top of page

JAECOO Mulakan Penghantaran J7 PHEV ke Pusat Pengedar Seluruh Negara

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 17 Mac
  • 2 min membaca
Unit Pertama JAECOO J7 PHEV
Kehadiran unit pertama JAECOO J7 PHEV di pusat pengedaran seluruh negara menandakan pencapaian penting bagi JAECOO Malaysia dan membuktikan komitmennya terhadap pelanggan.

JAECOO Malaysia telah memulakan penghantaran SUV Premium J7 PHEV ke pusat pengedarannya. Tiga minggu selepas pelancaran, jenama ini kini menunaikan janji untuk menghantar kumpulan pertama J7 PHEV dalam suku pertama tahun ini, tepat mengikut jadual yang dijangkakan.


“Kehadiran unit pertama JAECOO J7 PHEV di pusat pengedaran di seluruh negara menandakan pencapaian besar bagi JAECOO Malaysia dan menunjukkan komitmen kami kepada pelanggan. Kami teruja untuk membolehkan rakyat Malaysia merasai sendiri inovasi dan kecanggihan J7 PHEV. Sistem Super Hybrid (SHS) yang dilengkapi teknologi canggih dan prestasi luar biasa ini mentakrif semula landskap kenderaan hibrid di Malaysia, mendorong inovasi dan membuka jalan ke arah pertumbuhan yang dinamik dan berdaya saing,” kata Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek.

Unit Pertama JAECOO J7 PHEV

Menetapkan penanda aras baharu dalam segmennya, SUV Premium J7 PHEV (2WD) ditawarkan pada harga yang sangat menarik iaitu RM158,800. Semua SUV J7 PHEV dilengkapi dengan jaminan kenderaan selama tujuh tahun* atau sehingga 150,000km*, serta jaminan lapan tahun atau sehingga 160,000km untuk bateri, motor kuasa dan unit pengawal motor kuasa. Jaminan lapan tahun ini juga menawarkan pertukaran 1 ke 1* sekiranya tahap kesihatan bateri (SOH) jatuh di bawah 70% dalam tempoh jaminan.*Terma dan syarat dikenakan.


J7 PHEV kini ditawarkan dalam tiga warna, iaitu Khaki White, Carbon Crystal Black dan Moonlight Silver. Khaki White akan menjadi pilihan edisi terhad yang sangat eksklusif dengan hanya 100 unit tersedia di Malaysia, dan selepas itu, JAECOO akan memperkenalkan warna baharu iaitu olive grey.


Direka untuk prestasi unggul dengan penjimatan bahan api lebih baik, aliran kuasa lancar antara enjin dan motor elektrik, serta jarak pemanduan lebih jauh, JAECOO Malaysia percaya J7 PHEV membuka jalan kepada era baharu kenderaan hibrid di Malaysia. Orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi PHEV terkini JAECOO di jelajah JAECOO yang berlangsung di 1Utama Shopping Centre (GF Luxe) dari 27 hingga 30 Mac 2025.

Unit Pertama JAECOO J7 PHEV


Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page