top of page

iCAUR V23 (RHD) Diperkenalkan Di Malaysia – Gabungan Tenaga Bandar Dan Keupayaan EV Dinamik

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 29 Okt 2025
  • 3 min membaca

Updated: 30 Okt 2025


iCAUR V23
iCAUR V23 membuat pratonton rasmi Right-Hand Drive (RHD) menjelang pelancaran jualan Q4 2025

iCAUR Malaysia hari ini buat julung kalinya memperkenalkan iCAUR V23, SUV pacuan elektrik sepenuhnya yang terbaharu, sekali gus memperkukuh kedudukan iCAUR dalam landskap automotif Malaysia.


Pengarah Pemasaran iCAUR Malaysia, Daniel Lai, menjelaskan: “Model iCAUR 03 telah meletakkan asas yang kukuh di Malaysia dengan menzahirkan janji kami ‘Born to Play’ yang menampilkan prestasi pacuan elektrik sepenuhnya yang cemerlang, kejuruteraan casis yang canggih serta teknologi sambungan pintar. Meneruskan momentum tersebut, iCAUR V23 hadir dengan gabungan reka bentuk retro moden, keupayaan lasak dan teknologi pintar yang pasti menarik minat pengguna di Malaysia.”


iCAUR V23

Beliau menambah: “V23 direka khusus untuk individu berjiwa muda, bergaya, dan peka terhadap trend kehidupan moden — mereka yang melihat kenderaan bukan sekadar alat pengangkutan, tetapi sebagai pelengkap gaya hidup dinamik serta penuh dengan semangat pengembaraan.”


iCAUR V23

Meneruskan kejayaan pelancaraan model iCAUR 03, SUV C-Segment terbaharu iCAUR V23 menampilkan gabungan prestasi moden, ciri keselamatan menyeluruh serta kepelbagaian fungsi, dengan rekaan unik yang memberi penghormatan kepada SUV off-road ikonik era terdahulu.


iCAUR V23

Pertama kali diperkenalkan kepada rakyat Malaysia di Malaysia Autoshow 2025, iCAUR V23 kini tampil secara rasmi dalam konfigurasi “Right-Hand Drive” di Starhill, Kuala Lumpur, menjelang pelancaran jualan rasminya. 


iCAUR V23

Kompak namun berkuasa, V23 hadir dengan dimensi 4,220 mm panjang, 1,915 mm lebar dan 1,845 mm tinggi, serta jarak roda sepanjang 2,735 mm. Dimensi ini memberikan profil yang kukuh dan seimbang sesuai untuk pemanduan di bandar mahupun luar jalan raya sambil mengekalkan kestabilan dan keyakinan di pelbagai jenis permukaan.


iCAUR V23

iCAUR V23 ditawarkan dalam dua konfigurasi – pacuan dua roda (2WD) dan pacuan empat roda (iWD).


iCAUR V23

Varian 2WD dilengkapi motor tunggal pada gandar belakang yang menghasilkan kuasa 136 PS dan tork 180 Nm, digerakkan oleh bateri 59.9 kWh Lithium Iron Phosphate (LFP). Sementara itu, varian iWD menggunakan sistem dwi-motor dengan pacuan semua roda pintar, yang menjana kuasa gabungan 211 PS dan tork 292 Nm, disokong oleh bateri ternary lithium (NMC) berkapasiti 81.8 kWh.


iCAUR V23

iCAUR V23 2WD menawarkan jarak pemanduan maksimum sehingga 401 km (CLTC), manakala varian iWD mencapai sehingga 501 km (CLTC) – memastikan ketenangan minda untuk pemanduan harian mahupun pengembaraan jarak jauh.


iCAUR V23

Dari segi prestasi, varian 2WD memecut dari 0-100 km/j dalam 11 saat, manakala iWD hanya memerlukan 7.5 saat. Kedua-duanya mempunyai had kelajuan maksimum elektronik 140 km/j.


Bagi pengecasan, varian 2WD menyokong pengecasan pantas DC sehingga 85 kW, manakala iWD sehingga 104 kW, dengan pengecasan AC 6.6 kW bagi kedua-dua varian. 


iCAUR V23

Menariknya, iCAUR V23 turut dilengkapi fungsi “3.3 kW Vehicle-to-Load (V2L)”, membolehkan kenderaan ini membekalkan kuasa elektrik kepada peralatan luaran — ciri utama untuk aktiviti luar dan pengembaraan.


Dari segi kejuruteraan, Casis V23 direka untuk ketahanan sebenar dengan sistem suspensi MacPherson strut di bahagian hadapan dan multi-link di bahagian belakang, menawarkan keseimbangan antara keselesaan dan kawalan pemanduan. 



Dari segi penampilan, iCAUR V23 menampilkan gabungan gaya minimalisme moden dengan pesona klasik SUV lasak. Bentuk petak yang tegas dipadankan dengan rim 19 inci (tayar 255/55 R19) bagi varian 2WD dan rim 21 inci (tayar 265/45 R21) bagi varian AWD.


Ruang dalaman menggabungkan teknologi canggih dengan elemen rekaan retro seperti kamera casis lutsinar 540-darjah definisi tinggi “Transparent HD Chassis Camera”, butang kawalan putar “rotary knobs” pada konsol Tengah, dan reka bentuk bumbung tinggi untuk ruang kepala dan pendangan lebih luas.


iCAUR V23

Keselamatan turut menjadi keutamaan melalui Sistem Bantuan Pemandu Tahap 2 (Level 2 Advanced Driver Assistance System – ADAS), yang meliputi kawalan jelajah adaptif (adaptive cruise control), amaran keluar lorong (lane departure warning), dan brek kecemasan automatik (automous emergency braking).


iCAUR V23

iCAUR V23 dijangka dilancarkan pada suku keempat (S4) 2025, dengan harga anggaran antara RM145,000 (2WD) hingga RM155,000 (iWD). Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan awal, bermula hari ini,  sebelum pelancaran rasmi.



Selaras dengan pelancaran model baharu ini, iCAUR Malaysia turut mengumumkan rancangan untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatannya kepada 18 pusat jualan dan 9 pusat servis penuh di seluruh negara dalam 2025, termasuk cawangan di Sabah dan Sarawak.


iCAUR V23

Orang ramai berpeluang menyaksikan sendiri kehebatan iCAUR V23 di Starhill Piazza, Kuala Lumpur, dari 30 Oktober hingga 2 November 2025, antara jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.



Antara aktiviti menarik turut menanti pengunjung termasuk demonstrasi papan selaju, persembahan tarian dinamik, serta peraduan media sosial iCAUR V23 iFUN, di mana pengunjung berpeluang memenangi barangan eksklusif iCAUR serta hadiah menarik lain.



Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page