top of page

JAECOO Malaysia Sedia Capai Mercu Lebih Tinggi, Pertama di Asia Tenggara Untuk Lancarkan JAECOO J7 PHEV yang Ditawarkan dengan Harga RM 158,800

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 28 Feb
  • 5 min membaca

Updated: 9 Mac

Pelancaran JAECOO J7 PHEV
[ Dari kiri ] Pengurus Produk JAECOO Malaysia - Faiz Baharuddin dan Naib Presiden JAECOO Malaysia - Emily Lek. Teknologi dan prestasi Super Hybrid System (SHS) pada JAECOO J7 PHEV memperkaya landskap kenderaan hibrid Malaysia, membuka ruang untuk pertumbuhan yang lebih kompetitif.

Peralihan tenaga industri automotif Malaysia merupakan satu proses berterusan. Di samping pengguna awal, sebahagian besar masyarakat masih ragu-ragu tentang ciri-ciri praktikal Kenderaan Elektrik (EV) dan ekosistem EV secara umum.


JAECOO membantu pengguna memanfaatkan jalan tengah dalam pengangkutan tenaga baharu dengan melancarkan SUV kegunaan lasak premium JAECOO J7 PHEV. "Sejak mula bertapak di Malaysia, JAECOO telah memantapkan kedudukannya sebagai jenama SUV premium pencabar pasaran. Kini, kami berbangga untuk mengekalkan kedudukan kami sebagai jenama SUV premium pencabar dalam sektor pengangkutan tenaga baharu menerusi JAECOO J7 PHEV.


Dengan melancarkan JAECOO J7 PHEV, kami berharap dapat memenuhi keperluan pelanggan arif di Malaysia yang semakin berubah," kata Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek. Lek menambah, "Kami yakin Super Hybrid System (SHS) yang membawakan teknologi dan prestasi terbaik dalam kelasnya akan menaik taraf keupayaan kenderaan hibrid Malaysia dalam pasaran yang pesat berkembang dan mewujudkan ruang untuk pertumbuhan kompetitif. Hakikatnya, kami sukacita untuk menyediakan pilihan yang lebih luas kepada pemandu yang ingin beralih kepada kaedah pengangkutan hibrid, sekali gus menyokong matlamat peralihan tenaga Malaysia."


Tiga Komponen Teras Super Hybrid System JAECOO

Super Hybrid System tersendiri JAECOO terdiri daripada tiga komponen. Komponen pertama ialah enjin Suntikan Terus Petrol 1.5L Cas Turbo Generasi ke-5 JAECOO yang sangat cekap. Enjin Hibrid Terkhusus ini secara sendiri mampu menghasilkan kuasa 141hp dan tork 215Nm. Untuk mencapai kecekapan maksimum, sistem ini mengguna pakai teknologi canggih seperti kitaran Deep Miller, sistem pelincir pintar, pengurusan haba pintar dan sistem peredaran semula gas ekzos yang canggih.

Pelancaran JAECOO J7 PHEV
[ Dari kiri ] Pengarah Negara JAECOO Malaysia - Vincent Bian, Naib Presiden JAECOO Malaysia - Emily Lek, Naib Presiden Chery International - Chen Chunqing, Naib Presiden Eksekutif Chery Auto Malaysia - Leo Chen, Naib Presiden Chery Corporate Malaysia - Cheng Nam Weng dan Pengurus Produk JAECOO Malaysia - Faiz Baharuddin. JAECOO Malaysia menjadi yang pertama di Asia Tenggara melancarkan J7 Plug-In Hybrid Electric Vehicle (PHEV) - inovasi pemanduan masa depan bermula di sini!

Komponen kedua ialah transmisi hibrid khusus kelajuan tunggal JAECOO. Transmisi inovatif ini membolehkan J7 PHEV meluncur seperti kenderaan elektrik pada kelajuan rendah dan juga semasa melahu (idling). Sistem ini boleh memutuskan sambungan kepada enjin, membolehkan pemandu menggerakkan kenderaan tanpa menggunakan setitik petrol. Namun apabila pemandu memerlukan kuasa, klac elektromagnetik menghidupkan semula enjin untuk menghasilkan tork maksimum pada roda hadapan—memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 8.5 saat.

