top of page

JAECOO J5 Dilancarkan Di Malaysia: Piawaian Premium Baharu Bagi Pengembara Kota

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 5 Mac
  • 5 min membaca

JAECOO J5
Model serba baharu JAECOO J5, yang menggabungkan gaya dan keupayaan, kini rasmi memasuki pasaran Malaysia dan bersedia untuk berada di jalan raya. (Dari kiri) Pengurus Produk, OMODA | JAECOO Malaysia, Kamal Afiq; Pengarah Negara, OMODA | JAECOO Malaysia, Wendy Guo; Naib Presiden, Chery Corporate Malaysia, Encik Cheng Nam Weng; Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Tuan Sim Tze Tzin; Naib Presiden Eksekutif, Chery Corporate Malaysia, Encik Men Lin Bo; Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Encik Chris Tan.

OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan JAECOO J5 secara rasmi pada hari ini. Kenderaan kompak premium segmen B silang yang digelar ‘Urban Explorer’ atau Pengembara Kota ini bakal memperkenalkan falsafah kemewahan termampu kepada generasi pembeli yang baharu. 


JAECOO J5

“Dengan ciri-ciri mewah peneraju kelas, teknologi bantuan pemandu lanjutan, keselesaan premium dan pengalaman memandu yang canggih, JAECOO J5 sememangnya direka untuk Pengembara Kota dalam kalangan kita,” kata Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Chris Tan.



“Dengan barisan model untuk mencapai segmen pemandu yang baharu—iaitu individu dan keluarga yang inginkan kemudahan serba guna, keselesaan dan keanggunan—JAECOO J5 memberikan kebebasan untuk menikmati kehidupan bandar setiap hari dan keseronokan mengembara di hujung minggu, tanpa perlu meninggalkan dunia anda,” tambahnya.


PRESTASI CEKAP UNTUK PEMANDUAN HARIAN

JAECOO J5 dipacu oleh enjin empat silinder 1.5-liter cas turbo menghasilkan kuasa 108 kW (147 PS) dan tork 210 Nm, yang dibina untuk prestasi lancar, cekap dan responsif. 


JAECOO J5

Enjin JAECOO J5 menggabungkan pendingin antara dengan pengambilan bersepadu generasi terkini dan juga teknologi kepala silinder manifold ekzos bersepadu, (IEM), meningkatkan kecekapan haba dan kemudahan pemanduan keseluruhan. 


Enjin ini digandingkan dengan Transmisi Boleh Ubah Berterusan (CVT) pertukaran gear lancar, yang memindahkan kuasa kepada roda depan, membolehkan J5 untuk menjana kuasa dan memecut dengan lancar.


JAECOO J5

Penggunaan bahan api tergabung berada pada paras 6.4 liter/100 km pada Kitaran Pemanduan Malaysia (MDC), membolehkan JAECOO J5 menerima persijilan Kenderaan Cekap Guna Tenaga Malaysia (EEV), yang mengimbangi prestasi dengan kecekapan harian di atas jalan bandar dan lebuh raya terbuka. 


REKA BENTUK KOMPAK, BINAAN TEGUH, DARI PERINGKAT ASAS

Dengan ukuran panjang 4,380 mm, lebar 1,860 mm, dan tinggi 1,650 mm, serta jarak roda 2,620 mm, JAECOO J5 mencapai keseimbangan dari segi reka bentuk kompak dan kegagahan penampilan di atas jalan raya. 


JAECOO J5

Walaupun bersaiz kompak, JAECOO J5 dibina teguh dari peringkat asas. Menggunakan keluli tegangan tinggi lanjutan pada bahagian-bahagian penting, struktur badan direka untuk penyerapan impak mantap sekiranya berlaku kemalangan. Kekuatan ini disokong oleh penarafan ketegaran kilasan 23,500 Nm/deg yang mendahului kelas.


