top of page

Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS 2026) Kembali Lagi!

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 3 hari lalu
  • 2 min membaca
Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS 2026)

Sudah bersedia untuk menyaksikan masa depan dunia automotif? Bertemakan "Beyond Mobility", KLIMS 2026 kembali dengan skala yang lebih besar di MITEC, menampilkan pelbagai jenama automotif tempatan dan antarabangsa serta teknologi mobiliti terkini.


Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS 2026)

KLIMS 2026 yang berlangsung dari 12 hingga 21 Jun ini hadir pada waktu yang cukup penting buat industri automotif Malaysia. Dengan dasar baharu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkaitan kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) yang bakal berkuat kuasa pada 1 Julai 2026, pengunjung berpeluang meneroka, membandingkan dan mendapatkan maklumat mengenai pelbagai model EV daripada pelbagai jenama sebelum pelarasan harga dijangka berlaku.


Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS 2026)

Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat secara langsung daripada pakar industri dan peneraju teknologi EV mengenai pemilikan kenderaan elektrik, infrastruktur pengecasan serta masa depan mobiliti lestari. Selain itu, lebih 60 buah kenderaan disediakan untuk pengalaman pandu uji sepanjang acara berlangsung.


Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS 2026)

Bukan sekadar pameran automotif, pengunjung turut boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti sesi pandu uji eksklusif termasuk laluan halangan (obstacle test drive), pameran kereta konsep dan model baharu, pertandingan eSports, koleksi die-cast, perhimpunan kelab-kelab kereta, mini konsert, aktiviti pentas utama serta pelbagai pameran mobiliti masa depan.


Turut berlangsung ialah pelancaran model-model baharu, pameran teknologi terkini, sesi perkongsian mengenai trend dan hala tuju industri automotif, food truck dengan pelbagai pilihan hidangan, serta peluang memenangi hadiah menarik menerusi kempen Visit & Win Lucky Draw.


KLIMS 2026

📅 Tarikh: 12 – 21 Jun 2026

📍Tempat: MITEC, Kuala Lumpur


MASUK PERCUMA

Isnin, Selasa & Khamis (kecuali cuti umum): 10 pagi – 8 malam


RM30 seorang sehari

Jumaat, hujung minggu & cuti umum: 10 pagi – 10 malam

(Kanak-kanak 12 tahun ke bawah percuma)


RM15 seorang sehari

Untuk OKU, warga emas & pelajar (dengan kad pengenalan sah)


RM80 Akses Tanpa Had

12 – 21 Jun 2026 (Sepanjang KLIMS 2026)


Slot masuk percuma pun kena daftar tau? Jom dapatkan tiket anda sekarang di pautan rasmi sekarang: https://reg.klims.com.my/Account/RegisterVisitor



Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page