JAECOO Malaysia Melancarkan C9 Omoda – SUV Premium Off-Road Coupé
- Panduman

- 6 Dis 2024
- 3 min membaca
Updated: 19 Dis 2024

Kajian Pengguna Automotif Global 2024 mendapati bahawa sebahagian besar daripada pengguna yang ditinjau selidik di kebanyakan pasaran Asia Tenggara, kecuali Indonesia, bercadang untuk bertukar jenama kenderaan untuk pembelian mereka yang akan datang. JAECOO antara jenama yang telah memanfatkan trend pengguna ini memandangkan jualan larisnya sejak dilancarkan. Tidak leka dengan pencapaian semasa, JAECOO kini melancarkan secara rasmi C9 Omoda SUV Coupé kegunaan lasak premium yang ditetapkan pada harga menarik biarpun dilengkapi pelbagai ciri kelebihan yang ditawarkan, sekali gus menarik perhatian dalam segmen SUV Malaysia.
“Kami yakin produk dan strategi harga kami yang tersendiri merupakan faktor yang memacu kejayaan JAECOO. Terima kasih diucapkan kepada para peminat setia dan pengguna kami kerana sudi berkongsi pendapat mereka, sesuatu yang amat kami hargai. Kami memandang serius input yang diberikan untuk memastikan kami mengeluarkan kenderaan yang terbaik dalam kelasnya yang memenuhi keperluan pasaran. Kami teruja untuk akhirnya memberi peluang kepada peminat untuk memulakan proses pemilikan bersama kami sempena dengan pelancaran rasmi C9 SUV Coupé kegunaan lasak premium oleh JAECOO di Malaysia, yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Pengembara Mantap’ (‘The Steady Explorer’),” kata Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek.

Di majlis pelancaran tersebut, JAECOO Malaysia mengumumkan bahawa C9 SUV Coupé kegunaan lasak premium varian Pacuan Semua Roda (AWD) akan dijual pada harga RM188,800, manakala varian Pacuan Dua Roda (2WD) ditawarkan pada harga RM168,800. Semua kenderaan C9 SUV Coupé disediakan bersama waranti tujuh tahun* atau jarak perjalanan sehingga 150,000km *.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Sempena dengan pelancaran tersebut, JAECOO mengumumkan pakej pembeli awal yang melayakkan semua tempahan C9 SUV Coupé sedia ada dan yang telah dibuat sehingga 8 Disember 2024 untuk menerima waranti enjin dan sistem suspensi lanjutan selama 10 tahun* atau jarak perjalanan sehingga 1,000,000km*. Langkah ini membuktikan keyakinan JAECOO dalam sistem suspensi McPherson dan berbilang pautan C9 SUV Coupé untuk memberikan keselesaan optimum dalam keadaan pemanduan dinamik. Bagi memberikan ketenangan fikiran tambahan kepada para pengguna, semua kenderaan layak untuk menyertai Program Perlindungan Premium C9 JAECOO (J-PPP).
Bagi kebanyakan pengguna dalam Kajian Pengguna Automotif Global, hasrat untuk menukar jenama kenderaan timbul daripada keinginan untuk menikmati ciri-ciri baharu atau mencuba sesuatu yang berbeza. Hasil kajian juga mendapati bahawa pengguna yang ditinjau selidik di Malaysia menyatakan kualiti produk, prestasi kenderaan dan harga sebagai aspek yang paling penting dalam pertimbangan membeli jenama kenderaan mereka yang seterusnya.
C9 SUV Coupé dilihat sebagai memenuhi permintaan pengguna masa kini dari segi kualiti dan tawaran automotif yang berpatutan kerana tawarannya yang menggandingkan DNA JAECOO dengan ciri premium yang tetap mampu dimiliki. Sejajar dengan falsafah ‘kemewahan terletak pada perincian’, antara kelengkapan kabin C9 SUV Coupé yang menyerlah termasuk pelapik kulit buatan, skrin sentuh 12.3-inci dan pelaras kerusi berkuasa elektrik. Kedua-dua varian boleh didapati dalam tiga warna iaitu Matte Grey (Kelabu Kusam), Khaki White (Putih Khaki), dan Carbon Crystal Black(Hitam Kristal Karbon).
C9 SUV Coupé yang dibina pada ketinggian 1,671mm, kelebaran 1,920mm dan panjang 4,775mm, meletakkan pemandu dalam kedudukan memandu yang cukup bergaya. Dasar rodanya berukuran 2,800mm dengan jarak dari permukaan 165mm, membolehkan C9 meredah air pada kedalaman maksimum 450mm. Kenderaan ini juga menggayakan rim aloi berbilang bilah R20 dan tayar Michelin prestasi tinggi 245/50.
C9 dipacu oleh enjin petrol empat silinder sebaris 2.0 TGDI yang mampu menghasilkan kuasa 257 Hp dan tork 400Nm. Varian pacuan dua roda (2WD) C9 mempunyai tiga mod pemanduan, manakala pilihan pacuan semua roda (AWD) menyediakan tujuh mod pemanduan untuk mengharungi jalan bandar dan jalan lasak. But belakang mempunyai kapasiti 660 liter hingga 1,783 liter, yang membawakan ruang simpanan besar untuk gaya hidup aktif, baik untuk penghuni bandar mahupun peminat sukan atau pengembara.
JAECOO Malaysia dijangka menyerahkan kumpulan pertama kenderaan C9 SUV Coupé AWD kepada wakil penjual sah JAECOO seawal bulan Januari 2025. Rangkaian pengedar jenama meliputi kawasan tengah, utara dan selatan Semenanjung dan juga Malaysia Timur.
Majlis pelancaran disusuli oleh malam penghargaan bagi wakil media. “Kami benar-benar menghargai peranan profesional media agar membolehkan para pelanggan mampu mengikuti perkembangan terkini dalam industri automotif. Maklumat yang disampaikan membantu pelanggan membuat keputusan maklum dan meluaskan penerimaan pasaran terhadap teknologi baharu,” tambah Lek.
Untuk butiran lanjut tentang JAECOO Malaysia, layari www.jaecoo.com.my dan dapatkan perkembangan terkini dengan mengikuti platform sosial JAECOO Malaysia.






































Komen