Dibina untuk mengutamakan kestabilan dan keselesaan memandu, JAECOO J5 menggunakan suspensi depan topang MacPherson yang digandingkan dengan sistem suspensi belakang berbilang pautan peneraju kelas yang dirangka untuk meningkatkan kestabilan lateral dan menyediakan ciri pemanduan canggih meliputi pelbagai keadaan pemanduan. 


JAECOO J5

Di bahagian sisi, JAECOO J5 menggunakan roda aloi aluminium dua warna 18 inci yang dilitupi tayar 235/55 R18, menghasilkan penampilan penuh yakin dan stabil sambil memperlihatkan reka bentuk kontemporari. 


JAECOO J5

RUANG DALAM TENANG, TEKNOLOGI DIBERI TUMPUAN DAN MESRA HAIWAN PELIHARAAN 

Di ruang dalam, JAECOO J5 membawakan suasana yang tenang tetapi menyerlah, dengan tumpuan terhadap keselesaan, keterhubungan dan keserbagunaan. 


JAECOO J5

Keseronokan bermula dari saat anda melangkah masuk ke dalam JAECOO J5. Pengadun bunyi tersedia dalam kereta dengan kawalan aplikasi mengubah ruang dalam kereta menjadi bilik karaoke peribadi. Manakala cermin depan saduran berganda pendahulu kelas JAECOO J5 berfungsi bersama ciri lain untuk mengurangkan bunyi luar dengan ketara, mewujudkan persekitaran dalam yang lebih senyap dan mengasyikkan. 


JAECOO J5

Lima tempat duduk dibalut kemasan kekulit dengan kun alur kerusi berwarna putih yang tersendiri, disokong oleh kerusi depan berudara untuk keselesaan tambahan dalam cuaca panas. Ciri-ciri praktikal turut diterapkan, dengan but 480-liter yang boleh diperluas kepada 1,284 liter apabila kerusi belakang lipat pisah 60/40 diratakan—sesuai untuk keperluan harian, kegunaan keluarga atau percutian hujung minggu. 


Bukan sahaja selesa untuk penumpang, JAECOO J5 direka untuk memastikan setiap pemanduan dinikmati seisi keluarga. Menawarkan upholsteri mesra haiwan peliharaan dengan persijilan TÜV, ruang dalam menyediakan fungsi antibakteria dan kalis cakar untuk persekitaran lebih selamat dan bersih — sesuai untuk cuti hujung minggu bersama haiwan kesayangan anda.


Bumbung bulan panorama berukuran 1.45 m^2, yang terbesar dalam kalangan kenderaan setarafnya menambah keterbukaan ruang, melimpahkan cahaya semula jadi yang menyerlahkan lagi kemewahan dalam J5.


JAECOO J5

Keterhubungan memang diutamakan dengan sistem skrin infohiburan pusat 2K 13.2 inci menggunakan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar yang memaparkan maklumat penting di bahagian tengah dan hadapan. Skrin ini disokong oleh kelompok instrumen LCD 8.0 inci dan sistem audio 8 speaker untuk pengalaman ruang pemandu yang mengasyikkan.


Penggunaan peranti dimudahkan lagi dengan pad pengecas tanpa wayar 50W yang terletak di konsol tengah dengan pengudaraan aktif, memastikan peralatan kekal sejuk apabila digunakan. 


JAECOO J5

CIRI KESELAMATAN LANJUTAN DEMI KETENANGAN FIKIRAN DI JALANAN 

JAECOO J5 dilengkapi dengan ciri keselamatan komprehensif Tahap 2+ ADAS, yang terdiri daripada sistem bantuan pemandu lanjutan yang direka untuk menjamin keselamatan dan ketenangan fikiran dalam pelbagai keadaan lalu lintas dan pemanduan. 


