IONIQ 5 N & IONIQ 6 N Kini Dibuka untuk Tempahan, Hyundai Motor Malaysia Terajui Penang Autoshow 2026
- Anna Chong

- 3 hari lalu
- 4 min membaca

Hyundai Motor Malaysia (HMY) melangkah lebih jauh di Penang Autoshow 2026 dengan pengumuman bahawa model pemenang anugerah IONIQ 5 N dan IONIQ 6 N kini rasmi dibuka untuk tempahan. Menandakan kemasukan pertama jenama ini ke dalam segmen mobiliti elektrik berprestasi tinggi di Malaysia, pelancaran ini mencerminkan perubahan dalam kehadiran Hyundai dalam landskap automotif tempatan. Walaupun kedua-dua model tersedia untuk tempahan, pengunjung acara berpeluang menyaksikan pameran khas IONIQ 5 N, membolehkan peminat melihat dengan lebih dekat model yang dinobatkan sebagai World Performance Car 2024.
“Hari ini merupakan detik istimewa bagi kami kerana ini adalah kali pertama Hyundai Motor Malaysia menyertai acara autoshow di Malaysia sejak kemasukan rasmi jenama ini ke pasaran tempatan. Sempena penampilan sulung ini, kami memperkenalkan era baharu mobiliti elektrik berprestasi tinggi melalui Hyundai N menerusi model IONIQ 5 N dan 6 N. Setiap model yang kami bawa ke pasaran direka untuk memenuhi gaya hidup dan keperluan berbeza, sambil mencerminkan komitmen kami terhadap pelanggan di Malaysia – Sentiasa di sisi anda,” kata Jahabarnisa Haja Mohideen, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia.

Era Baharu Prestasi Elektrik: Hyundai N Kini Dibuka untuk Tempahan
Kini rasmi dibuka untuk tempahan, barisan Hyundai N yang merangkumi IONIQ 5 N dan IONIQ 6 N mewakili kemuncak kejuruteraan prestasi Hyundai, berakar daripada warisan sukan permotoran jenama ini dan diuji di litar legenda Nürburgring.
Selain itu, orang ramai boleh melihat IONIQ 5 N dari bahagian luaran, manakala peminat automotif berpeluang menikmati pengalaman pratonton lebih dekat model EV berprestasi tinggi ini di Penang Autoshow 2026 yang berlangsung dari 1 hingga 3 Mei 2026.

IONIQ 5 N: Litar-Diuji, Sedia di Jalan Raya
IONIQ 5 N merupakan satu kenyataan berani dalam dunia prestasi elektrik – sebuah kenderaan yang mencabar persepsi bahawa EV tidak mampu memberikan pengalaman pemanduan yang benar-benar mengujakan. Dinobatkan sebagai World Performance Car 2024, setiap elemen IONIQ 5 N direka khusus untuk prestasi, daripada casis yang ditala untuk litar hingga ke perkakasan khas N yang menghasilkan 650PS, bersama rangkaian teknologi berfokuskan pemandu bagi memastikan kawalan penuh di tangan pemandu.
Hasilnya, ia mampu memecut dari 0–100 km/j dalam hanya 3.4 saat dengan kelajuan maksimum 260 km/j, sambil mengekalkan jarak WLTP praktikal sejauh 448 km.
IONIQ 6 N: Prestasi yang Lebih Halus
IONIQ 6 N membawa falsafah prestasi IONIQ 5 N ke tahap lebih tinggi. Dibina berasaskan platform sedan aerodinamik IONIQ 6 dan dinobatkan sebagai World Performance Car 2026, model ini memperluas sempadan keupayaan kereta prestasi elektrik dengan gabungan karakter dinamik yang lebih halus serta kuasa agresif 650PS.
Ia mampu memecut 0–100 km/j dalam hanya 3.2 saat dengan kelajuan maksimum 257 km/j, disokong oleh jarak WLTP sejauh 487 km. Untuk memastikan ketepatan pemanduan optimum, ia turut dilengkapi perkakasan eksklusif seperti Swan Neck Spoiler dan pemasangan kamera aksi dalaman bersepadu.
Hyundai IONIQ 5 N dan IONIQ 6 N kini dibuka untuk tempahan, dengan anggaran harga bermula dari RM450,000 dan RM460,000 masing-masing. Setiap tempahan turut didatangkan dengan barangan eksklusif daripada koleksi rasmi Hyundai N bernilai RM2,000.

Kenderaan ini akan dihasilkan secara built-to-order, memastikan ketepatan serta eksklusiviti untuk setiap pembeli. Pelanggan digalakkan membuat tempahan awal bagi menjadi antara yang terawal merasai pengalaman memandu EV berprestasi tinggi ini di Malaysia.
Tempahan boleh dibuat melalui pengedar sah Hyundai N iaitu Sime Darby Auto Hyundai Sdn Bhd (Zon Tengah), Goh Brothers Motor Sdn Bhd (Zon Utara) dan Heng Lian Enterprise Bhd (Malaysia Timur). Lokasi pengedar tambahan akan diumumkan tidak lama lagi.

Memacu Pertumbuhan di Utara: Rakan Strategik Baharu
Mengukuhkan komitmen terhadap pertumbuhan, Hyundai Motor Malaysia mengalu-alukan rakan pengedar sah baharu di wilayah utara, Goh Brothers Motor Sdn Bhd. Pelantikan ini menandakan langkah penting dalam mendekatkan jenama kepada pelanggan di rantau tersebut, sambil menawarkan pengalaman yang lebih mudah diakses dan berkualiti tinggi seiring dengan pengembangan rangkaian di seluruh negara.
Experience Hyundai at Penang Autoshow 2026 (1–3 May 2026)
Hyundai menjemput semua peminat automotif untuk hadir ke Penang Waterfront Convention Centre (PWCC) dari 1 hingga 3 Mei 2026 bagi melihat dengan lebih dekat barisan kenderaan penuh mereka, termasuk SANTA FE, TUCSON, STARIA serta IONIQ 5 N.
Di reruai Hyundai, pengunjung juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai myHyundaiCare, program selepas jualan jenama ini, serta teknologi hibrid termaju yang menawarkan pengalaman pemilikan lebih lancar, efisien dan berprestasi tinggi.

Selain itu, Hyundai Motor Malaysia turut menawarkan aktiviti dan ganjaran eksklusif sepanjang acara, termasuk kempen test drive yang memberi peluang memenangi bola replika FIFA rasmi dan jersi Hyundai, bersama penjimatan nilai tambahan.
Kempen FIFA World Cup Global Test Drive Campaign turut dilanjutkan sehingga 3 Mei 2026, memberi peluang terakhir kepada pelanggan untuk test drive mana-mana model Hyundai dan berpeluang memenangi perjalanan menonton perlawanan Norway vs France FIFA World Cup 2026 secara langsung.




















Komen