Pelancaran JAECOO J7 PHEV
Pengenalan JAECOO J7 PHEV serba baharu oleh Pengurus Produk JAECOO Malaysia - Faiz Baharuddin

Ciri kelebihan ini mencetus kemajuan besar bagi SUV pacuan dua roda seberat 1,795 kg ini. Komponen ketiga dan terakhir ialah Bateri Voltan Tinggi (HV). Bateri 18.3 kWj ini dibina menggunakan reka bentuk Bilah Fosfat Besi Litium 106 sel, memastikan pemandu boleh mengecas hingga 100%, manakala sistem pengurusan bateri pintarnya tidak pernah membiarkan cas jatuh di bawah 20%. Reka bentuk ini menjamin kesihatan dan prestasi optimum bateri sepanjang kitaran hayatnya. Dengan unjuran jarak penggunaan sehingga 1 juta km, sistem ini diperkukuh dengan perisai bateri 780 mpa untuk mencegah nyahcas walaupun semasa perlanggaran, selain kalis tusukan.

Pelancaran JAECOO J7 PHEV

Menjamin Keselamatan Dan Ketenangan

Fikiran Bateri J7 PHEV tahan habuk dan air, dengan penarafan IP68, iaitu penarafan standard tertinggi dalam skala IP. Direka bentuk untuk berfungsi dalam suhu lampau, terutamanya di Malaysia, bateri J7 PHEV dapat menahan persekitaran ekstrem, termasuk cuaca panas terik dan banjir, JAECOO J7 PHEV menyokong pengecasan DC pantas yang disediakan buat pertama kali dalam sebuah PHEV.


Pengecasan 40 kW membolehkan bateri dicaskan daripada 30% kepada 80% dalam masa 20 minit sahaja. Di rumah, pemilik boleh mengecas JAECOO J7 PHEV mereka dengan mudah menggunakan kotak dinding AC (boleh dibeli secara berasingan) pada 6.6kW dari 0 hingga 100% dalam masa kurang daripada 4 jam. Tiga komponen teras Super Hybrid System J7 PHEV menjadi asas keyakinan JAECOO menjanjikan jarak perjalanan sehingga 1,300km (julat NEDC) dengan satu tangki penuh dan sekali cas.


JAECOO J7 PHEV mempunyai jarak perjalanan elektrik tulen 106km (julat NEDC) yang terbaik dalam kelasnya dan penggunaan bahan api terendah dalam kalangan kenderaan setaraf, iaitu 4.77 liter bagi setiap 100km dalam keadaan kehabisan kuasa.


Identiti PHEV J7 yang tersendiri

JAECOO telah menyepadukan ciri-ciri luaran tersendiri yang akan membolehkan J7 PHEV lebih mudah dikenali berbanding model ICE (enjin biasa). Penampilan lebih gah terserlah dalam warna Olive Grey (Kelabu Zaitun) 2 ton yang menarik perhatian, dilengkapi Rim Aero 19" dan cermin sisi aero. Di belakang, bahagian hujung ekzos disembunyikan dan tidak menonjol, dan ciri yang paling menyerlah ialah Penutup Tonneau Pawagam.

Pelancaran JAECOO J7 PHEV

Bahagian bawah penutup tonneau yang berwarna putih boleh diterbalikkan untuk bertukar menjadi skrin. Dengan ciri ini, pengguna boleh menayangkan filem atau memancarkan siaran acara sukan secara langsung di luar rumah melalui projektor yang mendapat bekalan elektrik daripada ciri keupayaan Vehicle to Load (V2L) 3.3kW. Buat masa ini J7 PHEV boleh didapati dalam tiga warna, iaitu Khaki White (Putih Khaki), Carbon Crystal Black (Hitam Kristal Karbon) dan Moonlight Silver (Perak Cahaya Bulan).


