top of page

JAECOO Malaysia Memperkenalkan JAECOO J8 dengan Anggaran Harga Bermula Dari RM195,000

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 26 Mac
  • 3 min membaca

Updated: 27 Mac

JAECOO J8
Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek, percaya bahawa SUV J8 mengukuhkan komitmen JAECOO dalam menawarkan gabungan sempurna antara gaya, keselesaan premium dan prestasi tahap tinggi.

JAECOO Malaysia sedang melakarkan laluan yang mantap sebagai jenama SUV pencabar Malaysia, kali ini dengan pratonton JAECOO J8, model keempat ditetapkan untuk menyertai portfolio jenama itu.


"Hari ini, kami amat teruja mempamerkan SUV kegunaan lasak premium JAECOO J8 di Malaysia. Selaras dengan matlamat kami untuk memberikan lebih banyak pilihan di pasaran Malaysia, J8 mengukuhkan komitmen kami dalam menyediakan SUV yang menggabungkan gaya, keselesaan premium dan berprestasi tinggi secara sempurna. Model terbaharu ini terus selari dengan intipati jenama JAECOO ‘From Classic, Beyond Classic’. Hasilnya, SUV J8 disesuaikan mengikut keunikan pasaran di Malaysia,” kata Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek.

JAECOO J8

SUV JAECOO J8 dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo, suntikan terus, 4 silinder sebaris yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 183kW dan 385Nm tork. SUV J8 menawarkan kecekapan dan prestasi bahan api tahap tinggi dengan Transmisi Automatik 8-kelajuan, paip ekzos berkembar dan kapasiti tangki bahan api sebanyak 65L.

JAECOO J8

SUV ini mempunyai perawakan yang menggagumkan dengan ketinggian berukuran 1.71meter, kelebaran 1.93meter, dan 4.82meter panjang. Manakala, jarak rodanya berukuran 2.82meter. SUV JAECOO J8 tampil dengan dua varian. JAECOO J8 pacuan dua roda (2WD) menampilkan konfigurasi lima tempat duduk, manakala varian pacuan semua roda (AWD) tampil dengan enam tempat duduk.


Para peminat boleh menjangkakan SUV J8 turut direka dengan ciri kebolehsuaian khas oleh jenama JAECOO yang membolehkan pemanduan di bandar mahupun kegunaan lasak. Ini termasuk teknologi Continuous Damping Control (CDC) atau Kawalan Redaman Berterusan dari JAECOO yang disepadukan ke dalam sistem suspensi varian AWD. Ia juga mempunyai kapasiti harungan air sedalam 450mm yang serasi untuk pengembaraan lasak.

Ruang dalaman JAECOO J8 2

SUV J8 2WD dan AWD masing-masing mempunyai kapasiti ruang but sebanyak 738L dan 200L. Di dalam ruang kabin, kedua-dua varian menampilkan paparan media 12.3 inci, kamera panoramik 540 darjah, dan pelbagai ciri premium eksklusif untuk setiap varian. SUV J8 2WD menampilkan sistem audio yang merangkumi 12 pembesar suara jenama Sony, enam beg udara, pencahayaan ambien dan upholsteri kulit buatan.


Sementara itu, SUV J8 AWD menampilkan sistem audio yang merangkumi 14 pembesar suara jenama Sony, termasuk pembesar suara yang dipasang di bahagian sandaran kepala, 10 beg udara, pintu berkuasa dan sistem pewangi automatik. SUV varian ini juga dilengkapi dengan Near Field Communication (NFC) atau komunikasi medan berhampiran yang membolehkan akses tanpa kunci.

Dalaman JAECOO J8 2WD

Pertimbangan khas diberikan buat tempat duduk pemandu yang berventilasi. Manakala, keterlihatan dan keselamatan pemandu dipertingkatkan dengan perakam video digital (DVR) yang terbina dalam serta fungsi keupayaan parkir kereta secara automatik. Untuk keselesaan tambahan, tempat duduk barisan hadapan dan kedua dikuasakan elektrik mempunyai ciri mengurut serta rona langsir. Bahagian kabin juga dilengkapi dengan upholsteri kulit tulen dan hiasan panel suede.


Varian 2WD tersedia dalam pilihan warna satu tona, iaitu Carbon Crystal Black, Khaki White dan Olive Grey. Sementara itu, varian AWD tersedia dalam dua tona untuk pilihan warna yang sama. Ciri premium yang mampu dimiliki merupakan tema konsisten yang diperjuangkan oleh JAECOO terutamanya dengan SUV J8. SUV JAECOO J8 AWD yang memaparkan 6 tempat duduk dianggarkan berharga sekitar RM220,000. Manakala, dan varian SUV J8 2WD yang berciri 5 tempat duduk dianggarkan berada dalam lingkungan harga sekitar RM195,000.


JAECOO J8

Dalam usaha untuk mempamerkan teknologi canggihnya, JAECOO turut menyediakan segment khas di jelajah pertamanya untuk pengunjung mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi Kenderaan Hibrid Plug-in (PHEV) bertempat di 1Utama Shopping Centre.

JAECOO J8 trunk

Ini seiring dengan kejayaan pelancaran SUV JAECOO J7 PHEV pada bulan Februari lalu. Pek bateri PHEV dipamerkan dan diiringi oleh pakar produk untuk memberikan orang ramai Gambaran jelas tentang Super Hybird System (SHS) atau Sistem Super Hibrid buatan JAECOO yang canggih. Malaysia pertama kali melihat SUV JAECOO J8 di Pameran Auto Malaysia (MAS 2024) pada tahun 2024.


Khalayak umum kini boleh mendekati dan meneliti SUV segment-D ini serta mendaftar minat di Pameran Jelajah JAECOO J8 dari 27 Mac hingga 31 Mac di 1Utama Shopping Centre (GF Luxe). Berikutan itu, Pameran Jelajah JAECOO J8 akan menuju ke Queensbay Mall di Pulau Pinang dari 9 April hingga 13 April, diikuti oleh Pameran Auto Malaysia (MAS 2025) dari 8 Mei hingga 15 Mei.





 

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page