Berikut adalah 19 ciri ADAS standard pada JAECOO J5: 

  • Amaran Keluar Lorong (LDW)

  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)

  • Pencegahan Keluar Lorong (LDP)

  • Pengesanan Titik Buta (BSD)

  • Bantuan Tukar Lorong (LCA)

  • Kawalan Jelajah Adaptif Kelajuan Penuh (ACC)

  • Amaran Pergerakan Kenderaan Depan (DAI)

  • Bantuan Jelajah Bersepadu (ICA)

  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)

  • Amaran Lalu Lintas Silang Belakang (RCTA)

  • Pembrekan Lalu Lintas Silang Belakang (RCTB)

  • Pembrekan Kecemasan Autonomi (AEB)

  • Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA)

  • Bantuan Elak Kemudi (ESA)

  • Amaran Pembukaan Pintu (DOW)

  • Penyekat Kelajuan Aktif (ASL)

  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)

  • Pembrekan Perlanggaran Berbilang (MCB)

  • Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELK)


JAECOO J5
SUV kompak premium JAECOO J5 FWD dikenali sebagai “Urban Explorer”, direka khas untuk kehidupan bandar moden dan menjadikan setiap pemanduan satu kenyataan gaya.

Semua ciri ini disokong oleh sistem kamera HD Pandang Keliling 540 darjah, menyediakan tahap keterlihatan dan keyakinan semasa meletakkan kereta dan bergerak pada kelajuan rendah. 


JAECOO J5
Pembentangan JAECOO J5 serba baharu kepada lima pemilik pertama dari Malaysia semasa majlis pelancaran rasmi.

HARGA, WARANTI DAN PAKEJ PELANCARAN ISTIMEWA 

Sejajar dengan komitmen OMODA | JAECOO untuk menyediakan kemewahan termampu, JAECOO J5 2WD dijual daripada harga RM108,000 (di atas jalan raya tanpa insurans).


Sempena pelancaran, OMODA | JAECOO Malaysia telah memperkenalkan Pakej Pelancaran Istimewa yang sah dari 5 – 15 Mac 2026, memberi peluang kepada pelanggan awal untuk menikmati nilai luar biasa dengan JAECOO J5.


JAECOO J5

Sebagai sebahagian daripada Pakej Pelancaran Istimewa, pelanggan akan menerima:

  1. Rebat Duit Raya RM3,000

  2. Insurans Percuma Tahun Pertama ATAU Duit Raya Tambahan RM3,000

  3. Pakej Tiga (Trio) Aksesori Kereta J5 bernilai  RM2,000


Pakej Tiga (Trio) Aksesori Kereta terdiri daripada:

  • Subwoofer – menghasilkan bunyi bes yang mendalam dan mengasyikkan untuk menambah baik pengalaman audio dalam kereta. 

  • Mikrofon karaoke tanpa wayar – mengubah kenderaan menjadi pusat hiburan bergerak.

  • Lampu suluh berbilang fungsi – alat kegunaan lasak berbilang mod, sesuai untuk perkhemahan dan lampu keselamatan di waktu malam.


Semua model JAECOO J5 disertakan waranti kenderaan komprehensif 7-tahun / 150,000 km, yang mana lebih awal. 


PENYERAHAN SULUNG DI SELURUH NEGARA

Sempena pelancaran rasmi, OMODA | JAECOO Malaysia menyerahkan lima (5) kenderaan JAECOO J5 pada fasa pertama kepada pemilik baharu, mencerminkan usaha berterusan syarikat untuk menubuhkan operasi pemasangan tempatannya bagi memenuhi tempahan pelanggan. 



Syarikat bekerjasama rapat dengan pengedar sah di seluruh negara untuk mempercepatkan penyerahan kenderaan kepada pelanggan di serata Malaysia.


Peminat jenama OMODA I JAECOO kini boleh memandu uji JAECOO J5 di semua pengedar sah di seluruh negara. Dapatkan maklumat lanjut dan ikuti perkembangan terkini di laman web rasmi OMODA I JAECOO Malaysia (www.omodajaecoo.com.my) dan laman media sosialnya. 


Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page