top of page

JAECOO J7: SUV Idaman untuk Bandar & Pengembaraan!

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 4 Feb
  • 1 min membaca

Updated: 2 Ogo


JAECOO J7 adalah pilihan yang tepat untuk keluarga yang mementingkan keselesaan, keselamatan dan teknologi canggih dalam setiap perjalanan. Ia boleh memuatkan 5 orang dewasa dengan susunan tempat duduk yang lebih luas dan selesa . Sistem infotainmen dilengkapi dengan skrin sentuh 14.8 inci mempunyai sistem navigasi dan arahan suara menjadikan perjalanan anda lebih mudah.


Dikuasakan oleh enjin 1.6L TGDi 4 Cylinder menghasilkan 194 Hp dan 290 Nm Torque dengan padanan 7-kelajuan DCT. JAECOO J7 ini memastikan pemanduan yang lancar, sama ada untuk perjalanan dalam atau luar bandar. Tambahan sistem keselamatan seperti Lane Keeping Assist (LKA), Blind Spot Monitoring (BSM), Kamera 540º dan banyak lagi sistem keselamatan tambahan membantu memastikan perjalanan anda lebih selamat dan dilindugi.

Harga bermula RM138,800 untuk 2WD dan RM 148,800 untuk AWD. JAECOO J7 juga datang dengan 7 tahun waranti atau 150,000km milleage waranti. Dengan gabungan teknologi terkini, spesifikasi premium dan ciri keselamatan yang tiada tandingan, JAECOO J7 memberikan perlindungan dan nilai terbaik untuk keluarga anda, memastikan setiap perjalanan selamat, selesa dan menyeronokkan.


JAECOO J7 akan memastikan keluarga anda selamat, selesa dan menyeronokkan.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page