Khaki White ialah edisi terhad yang pasti menjadi dambaan ramai kerana hanya terdapat 100 unit sepertinya di Malaysia. Selepas itu, JAECOO akan memperkenalkan pilihan warna Olive Grey (Kelabu Zaitun). Bagi aspek dalaman, JAECOO telah meringkaskan reka bentuk kabinnya. Perbezaan ketara dalam J7 PHEV ialah pemindahan tombol gear kepada penukar gear yang dipasang pada turus stereng. Reka bentuk ini melapangkan ruang di konsol tengah dan menyerlahkan keringkasan seni reka J7 PHEV.

Pelancaran JAECOO J7 PHEV

Pemandu boleh memilih sama ada untuk memandu sepenuhnya dalam mod EV atau membenarkan kenderaan menentukan mod optimum berdasarkan keadaan pemanduan, ciri yang pertama kali disediakan dalam sebuah PHEV. Ditambah dengan 2 mod kuasa, 3 mod pemanduan, dan 3 mod jimat kuasa tambahan, seluruh sistem Mod Pacuan Pintar J7 PHEV memberi pemandu kebebasan untuk memaksimumkan penjimatan petrol dan memanjangkan jarak perjalanan atau menikmati kuasa dan tork maksimum 255hp dan 525Nm mengikut kehendak hati mereka.


Kesemua mod mudah diaktifkan dengan menekan butang yang disediakan pada konsol tengah. Sistem Hibrid Super J7 PHEV juga menyediakan tahap dan sistem keselamatan yang terbaik dalam segmennya. Menetapkan penanda aras keselamatan baharu keselamatan dengan ADAS Tahap 2.5 yang komprehensif, J7 PHEV dilengkapi dengan lapan beg udara sebagai standard dan disokong oleh ciri-ciri yang ditambah baik seperti Sistem Pemantauan Pemandu, Pencegahan Keluar Lorong dan Kawalan Halaju Adaptif.


Di majlis pelancaran tersebut, JAECOO Malaysia mengumumkan bahawa SUV Kegunaan Lasak Premium J7 PHEV (2WD) akan ditawarkan pada harga RM158,800. Semua SUV J7 PHEV disertakan dengan waranti enjin tujuh tahun* atau sehingga jarak 150,000km* dan waranti lapan tahun atau sehingga jarak 160,000km bagi bateri, motor kuasa dan unit pengawal motor kuasa.


Waranti lapan tahun menawarkan pertukaran 1 dengan 1* apabila keadaan hayat (SOH) bateri jatuh di bawah 70% dalam tempoh jaminan. Sempena dengan pelancaran ini, JAECOO mengumumkan pakej istimewa pembeli awal yang melayakkan semua tempahan J7 PHEV sedia ada dan tempahan yang dibuat sehingga 2 Mac 2025 untuk menerima waranti enjin dan bateri voltan tinggi lanjutan selama 10 tahun* atau sehingga jarak 1,000,000km*.

Pelancaran JAECOO J7 PHEV
Pakej Early Bird meliputi semua tempahan J7 PHEV sedia ada dan tempahan baharu sehingga 2 Mac 2025, dengan jaminan lanjutan 10 tahun* atau sehingga 1,000,000km* untuk enjin dan bateri voltan tinggi.

Tawaran ini sesungguhnya mencerminkan keyakinan jenama terhadap Sistem Super Hybrid dan bateri J7 PHEV yang dibina untuk memberikan keselesaan, prestasi dan keselamatan optimum dalam keadaan memandu yang dinamik. Semua J7 PHEV juga dilengkapi dengan pengecas Vehicle to Load (V2L) percuma. *Tertakluk kepada terma dan syarat "Meninjau ke hadapan, kami teruja dengan perkembangan dan mercu jaya yang bakal dicapai pada 2025.


Berpegang teguh kepada nilai asas jenama kami – From Classic, Beyond Classic, tumpuan kami adalah untuk melindungi kepentingan pelanggan kami dengan cara yang terbaik melalui rangkaian kemudahan kami yang semakin luas.


Di samping itu, kami juga bertekad untuk menawarkan sebuah SUV premium terbaik dalam kelasnya yang memenuhi keperluan pasaran," ujar Lek di majlis pelancaran. Untuk maklumat lanjut mengenai JAECOO Malaysia, layari www.jaecoo.com.my dan ikuti perkembangan terkini di platform media sosial JAECOO Malaysia.



KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

bottom of page