top of page

Identiti GTI, Signatur Hitam: Volkswagen Malaysia lancar Golf GTI Black Edition

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 1 day ago
  • 2 min read
Volkswagen Golf GTI Black Edition

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan Golf GTI Black Edition. Ini merupakan versi eksklusif yang berani bagi sebuah model ikonik yang menggabungkan aspek adrenalin dan gaya dalam satu pakej menarik.



Harga runcit yang disyorkan (RRP) termasuk Volkswagen Assurance Package (VAP) bagi Golf GTI Black Edition ialah RM258,990. Sebagai tawaran pengenalan, model GTI Black Edition turut hadir dengan penjimatan istimewa seperti berikut:

Model

RRP + VAP

Penjimatan

Harga selepas

penjimatan

Golf GTI Black Edition

RM258,990

RM15,000

RM243,990

Lahir daripada warisan model lagenda GTI, Black Edition dicipta khas untuk peminat sejati yang mendambakan keseronokan memandu serta gaya tarikan yang ringkas. Dengan rekaan yang diinspirasikan daripada konsep ‘stealth’, estetika gelap dan aspek dinamik yang telah dipertingkatkan, Golf GTI Black Edition bukan sekadar sebuah kereta, tetapi satu pernyataan.


Volkswagen Golf GTI Black Edition

GTI Black Edition ditawarkan dalam dua pilihan warna luaran yang menarik — Deep Black (hitam) atau Kings Red (merah). Dipasang di Malaysia, model ini menampilkan perincian serta aksesori tulen yang membezakannya daripada model-model GTI yang lain.


Kemasan luaran berwarna hitam termasuklah:

  • Penutup Hab Dinamik GTI dengan logo dalam kedudukan yang sentiasa menegak – satu pernyataan jelas.

  • Penutup injap GTI.

  • Rim aloi 18” Richmond berwarna hitam.

  • Logo ‘BLACK’ pada tiang-B, bersama kemasan hitam pada lip hadapan, diffuser belakang, skirting sisi dan cermin sisi.

  • Volkswagen Tint (mematuhi piawaian JPJ) untuk keselesaan optimum dan perlindungan daripada haba ketika memandu di jalan raya Malaysia.


Ruang dalaman GTI Black Edition didefinisikan oleh beberapa penambahbaikan istimewa seperti:

  • Perakam Trafik Volkswagen Universal 2.0 (UTR2.0) pada bahagian hadapan dan belakang. Ia menetapkan penanda aras baharu dalam rakaman video dalam kereta dengan penderia imej pada waktu malam Sony "Starvis" binaan dalam yang berkuasa. Ia mampu merakam video 2x QHD yang sangat jelas walaupun pada kelajuan tinggi dan dalam keadaan cahaya malap, bersama ketepatan warna yang semula jadi. Perakam UTR2.0 turut menawarkan teknologi pemampatan video canggih yang mengekalkan kualiti video sambil menggunakan ruang storan minimum, selain disokong oleh ketersambungan WiFi dwi-jalur 5 GHz untuk muat turun yang lebih pantas.

  • Elemen kargo dengan pelekat velcro direka untuk memastikan barangan pelbagai bentuk dan saiz kekal stabil tetap di atas lantai ruang kargo.



Aksesori-aksesori eksklusif lain termasulah karpet lantai Black Edition, serta aksesori seperti kotak pemilik Black Edition eksklusif yang mengandungi pemegang kunci Volkswagen dan Sijil Ketulenan bagi mengesahkan

keistimewaannya.


Golf GTI Black Edition turut didatangkan dengan penyelenggaraan percuma selama 7 tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun – sebagai sebahagian daripada Volkswagen Assurance Package (VAP). Ia akan membuat penampilan pertama secara terbuka di Malaysia Autoshow 2025 akan datang yang berlangsung di MAEPS Serdang dari 9 Mei hingga 15 Mei 2025.


Tempahan boleh dibuat di mana-mana pengedar sah Volkswagen.

Comentarios


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

bottom of page