daripada 12 perunding jualan, 11 juruteknik servis dan 10 pakar Badan dan Cat, pusat ini mampu menyelenggara sehingga 520 kederaan sebulan, menggambarkan komitmen berterusan iCAUR Malaysia terhadap kualiti, kecekapan dan kepuasan pelanggan.


iCAUR Malaysia kini berada di landasan untuk mencapai sembilan pusat pengedar lengkap dan 18 pusat jualan menjelang akhir tahun 2025 dan memastikan pelanggan di seluruh negara menikmati rangkaian sokongan kukuh dan keyakinan dalam perjalanan pemilikan EV.



iCAUR Damansara terletak secara strategik di Lot 2814, Jalan Damansara, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur. Bilik pameran beroperasi dari 9.00 AM hingga 6.00 PM (Isnin-Sabtu) dan 10.00 AM hingga 5.00 PM (Ahad dan Cuti Umum). Manakal pusat servis beroperasi dari 8.15 AM hingga 5.15 PM (Isnin-Sabtu) dan tutup pada Ahad serta Cuti Umum. 


Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page